Thursday, April 29, 2010

PILUUUUU PART 2

Aku nie tak ramai kawan. Org lain kat friend list fb ader beribu aku cuma ader 126 jer. Dari situ korang dah tahu aku nie mmg tak ramai kawan. Tapi yg pasti aku sgt menghargai kawan² yg aku ader.


Aku mula kumpul kawan kat opis lama aku. Kat situ aku jumpa kawan yg aku boleh kategorikan sebagai kawan seumur hidup. Klu takder diaorg aku rela mati. Sgt drama kingg..hahahahaa..tapi betul, klu diaorg tak der sehari aku rasa mcm kosong...bak kata omputih zero..zero to hero..ehhh tu citer kat astro..sgt melalut..


Kat situ aku jumpa hady yg dah jadi kembar aku..kembar kerr haa?? ehh abglaa sbb hady tua dari aku..hahaha.. diala kawan susah sng aku. Sgt memahi aku. Kitaorg dah berkawan hampir 8 thn. Aper² masalah aku akan citer ngan dia. Dia juga sgt paham perangai aku yg kuku besi nie..hahahahaaa


Jue aku mula kenal masa dia masuk bahagian sama ngan aku. Tak tahu kenapa kitaorg sgt serasii. Boleh citer aper sahaja. Belakon jadi artis pon boleh. Sgt Verengan Viduppp (VV).hahaha. Walaupun mula² dulu dia agak meyampah tgk muka aku nie yg dia cop berlagak sombong tapi biler dah kenal trus bleh ngam. Lelaki ngan pompuan tak boleh berkawan baik org kata tapi aku ngan jue dah dah buktikan yg lelaki ngan pompuan mmg boleh berkawan baik.


"Mmg betul shima kau jumpa aku mula² kat lif. aku ingat lagi" shima seorg lagi kawan aku yg aku jumpa kat opis lama. Dia pon lebih kurang jue jugak kenal trus bleh ngam. Mungkin perangai kitaorg ni sama kot. Giler dan sgt giler. Aper yg pasti kitaorg mmg sgt suka berhibur. Aper² yg melibatkan hiburan mesti kiteorg terjah. Kitarog jugak boleh tgk wayang berdua tanpa ader sebarang perasan pelik. Dan dia ialah bini no 2 aku selepas jue. HAHAHAHAHAHAHAAA..

Din jugak adalah kawan kat opis lama. Dia aku kenal tak selama hady. Tapi dia pon bleh ngam ngan aku. Dia nie sama nasib ngan aku iaituuu masihh bujang. Jadi cerita kitaorg akan berkisah tentang aweks. Sgt merasakan diri muda walaupon hakikatnyaaa dah wajib duduk masjid..


Sgt terasa klu diaorg nie takder dlm idop aku. Hady n din peneman aku breakfast n lunch, jue peneman aku chating dan shima peneman aku tgk wayang. Walaupon bahasa aku guna kasar seperti cilaka, lahanat, kimak tapi diaorg nie sungguh memahami...

4 org nie adalah kawan aku isnin sampai jumaat. Senang citer kawan aku masa opis hour. Kawan masa cuti plak ajiz, copi, jai n ajol. Nie kawan aku dari kecik lagi. Penah aku citer masa entry yg lepas. Diaorg nielaa kawan suka duka aku dari kecik sampai skrg. Walaupon sebenarnya aku ngan diaorg nie dah tak kerap lepak mcm dulu tapi kitaorg stil keep in touch almost every weekend. Takderlaa semua kekadang aku lepak ngan jai n ajol. Kekadang ajiz, kekadang copi.

Senang citer aku sgt menghargai kawan² aku. KORANG MMG ROCK.

p/s: part 3 akan bercite pasal geng ronggeng dan GBS.. tungguu

Wednesday, April 28, 2010

PILUUUUUUUU

Aku merindui kawan² seperjuangan yg dah lama tak jumpa...

Shima (nie ader gak jumpa, tgk wayang wajib)

Hady (hari² jumpa)

Jariah (kadang² jumpe)

Fiza

Isham

Razaidi

Farehah

Nadia

Kak Teksa

Abg Jum

Fida

Mala (petaka)

sgt terkenang zaman² kiter baru nk naik. Kene maki, jerit marah ngan cik Muss. Tapi epas dah tererr kiter plak maki cik Muss..muhahahahahahaaa..

Selama nie baru aku tahu aper yg missing dlm idop aku. Aku kehilangan keseronokan. Yap keseronokan bersama kawan² diatas. Masa bersama diaorg aku sgt hepii n enjoy walaupon kene marah. Yg paling best kiter semua satu kepala. Aper yg penting KERJASAMA..

Agak² bilerlaa aku akan dpt balik keseronokkan tuk. Dpt balik duduk satu opis. Biler agaknyaaa.. bilerrrrrrrrrrrrr??????????????

p/s: Cik Mus pon aku rindu gakk...huhuhuhuhuhuuuu (akan ader part 2 citer nie)

Monday, April 26, 2010

AKU MASIH BERNYAWA

Kepada yg bertanya naper tak hapdet blog aku rasa sgt terharu. Rupanya ader gak yg baca blog aku nie. (baru sorang tny dah kecoh)..hahahaaa

Untuk pengetahuan yg bertanya khabar tu, aku sebenarnya tak sihat semingu lebih nie. Lepas jer balik dari holiday kat Terengganu trus aku tak sihat sampailaa la nie. Tengah menaip nie pon kepala aku berdenyut². Tadi gie klinik cek darah doktor sahkan sihat. Alhamdulilllahh. Mula² nk kene ambik darah tu cuak gak. Takut doktor kata darah awak di jangkiti viris H1N1. Mampoosss...

Byk nk citer sebenarnya. Citer aku gie holiday kat Terengganu, citer nyaris² xcident, citer aku dpt tawaran mengajar vokal kat sebuah kementerian yg agak famous. Tapi semua tu tunggu aku sihat baru aku citer. Skrg nie aku asyik layan ubat batuk ngan ubat selsema. Ari² pegi keje high jerr.

p/s: biler high jer teringat lagu Bob Marley..no women no cry..

Wednesday, April 14, 2010

PUAS HATI

Aku dah berjaya belii satu bender yg mmg lama aku nk. Bender yg aku nk tu ialahh Jaket dari G2000.

Mmg lama giler aku idam kan jaket tu. Memandangkan regenya sangat menguji wallet aku, terpaksalaa aku berkira² tuk membelinya.

Punyalaa nk sgt jaket tukan, sampai setiap kali aku gie Alamanda aku mesti masuk kedai tu try Jaket. Sampai Salesgirl ngan man kat situ dah maleh nk layan. Mula² dulu masuk siap follow aku, skrg biler aku masuk diaorg just ckp welcome jer. Diaorg dah cop muka akulaa tu.

"haiyaaa, mamat takle luit sulah datang"

Citer aku niekan mcm citer Kami. Ingat tak citer kami ?? Citer kami lakonan Sudirman. Tak ingat jugakk?? Tak ingat sudahhh...Laki kau dollahh.... Tetek kau sebelahhh...hahahahahaaa

Kan citer Kami tu masa Sudirman nk sgt beli satu kaset tukan, ari² dia gie kedai kaset. Dok belek² kaset tu sampailaa kene halau ngan tokey kedai. Cuma citer aku nie takderla sampai kene halau. Berani dia halauu, kang dengan kedai² tu aku beli.

Jaket nie adalah pakaiann yg paling mahal penah aku beli. Punyalaa mahalkan sampai aku dpt member kad dari kedai tu. Pemegang member kad akan dpt diskaun n bleh collect point. Tolong jgn jelessss....


G2000 Premium Card

Gambar jaket tu saja jer aku tak letak, takut ader yg kutuk..

'tak lawalaa'

'membazirlaa'

'mcm nie punya jaket pon nk beli'

'kat maner kau nk pakai jaket nie?'

dan mcm² lagi kutukkan yg aku tak sanggup nk dgr. Jadi rupa jaket tu biarlah menjadi rahsiaa.. muhahahahahahahaaa...

p/s: Jue aku beli jaket yg aku citer haritu..akhirnyaaa...


Sunday, April 11, 2010

BUDAK KACA MATA

Ok citernya bermula masa lunch ari tu. Aku ternampak sorg budak pakai sunglasses kat dlm alamanda. Mula² aku berperasangka baik, mungkin mata dia sakit tu yg dia pakai sunglassess tu. Kebetulan dia menuju ke tempat parking sama ngan aku. Masuk jer dia dlm kete dia bukak sunglassess dia. Biler aku tgk mata dia ok jer. Jadi aper kejadahharam dia masuk alamanda pakai sunglassess pastu masuk kete bukak plakkk??? Motifffff.......

Sebenarnya budak yg aku jumpa tu bukan org pertama yg pki sunglasses biler berapa kat shopping mall. Ramailaa. Klu kau artis or fashion blogger aku pahamlaa. Nk privasi katanya. Tapi kalau kau rakyat jelata. Perlukaaahhhh???

Ari tu aku ader jumper fashion blogger yg terkenall pki sunglasses kat dlm alamanda. Aku takder laa kisah sgt sbb dia fashion blogger. Dia perlu kelihatan vouge sentiasa walaupun di masjid... fuhhhhh.....

Setahu aku sunglasses nie adalah untuk melindungi mata kiter dari sinaran matahari. Jadinya matahari hanya kelihatan klu kiter berada kat luar umah. Tu poon siang jer. Mlm matahari dah balik umah tido. Jadinya aku rasa tak perlu pki sunglasses kat dlm shopping mall sbb matahari tak der kat dlm tu. Tapi klu Jaafar Onn ader kat situ kau kene pki sbb dia bawak matahari. Bunga matahari..

Mungkin jugakk pakai sunglasses nie dah jadi fashion kot. Biler kau pki jer otomatik kau rasa sungguh stylish. Hebat giler walaupun kau beli sunglasses tu kat uptown. Rege asal 20 hengget, tawar² dptlaa 15 hengget.

Mungkin jugak sbb kau beli sunglasses tak ori jadi tak dpt protect mata kau dari sinaran matahari, tu sbb laa kau pki kat dlm shopping mall.

Berkemungkinan kannnn......

MACAM MACAM

Aku masih tak sihat lagi. Kejab demam kejab elok. Masuk nie dah 6 ari aku rasa mcm nie. Sungguh tak best rasa mcm nie. Ubat yg aku ambik ari tu dah dekat nk abis dah. Demam mcm tu jugak lagi. Nk kene jumper Mak Esahh jugak ker baru nk elok nie. Aduhhhhh....

Esok kawan gaduh aku Shima akan berangkat ker Tanah Suci. Semoga semuanya lancar sepanjang dia berada disana. Aminnnnnn...

Sakit otak aku melanda lagi. Soalan maut tuu datang balik. Rasanya 3 minggu jer soalan tu ilang. Masa tu aku rasa freshh giler takder nk pikir mcm². Skrg nie timbul balik. Serabutt aku pon kembalii. Teringat plak iklan tora... 'Tora datang lagi dgn mainan pukimakharamajadah"..ingat takk....

Sebenarnya aku mempunyai 2 pilihan skrg nie. Tgh timbangkan maner satu nk pilih. Lepas dah pilih akukan buat all out. Kasi setel tahun nie gakk. Fuhhhhhhhh.......


p/s: shima doakan yg baik² tuk aku ye.

Thursday, April 8, 2010

DEMAM

Smlm aku tak sihat. Tekak sakit, pening pala dan sakit badan. Tapi yg pelik demam tak sgt. Cuma pening pala ngan badan aku sakit tak hingat. Tu yg pegi jumper doktor tu. Periksa punya periksa doktor sahkan aku demam selsema. Dia nasihatkan aku supaya byk minum air dan jgn jumpa ngan org sgt. Biasalaa takut H1N1kan.

Sebelum doktor suruh aku kuar, aku mintak doktor check akunya BP. Sbb dulu BP aku rendah. Skali BP aku rendah jugak da. 110 / 60. Doktor pesan jgn duk tgh panas nanti takut pitam. Byk² berehat dan tido jgn pakai bantal supaya darah boleh mengalir ke otak ngan lancar.

Bab duk tgh panas tukankan mmg aku rasalaa. Biler mkn tghari yg open air, mesti aku rasa semacam. Pandangan tu kekadang jadi trun naik. Pastu jln tak stabil. Tapi aku diam kan jer. Ingatkan perkara biasa. Rupanya pasal otak aku darah tak ngalir ngan betul.

Doktor kasi aku ubat selsema, batuk, sakit tekak, demam ngan ubat pening. Katanya ubat pening nie tuk melancarkan darah. Ubat tu punya site effect mmg dasyat giler. Kau akan rasa mcm kau dlm keadaaan hayall. Klu tido tak boleh bukak mata. Lebih kurang mcm ubat selsema tapi lebih dassyat. Sbb hayal tu sehari pon tak ilang lagi. Doktor mmg dah ckp pasal ubat tu. Sbb dia suruh aku rehat yg cukup. Tapi aku kene keje, naper tak kasi cuti 2 hari bolehlaa aku rehat ngan secukupnyaa. Kann doktorrrrr.......

p/s: Kepada yg berkenaan,ptg nie jadi tau.

Tuesday, April 6, 2010

GITAR RAMA SITAR

Smlm member aku tulis kat wall fb dia "Jejaka yang pandai main gitar : tampak sangat seksi". Persoalannya iye kerr??

Aku rasa kan kebanyakkan budak lelaki mesti teringin nk main gitar. Termasuklaa aku. Bukan aper klu kau padai main gitar nie kau akan 'cool' dikalangan kawan².Klu pompuan ader tetek besar diakan kelihatan seksi mcm tu laa klu lelaki yg pandai main gitar. Kau akan dpt ramai kawan.

Masa aku sekolah dulu mmg tgh 'in' main gitar nie. Cool giler biler pandai main gitar. Lepak tepi longkang sambil memetik giterr, peehhh terasa sgt dewasa. Tak kisahlaa main lagu apa pon. Walaupun kau main lagu rakyat mcm Jong Jong Inai ker, Anak itak Tok Wie ker, Semerah Padi ker (tu lagu rakyat kerr??) kau tetap nampak cool. Org akan pandang.

Lagi satukan yg paling best klu pandai main gitar nie kau akan senang dpt awek. Betul, awek mmg suka budak lelaki yg pandai main gitar nie. Tak kisahlaa klu muka kau pecah mcm maner pun, berebut² aweks nk couple ngan kau. Sanggup tu bergaduh nk kan budak yg pandai main gitar nie. Mmg terasa hotlaaa..

Aku pun tak terkecuali nk belajar main gitar. Punyala nk sgtkan. Kumpul duit belanja sekolah sekadar² nk beli gitar. Dulu gitar Kapok murah jer dlm 65 hengget. Tapi masa sekolah² dulu azab gaklaa nk kumpul sampai 65 hengget. Biler dah dpt beli gitar, beli plak buku cara² main gitar. Masa tu ari² training main. Biler dah pandai cari plak kod gitar lagu Nirvana. Masa tu lagu Nirvana mmg tgh menjadi kegilangan. Siang mlm dok menghafal, punyalaa nk sgt jadi ahli neraka.

Di kalangan kawan² aku, aku telah melangkah setapak iaitu aku gie belajar main gitar kat Yamaha Music School. Gempakkan aku. Siap masuk kelas bagai. Masa tu kelas belajar main gitar cuma 45 hengget sebulan. Seminggu 2 kali jer. Yg bestnya dia ajar kau sorang². Mmg syoklaa sbb kau boleh tny selagi ader soalan kat cikgu tu.

Yg sedehnya aku cuma sempat belajar sampai level 1 jer. Sbb biler test aku fail. Keduanya aku tak der duit dah nk sambung lagi. Giler kau setiap ari aku gie skolah aku tak mkn. Ikat perut sbb nk bayar duit belajar tu. Mmg sakitlaa. Last² aku buat keputusan tuk stop. Bukan stop belajar jer siap stop main terus. Mmg aku tak paham naper aku boleh buat keputusan mcm tu....

Untuk pengetahuan korang skrg nie aku pegang gitar pon tak pandai. Nk main jauh skali. mmg terasa rugi sgt biler dipikir pikirkan. Klulaa aku pandai main gitar skrg nie kompem aku dah jadi artis. Mungkin aku akan kelihat seksi biler bermain gitar diatas pentas. Dan aku akan jadi rebutan oleh wanita². Takderla aku single mcm skrg nie.. kimakkkkkkk...

p/s: Tak seksi klu pandai main rekoder.

Monday, April 5, 2010

JANGAN MARAH HAA....

Tghari tadi mcm biasa aku gie lunch ngan hady n din. Seperti biasa sesi mkn akan diselangi ngan cerita panas dan tak panas. Tgh sedap aku mkn skali aku terperasan satu bender. Biler nampak bender nie aku teringat satu pepatah melayu "Masa itu Emas". Naper aku boleh teringat pepatah tu, tgkk bawah nie....



Nie baru betul masa itu emas. Setiap detik berhargaa. Hahahahahahaaa...

p/s: sungguh seperti bapak ayam..


Sunday, April 4, 2010

WAYANG

Minggu lepas aku gie tgk wayang. 2 citer aku tgk tapi lelain harila. Aku blum penah tgk wayang satu ari sampai 2 3 citer. Ari rabu aku gie tgk Evolusi KL Drift (EKD)dan ari ahad aku tgk citer Clash Of The Titan (COTT).

Aku tgk citer EKD tu atas ajakan shima. Dia nie peminat citer melayu sama ngan jue. Selepas diajak berkali², aku pon pegilaa tgk atas taknak kawan kecik ati (betul ker shimaa??) hahahaha. EKD nie kesinambungan KL Drift. Memandangkan aku tgk KL Drift tu jadi aku pahamlaa citernya. Keserluruhan citer nie bagus. Ngan aksi driftingnya ngan tembak²nya mmg agak menarik. Cuma yg tak menariknya pelakon utama dia aka pengarah filem tersebut. Lakonan agak tak berkesanlaa berbandingkan pelakon² lain seperti Aron Aziz, Shahezly Sam, Farid Kamil, Buzen. Ader gak pelakon yg hebat lakonannya sebelum nie tapi agak tidak menjadi lakonannya dlm filem nie iaitu Remy Ishak. Heroin dia c Scha tu aku letak dia pertengahan. Tak sebagus Aron dan tak seteruk Remy. Kire oklaaa.

Satu lagi aku tak kenan skipnya. Aduhaii mcm ayat budak² baru nk idop. Agak kelakarlaa. Yerlaa muka c Samsul tu dah nampak dewasa tapi ayat mcm budak baru nk naik. Mmg tak kenelaa. Lainlaa klu Dafi ker Aril ker Akim ker ckp mcm tuu. Boleh diterima akal. Lakonan kaku Samsul Yusof mmg wartawan dah komplain dari KL Drift lagi tapi aku tgk still takder perkembangan menarik. Mungkin susah kot nk arah lagi nk belakon lagi.

Tapi aper² pon aku tak hampa tgk citer nie. Tak rugi pegi tgk. Aku kasi 3 bintang. Klu ikotkan meninggalkan kesan ader gakk. Lepas keluar jer wayang aku bawak kete mcmla kete aku tu laju sgt. Siap bukak tingkap isap rokok feling²mcm Aron Aziz dlm citer tu. "Wa tahu mcm maner nk setel nie bende"....muhahahahahaa

Citer COTT plak. Citer nie sepatutnya aku tgk ngan shima ssb aku ckp ngan shima klu aku temankan dia tgk EKD dia kene temankan aku tgk COTT. Janji ari jumaat nk tgk, tapi biler ari jumaat shima senyap jer. Ym tidak, sms tidak. Aku assume dia lupa. Jadi aku biarkan jerlaa. Dulu dia tak terikat aku mmg ajak jer skrg nie kene bertapis skit. Akhirnya aku gie tgk ngan jai.

Mmg best citer nie. Sgt² tak rugi tgk. Takder aper nk komenlaa. Biasalakan ngan budget diaorg yg berjuta² tu tak heran sgtlaa klu citernya hebat nk mampos. Citer nie pasal Dewa² zaman purba lara dulu. Bukan Dewa19, nie citer pasal geng² Zeus. Tapikan dlm setengah² babak aku boleh agak aper akan terjadi. Serba sedikit dah menggangu keseronokan aku menengok citer nie.

Aper² pon aku kasi citer nie 4 bintang setengah. Skit lagi nk dpt full mark. Tapikan citer nie tak meninggalkan kesan pon. Takderla plak balik umah aku nk jadi Dewa bagai. Tak plak aku bayangkan naik kuda terbang masa aku bawak kete...

Sebenarnya citer maner yg best nie????

p/s: Yg paling best dpt tgk wayang ngan kawan².

Thursday, April 1, 2010

PERGI MENGADAP ILAHI

Baru dpt berita bahawa laki kak Salmah meinggal dunia smlm akibat eksiden..

Al Fatihah....

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.....

Amin.

AL FATIHAH

Din Beramboii telah kembali ke rahmatullah pada 12tgh mlm tadi. Semoga beliau ditempatkan di kalangan org yg beriman...

Al Fatihahh.....


p/s: aku akan merindu Shasha (cebisan watak Din Beramboi)

KAWAN TOLONG KAWAN

Mula² skali aku nk ucapkan terima kasih terutama kat Din dan yg tak utama kat Hady. Bukan aku tak der duit cuma aku tak ambik duit jer. Kebetulan plak rokok aku dah abis. Antara bayar makanan ngan rokok aku pilih rokok. Jadi makanan aku korang tolong bayarkann ekk..hahahahahahahahaa....

Dah 2 bulan dah aku mcm nie duit tak cukup. Entah pehal aku pon tak tahu. Duit manjang abis jer. Nk kata aku beli barang tak plak. Mcm biasa jer duit tu aku buat. Tapi stiilll kehabisann.

(Ker ader toyol yg mencuri duit aku. Kene belii kacang ijau nie...)

Seriess weyy tadi aku bukan sengaja nk mintak korang bayarkan tapi aku mmg lupa nk ambik duit. Lepas order baru aku teringat duit aku tinggal 11 hengget 75 sen. Rokok dah 6 hengget 70 sen. Jadinyan aku tinggal 5 hengget 5 sen jerr (betulkan kiraan aku??). Nk taknk aku terpaksa pau korang. Takkan korang sanggup tgk kawan korang yg mulia nie kene basuh pinggan. SANGGUPP......(klu sanggupla jawapannya sila padamkan nama aku dlm hati korang)

"Din, tadi tuu ikhlass kan??"

p/s: bersyukur kerana mempunyai kawan yg baik hati...hahahahahahahaa...