Sunday, November 25, 2012

Oh My Bahasa

 
Tengah² jln skali ternampak iklan nie...
 
 
 
-PROJEK BUAT DUIT TEPI-
 
Buat duit tepi?? Mcm mane tu?? Mula dahh mcm² soalan dlm pala otak aku nie.
 
Adakah buat duit kat tepi jalan?
 
ataupon buat duit di tepi pantai??
 
Arrgghhh peninglahh nk pikir.... hahahhaahahaahaaa
 
Tangan nie dah gatal jer nk dail  019-721150. Aku just nk tahu jer apakah projek buat duit tepi tu. Lepas dah tahu aku letaklah tepon kan. Dup dap dup dap bunyi jantung. Gilerrrkannn. Hahahahahaa..
 
Lepas aku tgk balik gambar tu ader tulis income. Ohhhhhhhhhhhhhh SIDE INCOME. Suka hati kau jerkan nk tukar dari omputih ke melayu. Mcm Laharrrrrr.
 
Dek Side Income tu dlm bahasa Malaysia adalah PENDAPATAN SAMPINGAN. Oh my Bahasa sangat kau.
 
Benda mcm nie byk dah kat FB mcm aku penah citer dulu. Tapi serius mmg tak eloklahh. Benda mcm nie akan menjejaskan Bahasa. Dan paling tak elok skali akan mempengaruhi budak². Tak gitu??

"Makk.. sape gula-gula hati mak??"

?????????????????????????

Wednesday, November 21, 2012

Testimoni Pengguna Tabita 2


 
Kali nie aku letak gambar aku sebelum dan selepas pakai Tabita.
 
Gambar nie aku penah letak kat entry Sungai Pangsun. Masa nie aku baru lepas mandi, kire muka bersihlahh. Tapi ternyata lepas mandi pon muka nampak kusam. Mcm bekas jerawat tu sampai skrg pon blum ilang 100% lagi. Lubang kat muka aku besar² kau. Jadi nk elok aku rasa makan tahun kot. Pelan² kayuh.
 
 


Gambar nie plak selepas aku pakai Tabita selama 4 bulan. Mmg ader perbezaan. Paling ketara tona kulit aku dah putih sedikit. Takdelahh gelap mcm dulu. Jerawat tu tumbuh jugakk skali skala. Tapi cepat ilangnya dan takde bekas. Muka pon kurang berminyak. Pori pon dah semakin kecil.


Takut org cerca aku kata gambar tu aku edit. Nie aku letak jugak gambar yang aku dah edit. Jadi takde istilah menipu ye.


Takde beza sangat pon kan..kan kann kannn... Aku rasa klu lama lagi aku pakai tabita, boleh kot dpt kulit mcm gambar edit tu. ;)

Tuesday, November 13, 2012

The Humble Chef

 
member :"Dy jom mkn spegeti"
 
aku :"Tgh² mlm nie?? kat mane??
 
member:"kau ikut jerlahhh, kul 11 kang aku ambik kau"
 
aku:"baiklahh"
 
Masa dlm perjalanan aku tak bertny langsung kemana arah tuju. Tgh dok menyanyi skali member aku ckp.. "dah tak happening dah kat telawi nie". Baru aku perasan dah kat telawi. Serius dah tak happening dah. Budak² zaman skrg nie lepak kat mane ekk??
 
Rupanya member aku nk ajak mkn kat stall The Humble Chef yang terletak kat Imegresin Damansara (skrg imigresen tu dah pindah kat jln Duta) tu.
 

 
 
Gigih gile member aku ajak pegi sini sekadar² nk mkn spegeti. Bukan takde jual spegeti kat bangi. Layankann jerlahh..


Walaupon stall gitu je tapi mamat yang ambik order tu ckp omputih berabuk. Yang memasak plak sangatlahh tekun tak berborak langsung. Sbb masa aku sampai boleh tahan ramai orgnya. Mcm² bangsa ade. Melayu, Cina, India, Arab. Aku order carbonara ayam rege 5 hengget pastu airnya semua air kotak.

Aku kategorikan makanan sini ok. Nk kata meletop sangat tu taklah. Mungkin org ramai sbb view kot.




 
Seram dowh lepak mkn kat situ. Takut nk letak hp kat meja. Takut jatuh kat bawah tu habuk pon takdpt.

Thursday, November 8, 2012

Istanbul Aku Datang

Smlm aku pegi tgk Istanbul Aku Datang (IAD). Persoalannya best ke cerita nie?? 
 

Kepada yang penah tgk cerita Gol & Gincu atau Pisau Cukur corak cerita IAD lebih kurang sama.  Cerita nie 100% berlaku kat Istanbul. Mmg mengasyikkan pemandangannya. Sampai aku sendiri teringin nk pegi Istanbul. Sungguh berkesan.



IAD kisahnya lebih kurang gini, Dian lakonan Lisa Suri yang pegi ke Istanbul tuk bejalar bersama BF dia Azad lakonan Tomok tapi tujuan Dian sebenarnya pegi kesana nk buat supaya Azad melamar dia. Dan dia ade masa 3 bulan sama tuk buat gitu. Tapi dlm masa yang sama mcm² terjadi termasuklahh dia berjumpa ngan Beto. Tuk cerita selanjutnya korang kenelah pegi nonton ye.


Dlm cerita nie ade babak yang buatkan aku ketawa sampai menangis. Babak masa Beto pegi cuci rambut Lisa. Seriuss wey mcm tak kene plak. Satu lagi babak masa Tomok dok memujuk Lisa pon agak tak kene. Dahlahh babak tu panjang. Geli geleman aii tauu. Hahahahaa.

Tapi yang bestnyaa cerita nie c Dian adalah sorang blogger. Dia akan blog pasal plan dia mcm mane nk buatkan Azad melamar dia. Biler dia pulish entry akan ader org komen. Dan salah seorang yang komen tu adalah Fazura. Dpt dengar suara Faz pon jadilahh terubat rinduu. Hahahahaa.


Satu lagi yang aku notis dlm filem nie adalah stail pakaian Lisa seperti gambar diatas. Adakah stail gitu (seluar pendek ngan legging) akan menjadi trend??

Filem nie aku kategorikan sebagai wajib tonton.

Wednesday, November 7, 2012

Bowling

Setelah sekian lama tak bermain bowling, aritu aku termain plak. Game suka² tuk opis aku. Mcm biasa klu org keje Putrajaya nie mesti main kat Alamanda. Tu jerlahh yang dekat.
 
Aku nie klu bab main menggunakan tangan insyaallah boleh. Nk kata terer sangat pon tak lahh, kire sedang² aja. Janji tak masuk longkang.
 

Opis aku tak ramai sangat umatnya. Dahlahh ader yang kene pegi kursus pastu yang beranak kecik yang outstation jadi nie jerlahh yang dpt join. Tapi kire oklahhkan. Nk main bowling nie punya cerita kecoh dekat sebulan. Masing² cerita nk up. Keji ssangat perangai. Puiii..




Boss aku ingat group dia jer pakai baju merah (siap sponser tu ahli kumpulan lagi) skali kau yang datang 80% pakai baju merah. Yang aku plak entah mcm maner boleh bawak baju merah jugak. Mcm dirancang² nampaknya.



Group aku 3 org lelaki sorang pompuan. Mamat yang pakai baju belang ngan pompuan baju hitam ngan sorang lagi pegawai (takde dlm gambar). Sebelum main, budak² opis kata mamat pakai baju belang² tu terer. Katanya klu baling sampai nk pecah pin. Takuttttttt..



1st game group aku mmg bersaing hebat walaupon sorang dari group aku asyiklahh kelongkang (bukan aku). Nasib yang lagi 3 bagus mainnya. Masuk game kedua semua hancurr. Mamat baju belang yang dikatakan hebat tu hancussss jugakk. Merundumm markah weoullss. 
 


Masa tgk markah hati punyalahh suka sbb group aku dpt no 2. Skali bile diumum hadiah tuk group hanya tuk juara je. Aku yang xcited tadi trus senyap. Rupanya hadiah tuk individu yg byk.

"Lah tak de hadiah tuk naib juara rupanya". Kesiannn...

Monday, November 5, 2012

Saman

 
Aku kene saman kau. Aku takde reaksi masa masa surat nie. "ohh.. surat saman". Mcm tu je. 
 

Tapi bapak aku yang hangin. Mcm² ayat keluar dari mulut bapak aku. "Segala kata cacian yang engkau berikan..membuatku rasa kosong kosong ohh". Hahahhahaa.

Aku kene kat kat area Genting Sempah. Kata kakak aku situ mmg sentiasa ade speed trap. Had kelajuan 90kmj. Jln tu trun bukit. Jadi pepaham jerlah. Takkan nk tekan break plak kan. Nk² plak masa tu jln tak byk kereta. Lagilahh. Aku lebih 19kmj je. Takderlahh memudaratkan kenderaan lain pon.

Nie saman kedua yang aku kene sepanjang 14thn memandu dijln raya. Takdelahh teruk sgtkan. Tak mcm member aku setahun mesti ade je samannya. Tapi takpelahh dia kaya. Klu aku kene mcm tu terpaksalahh meniaga balik mlm². Persoalanyaa laku lagi ke klu niaga tu??  hahahahahahaa..

Sunday, November 4, 2012

Hari Raya Korban

Baru nk bercerita pasal Raya Haji??  Nielahh padahnya klu berharap dari kamera org lain. Jadi terpaksa tunggu tuan punya kamera email. Gambar nie baru dpt smlm, setelah aku paksa tuk kesian kalinya.
 
Tahun nie Raya Haji mcm biasa aku beraya kat Kg. Sg. Balak. Raya kali nie kitaorg beraya rumah baru. Rasa kemeriahan tu berkali ganda. Hahaahahaa.
 

 

Nie gambar masa lepas sembahyang raya. Ahli keluarga blum cukup, sbb ade yang blum sampai. Raya kali nie kitaorg buat korban ngan kenduri arwah pada raya kedua. Tu yang hari raya pertama tak meriah sangat sbb kemeriahnya akan berlansung pada keesokan harinya.




Menjelang nk tunggu semua sampai marilahh kita bergambar lagi dan lagi.



Aku suka gambar nie, nampak bersahaja. Hahahahaaa...

Sekian cerita raya kali nie.  Aku takde idea dah nk bercerita. Seriusssss...