Wednesday, April 5, 2017

Hari Raya 2016

Sebulan jugak boleh nie menyepi. Aku rasa blog nie kompem terkubur tak lama lagi. Dah takde hati dah nk menaip segala. Tapi sementara hati tu blum tawar lagi marilah kita cerita pasal Hari Raya 2016 tuk kenang kenangan.

Tahun nie tahun pertama aku beraya sebagai suami. Eceh ceh ceh. Perasaan aku mcm biasa je. Sama mcm masa bujang dulu. Cumanya raya kali nie ader satu lagi rumah (rumah mertua) aku kene pegi. Org lain raya pertama jadi suami excited giler. Bagitau satu donia tapi aku rasa biasa je. Penat aderlahh. Hahahahahahahahahaaa..

Sebelum kita mulakan cerita marilahh tgk gambar raya kami.



Team Mak Kau Hijau. Baju melayu aku tu recycle tahun 2014 punya . Bini aku je baju baru. Nampak tak baiknya sang suami. Dahulukan isteri dari kehendak sendiri. Beruntunglah sape jadi bini aku tu. Hahahahahahahahahhaah..

Tahun nie mmg penat sangat. Walaupon rumah mertua aku dekat (dlm 15 minit ) tapi aku dok terkejar kesana sini tu yg penat tu. Start aku buat marathon sehari sebelum raya. Ehh bukan sehari 2 hari seblum raya. Raya rabukan, isnin mlm tu aku dah hantar bini aku kat umah mak dia. Adik beradik dia tak ramai (4org je) jadi dia mmg setiap tahun akan jadi tukang masak. Jadinya kau baliklah umah mak kau, aku kat umah mak aku kaedahnya. Senang takde gaduh².

Yg family aku plak kali nie masak² 2 rumah. Satu kat Balak satu lagi kat Bangi. Dah satu keje aku pepagi hening aku dah bawak mak bapak aku balik balak sbb nk tgk² diaog masak ketupat lemang redang segala. Mak akukan head chef jadinya dia kene tunjukkan bahan ape segala baru diaorg boleh masak.

Siap kat Balak balik Bangi, tgk kakak aku masak kat bangi plak. Kat Bangi masak rendang ayam n daging, kari ayam, kuah kacang n lodeh. Dah siap masak tuk raya masak tuk berbuka plak.

Kul 5 mcm tu ambik bini aku kat umah mertua. Sbbnya mlm tu umah aku ader buat takbir. Takbir family2 je.




Sehening pagi Syawal aku dah mula sambung marathon. Lepas je subuh aku trus pegi rumah mertua aku, tinggalkan isteri aku kat umah mak dia. Aku plak gie sembahyang raya kat Balak. Abis je solat gie rumah mertua salam mkn segala trus kitaorg gie raya rumah kawan² baik katanya tu.

Lepas abis beraya umah kawan baru sambung beraya kat umah sedara. Nampak tak kat situ, kawan lebih utama dari sedara. hahahahahahaaa.


Nie gambar masa raya umah kakak aku. Tahun nie anakk buah aku rajin plak bawak kamera. Jadi byklahh gambar posing sana sini.

Kitaorg punya stail beraya tak lama. Salam, tny khabar borak serba skit, minum air mkn kuih pastu balik. Takder borak lama². Satu rumah dlm 15 minit je. Tu pon sampai kul 7 baru abis. Klu borak lama lagilahh sampai ke subuh baru abis aku rasa.


Gambar nie tak cukup korum. Bapak aku ngan kakak aku takde. Tapi nielahh gambar yg hampir semua ader.


Untuk gambar penutup, mcm biasa tuan punya blog dan isterinya. Kita dah kawenlahh. hahahahahahahahahahaa...

p/s: entry nie di taip pada tahun 2016 dan setel pada tahun 2017. Janjiii ader kenangan katanya. Tetibaa...