Akhirnya barulah berkesempatan nk cerita trip ke Medan. Plan nk ke Medan nie adalah plan mak aku. Kenapa Medan?? Takde sbb main petik je. Hahahahaa. Medan nie plak mmg dekat ngan Malaysia cuma 45 minit je naik kapal terbang, mcm pegi Langkawi je.
Plan nk pegi nie mmg tak lama kurang dari sebulan. Sbbkan aku pegi ngan family aku plus makcik aku jadi mmg kitaorg ambik pakej. Yg jadi harunya sbb nk cari Travel Agent yg menawarkan pakej yg menarik (baca murahhhh). 2-3 Agent gak aku cari dan akhirnya bertemu ngan
traverseasia.
Sbb kitaorg pegi cuma 3H 2M, pihak traverseasia cadangkan kitaorg bertolak seawal pagi supaya dapat jln byk tempat. Tapi tak hagak² paginya flight kul 7.50 pagi kene sampai kat LCCT kul 5pagi. Nasib baiklahh abang aku berkerajinan nk hantar klu tak kene naik teksi double charge.
Kitaorg sampai kat LCCT dlm kul 5.30pagi. Tapi pihak traversasia dah sampai dulu. Mmg bagus diaorg nie. Sampai jer trus diaorg cek in kan. Setel cek in dia kasi tiket fligt balik dan bagi sedikit taklimat masa kat sana nanti. Ohh ye sbbkan kitaorg nie cuma 9 org jadi takde org dari pihak traverasia yg ikut.
Punyalah ramai manusia subuh sepie kat LCCT nie. Semua mengejar tambang murah kan termasuklahh aku. Hahahahahaa. Harap² airport yg baru nanti takdelahh sehazab LCCT nie. Nk berjalan ke kapal terbang dekat 1km. Jenuh bapak aku mengagahkan diri berjalan.
Flight bertolak tepat kul 7.50 pagi sampai 7.50 pagi waktu Indonesia. Jadi mmg pagii sangatlahhh. Sampai jer kat medan dah ade yang menunggu. Nama pemandu pelancong kitaorg Haris. Izzah tak ikut skali sbb tak sihat. Hahahahahahaa..
Masa nie mengantuk tak hingat. Mau tak ngantuk bangun kul 3 pagi. Naik van trus pegi breakfast. Sbbnya kitaorg akan bertolak pegi ke Brastagi yang mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Aku mmg no idea Brastagi tuu tempatnya mcm mane. Bila c Haris kata mcm Cameron Highland trus terbayang jln pusing². Skali mmg betul jln tak hingat punya. Dahlahh pusing² tambah plak jln yg berlubang² agak hazablahh.
Alhamdulillah kitaorg sampai dengan selamat sbb pemanduan c Haris sangat lah bagus dan cermat. Sampai jer kat Brastagi trus berenti makan. Masa tgk keadaan sekeliling aku bayangkan dia singgah kat restoran tepi jalan. Skali dia berenti kat hotel ingat hotel kitaorg skali bukan. Hotel tu tuk makan tghari je. Masakannya kire oklahh chinese style. Yg bestnya cuma kitaorg jer yg mkn waktu. Rasa mcm org kay plak. Boleh booking satu dewan tuk mkn anak beranak je. Kau hade??Hahahahahah.
Abis mkn berenti kat Pasar Buah. Hamboii byknyaa buahh. Kebanyakkan buah mmg aku tak penah tgk contoh mcm buah Markisa. Benda yang tak penah tgk haruslah kita beli. Beli itu sikit beli ini skit. Cadangnya nk mkn kat hotel. Cadangnyaaalahhhh....
Kitaorg bermalam kat Hotel Sibayak. Hotel nie 4 stars. Sangatlah selesa. Dan yang penting ader swimmng pool. Hotel kat tanah tinggi ader swimming pool hilang akal ke?. Hilang² akal pon anak buah aku pegi mandi jugak. Sejuk gile katanyaa. Akuu?? baikklahh membutaa. Kat Brastagi nie mlm mmg takder aktiviti yang boleh buat. Dinner pon kat hotel. Nasib baik hotel nie ade karaoke. Siap kasi voucher percuma karaoke. Set² perasan suara bagus nie, mengelitislahkan nk melalakkan.
Lepas dinner trus usha tempat karaoke. Skali karaoke terbuka kau. Nyanyi gilir² ngan org lain. Saper ade beran jer boleh nyanyi. Akuuuu??? takyah citerlah uollsss. Sendiri mau pahamlahh. Hahahahahaa. Memula cuma kitaorg ngan satu couple jer kat karaoke tu. Oklahkann sbb suara couple tu pon ok dan diaorg pon nyanyi lagu omputih. Tgh² nyanyi sedap masuk plak satu group pompuan. Skali kau diaorg nyanyi lagu dangdut. Sampai skrg aku ingat lagunya Wakuncar singkatan tuk Waktu Kunjung Pacar. Siap joget² lagi. Mencabarrr betull. Hahahahaa. Biler masuk group org tua trus kitaorg blah. Kang tah ape² lagu dia nyanyi nanti buat penat tunggu je. Balik bilik tidooo lagi baik.
Esoknya bekpes kat hotel. Makanannya kire oklahh. Takdelahh best sangat dan takderlahh sampai tak boleh mkn. Kitaorg check out dlm kul 9 pagi. Seronok sangat sbb cuaca sejuk² sedap. Rasa nk lepak lama kat situ.
Van putih tulahh kenderaan kitaorg. Kereta baru dan sangat selesa tuk 9 org. Boleh tido² baring lagi. Mcm aku duk depan kenelahh layan c Haris tukan. Dah Izzah tak nk ikut. Klu tak bolehlahh aku duk belakang layan membuta.
Sebelum trun kitaorg singgah mkn janggung. Memang jadi tempat tumpuan pelancong. Jaggungnya mcm kat Cameron tu. Bakar ngan sos ader, bakar biasa ade, rebus pon ade. Pilih jerlah. Rasanya mmg sedap. Harga plak aku tak ingat sbb bapak aku yang bayar. Hahahahaa. View kat sini mmg cun. Sbb sebelah tuu gaung. Sape ade anak² kecik jaga²lahh. Mcm anak buah aku tu kene marah ngan nenek dia. Padam kan mukaaaa. Hahahahahaa..
Sampai kat Medan dlm kul 12. Trus shooping sbb makcik aku dok berazan kat telinga aku "dy biler nk shooping nie??". Yerlah yerlahh marilahh kita mengabiss kan duit. Memula skali pegi kat kedai jual kain ela, telekong, kain batin dan pelekat. Harga kat sini mmg agak mahal skit berbanding bandung. Mcm family aku beli sikit² je. Makcik aku yang memborong abis. Yerlahkan bawak duit sampai 4juta klu tak beli nk bawak balik buat apekan. Aku pon dok bakar bakar dia. "Angah abiskanlahh duit tu kang bawak balik nk kene tukar lagi leceh". Racunnnnnn.
Yang dengan bapak aku tulahh Haris. Sama baya ngan aku. Rajin berborak Haris nie. Nk² plak bapak aku suka melayan. Lagilahh. Aku pon dok melayan kan tny dia mcm². Memula jumpa tu dia tak tahu umur aku sebaya dia. Biler mak aku tny umur brapa dah kawen ke blum pastu dia pon cerita.
"org sini makcik mmg kawen lambat. Bukan tak mau kawen awal sbb tak cukup duit. Lepas kawen mau jaga isteri. Gaji pon cukup² mkn mcm mane nk jaga anak org. Tu blum ade aanak lagi!!"
Bapak aku plak nyampuk. "dekat Malaysia pon org kawen lambat jugak tapi bukan takde duit tapi tak laku". Hahahahahahahahaaaaa..
Abis shooping trus pegi makan. Kali nie mkn masakan Sunda. Kali nie sedap. Puas atii makan. Tgh sedap² makan skali ujan, lebat plak tu. Cadangnya lepas makan nk pegi shooping lagi mmg tak jadilah. Nak² plak Haris kata situ klu hujan lebat akan banjir. Trus bapak aku kata pegi hotel trus.
Kat Medan kitaorg menginap kat alah lupa plak namanya. Hotel nie pon 4 stars. Dpt plak tingkat atas skali. Nampak semua pemandangan Medan. View yang mengancam. Hotel pon hotel baru. Jadi mmg super selesa. Dengan chanelnya sampai 40. Duduk hotel lagi nikmat aku rasa dari dok jln layan ujan kat luar tu. Hotel nie harga biliknya 700 ribu rupiah.
Malamnya plak keluar makan masakan minang. Nama kedai aku tak ingat. Tapiiiii sangatlah tak sedap. Dengan lauk tak cukup masa kitaorg sampai. Ayam gorengnya kitaorg dah abis makan baru nk sampai. Punyalah hangin c Haris. Siap telepon opis kata jgn booking kedai tu lagi. Buat malu kompeni je. Sebenarnya kitaorg takdelahh kisah sangat. Sbb klu kat sini menunngu makanan tu dah biasa. Dah lali dahhhh.
Abis mkn Haris bawaklahh jejalan tgk pemandangan Medan waktu malam. Takde ape yang menarik. Dahlahh kedainya tutup kul 8. Jadi takde ape yg tinggal. Nk shooping kene tunggu esok. Adelahh dekat 1 jam dia bawak jejalan. Pastu dia hantar balik hotel. Aku lagi suka kot sbb boleh layan movie. Hahahahahaaa.
Soknya pepagi aku dah bangun sebb kelaparan. Smlm mkn tak sedapkan. Aku yang ketuk pintu bapak aku ajak pegi minum tak tahan punya pasal. Nasib baik makanannya pelbagaii. Byk giler makananya. Dari tradisonal sampailahh western membawaklahh ke chinese. Lama gile kitaorg lepak situ. Dari satu jenis ke satu jenis rasa. Puas ati aku dpt mkn sampai kenyang. Perut kenyang hati pon girangggg.
Memandangkan hari terakhir kitaorg tu hari senin jadi tak ramai sangatlahh pengunjung hotel tu. Abis bekpes trus pegi lepak kat swiming pool. Takde org kau, heaven. Tapi aku tak mandi pon. Kerana maleh nk bawak baju basah. Jadi lepak² jerlahh kat situ sambil menghirup udara Medan. Masa nie akunya bateri kamera dah nk abis. Hp plak mmg dari smlm dah mampos. Jadi mmg takde gambar yg lepas kejadian lepak kat pool tu.
Kitaorg check out hotel kul 1tghari. Trus gie lunch. Kali nie mkn minang jugak tapi kat Restoran Garuda. Fames katanya. Boleh tahan masakannya. Siaplahh sendawa aku. Biler perut dah penuh marilah kita truskan perjalanan. Tempatnya adalah pasar ikan. Masa Haris bagi penerangan pasal pasar ikan tu mmg bayangan nyaa tempat tu panas. Biler sampai mmg betul panas. Dahlahh bawak kebanyakkan warga emas. Tak jadilahh nk pegi situ. Trus pegi ke Central Mall tak salah aku namanya. Jadi kitaorg pon shoopinglahh kat situ sampai kul 4 dan bertolak ke Airport.
Traveresasia dah siap add luggage 20kg setiap org. Mmg takde masalahlah klu nk membeli belah sampai tak larat nk bawak kan. Mmg memahami betul diaorg tu. Perjalanan nk check in beg pon sangatlah senang sbb kat airport tu ade org Haris. Takde ape pon yang sanggut. Pada yang penah pegi indon korang mesti alami kes kena byr duit kat Pak Imegresen klu nmpak beg byk². Klu tak byr tak dpt masukkan.
Flight plak delay dari 6.50 ptg ke 7.30mlm. Biasalahlahh Airasia nie klu tak delay tak sah. Jadi melangutlahh kat airport menunggu. Dahlahh perut lapar nk makanan kat airport takde menda. Nk mkn dlm kapal terbang tak sempat. Kesudahannya tunggu sampai kat tanah tumpahnya darahku baru mkn.
Kesimpulannya trip kali nie biasa² je. Sbb takde tempat sangat pon nk melawat. Tapi aku syorkan korang klu nk cari agent bolehlahh ambik Traveresasia. Aku pon insyaallah akan guna lagi khidmat Traveresasia lagi.
Ohh lupa, pakej aku tuu regenya RM900 seorang.