Konsert part II
Setelah semalaman aku merenung langit sambil menghisap rokok Marlboro light 14 yang tak lama lagi dah tak jual (akan jual 20 jer start bulan 6) baru memori aku kembali mengingati konsert satu suara tu. Nie sambungan dari entry aku smlm. Kitarog sampai kat Istana Budaya (IB) kul 7 senja bak kata entry aku smlmla. Sampai jer masing² memanjatkan kesyukuran kerana selamat sampai dengan selamat. Hahahahahaaa…
Parkir mmg senang sbb ader org jaga. Jadi takderlaa macam org jakun mencari² parkir. Agak lengang masa kitaorng sampai tu. Kuar jer kete ternampak plak kete Faizal tahir. Aper lagi Gedik’s tu menjeritt kegembiraaanla. “Aaa tuu kete abg pezall..debar dah aku nie” . cuba teka ayat saper tu. Hadiah lumayan menanti pemenang. Jadilah juwatan power roott.…..
Ok sambung, Jue bertindak sbgi mak ayam mlm, dia trus melulu membeli tiket kat kaunter. Dah dapat tiket, melawat gerai jualan yg ader. Aku mmg takla membeli, yg membeli c shima. Mula² beli baju pezal, lepas tu beli baju siti plak. Untuk pengetahuan korang gerai siti tu terletak kat depan skali, pezal yg kat belakang. Tapi naper shima beli pezalnya baju dulu baru siti. MOTIFFFFFFF????
Seterusnya gie mkn. Kat café Ib jer. Jue ngan azz mmg dari dlm kete dah kata lapa. Tapi aku heran naper aku tak lapa. Aku hanya order air pastu tu mkn sandwish shima (bukan takder duit ek, shima yg offer). Baru aku ingat aku dah mkn kat umah. Sorry ya kekawan sbb tula aku lambat..hahahahaaa.."jue air ari tu aku tak bayar lagi, halal ekk”. Kat café tu nampak laa kelibat artis. Elly suriati, A.Galak ngan Datin Azlina Ridhuan. Tak kenal A. Galak?? Sarjan Misailaa Gerak Khas. Masa nk jalan menuju masuk kat dewan, aku terperasan org asyik pandang aku jerr. Naper ha???
Adakah aku kelihatan macam artiss??
Adakah aku kelihatan mcm model yang berjalan dgn org kerdil??
Adakah org heran mcm mane aku bleh bawak 3 bini sekali gus tgk konsert, tak risau gaduhh kerr??
Ok ok aku trus citer pasal konsertlaa. Baru nk feel feel superstar jab. DENGGKIII......
Masa masuk dewan mcm biasa terbangak bangak jab tak tahu nk masuk pintu maner. Selalu masuk kat pintu hati jer tu la padahnya. Yang aku nk tekan kan sini akak yg jaga pintuu tu bleh tny aku nie harga tiket berapa ratus punya. Kat sini aku ader sedikit persoalan kat akak tu. Naper nk tny tiket berapa ratus sedangkan kat tiket tu ader tulis no kerusi?? Soalan nie aku tujukan kat akak tu jer. Jgn korang nk jawap plak. Nie tak der hadiah. Hadiah soalan lain.
Kitaorg duduk agak depan. Sbb Gedik’s nk tatap wajah c pezal dengan lebih dekat. Keadaan dlm dewan penuh. Penonton yg dtang tak hingat pakaian mengalahkan artis. Aizat pon nyanyi pakai baju tshirt nipis yg menampakkan babat, relak jer. Nie tak dtg siap pki jeket kulit hitam bertudung litup berkasut nyamuk. Iyer kasut minah tu mcm nyamuk Aedess. Tak caya tny Gedik’s….
Persembahan dimulakan dgn aizat. Lagu yg di nyanyikan seperti lagu mengejar mimpi, hanya engkau yg mampu, sepi, mat Travolta. Sebagai artis baru aku bleh kasi aizat 3.5 bintang dari 5. Sbb dia nyanyi ok, komunikasi pon bolehlaa. Tapi aizat kene berhati² tentang nyanyian sbb byk gak terkucill. Picthing ader sedekit off mlm tu. Nie komen ikhlas dari aku. Tolong ekk aku tahu tau bab pitching memicthing. Shima tolong jelas kan. Berapa lama aku jadi guru vocal kau..hahahahahahaaaa
Lepas aizat abis nyanyi tiba kemunculan artis yg dinanti nantikan oleh Gedik’s. Faiiiizalll tahirrrr. AAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. I Lap Uuuuuuuuuuuuuuuuuuu. AAAAAaaaaaaaaaaa. Pewiiiittttttttttttttttttttttttt. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Yang aku dgr byk aaaaa..i lap u jer laa. Lebih Jeritan dari nyanyian. Tapi faizal mmg dia tahu kelebihan dia. Mlm tu aku rasa faizal tak sesakit tekak seperti aizat. Sbb dia nyanyi hanyala 40% jer mlm tu. Selebihnyaa dia sorong mic kat penontonn. Yg penonton pon biler c pezal sorang mic punyalaa suka. Nyanyi sekuat mungkinn ..”sselamat mlm.. tidooorlaa pezalll ku”. MMg seronoklaa pezal tu takyah nyanyi. Sepatutnya pezal yg kene byr duit tiket tuk tgk korang buat konsert bukan sebaliknya. SETUJUUU TAKKK.
Aper yg aku lihat mlm tu aura pezal mmg kuat. Sehinggakan dia boleh buat org bangun dari kerusi. Menari menyanyi bersama. Mmg aku kagum. Ader akak kat row tgh tu berdiri agak lama dari org lain. Punyala suka. Tak hirau dah belakang dia ader Tun Mahathir. Dia gelekk, tepuk tgn, menyanyi kire mcm show dia dh. Agakk mengasyikkkannn. Untuk pengetahuan korang selain Gedik’s yg duduk sebelah kanan aku, yg duduk sebalah kiri aku jugak peminat pezal. Jadinya mlm tu menjadikan medan tuk aku uji telinga aku, sebelah maner yg lebih elok. Dan keputusannya dua² belah ok lagi. Tak yahla aku gie klinik tuk beli ubat cairkan taik telinga.
“Shima kau perasan tak mlm tu faizal tahirnya lawak mcm lawak yg biasa aku buat masa kita traning koirkan??.”
Lepas abis faizal tahir kuarlaa Dato Siti. Reaksi penonton agak kureng skit. Gegak gempita yg aku dgr tadi dah berkurangan. Kiri kanan aku dah diam membisu. Nielaa masa tuk aku tunjukkan kat diaorg yg aku mempunyai kekuatan vocal yg tiada tandingan. SSIIITTIIII IIIIIII LOVEEE UUUUU..AUUUUUUWWUUUUUUUU.. Amik kauuuuuu. Bukan nk lawan ngan peminat pezal tu, tapi saja nk menghangatkan suasa jer.
Nie ader komen skit kat peminat pezal. Masa pezal nyanyi korang menjeritt sekuat mungkinn, sampai anak tekak kau nk terkuar. Bak kata guru vocal aku leringgg kat tekak kau tu bergetar selaju 750 batu notika yg akan membuatkan kau ilang suara selama sehari. Aku yg peminat siti nie skit ponnnn tak heran, bahkan aku nyanyi sesame lagi lagu pezal tu. “kau mahakarya cinta….ooooooo (sambil membengkokkan badan kebelakang nk sampai note tinggi punya pasal)”. Tapi kenapa biler penonton siti menjerit I LOVE U SITI, peminat pezal bleh kata “What Everr”. Prejudis sungguhh (prejudis tu aper ha. Aku main hentam jer sbb bunyinya mcm sedap)
Overall konsert tu telah buatkan aku happy. Happy sbb dpt nyanyi kuat² tanpa ader org komen.
“sebijik dowh mcm lagu tu”..(tlg ye din aku tahu suara aku sedap tahyah perli selalu)
p/s Gedik’s tu nama kumpuan yg dianggotai oleh tiga jelitawan yg peminat setia tegar Pezal Tahir.
cehh... suka suki ko je letak tajok lagu aizat yg salah tu. nak kena saman ke? saman sultan hari tu pon ko tak bayor lagi.
ReplyDeleteerrr aku nak jawab soalan tu, tapi dpt hadiah apa? ko kena bgtau dulu. kalo tak aku takmo jwb.
by the way, tq le sbb ko akhirnya setuju ckp kitorang ni jelitawan. diulang... JELITAWAN..
mula2 aku hot jugak sampai rasa nak tendang je rusuk si zedi ni (eh sampai ke nak tendang2 ni)...tapi bila baca perenggan akhir tu terus aku cool...ahhahahaa
ReplyDeletemeh aku pekik lagi... PEZALLLLL I LOVE UUUUUUUUUUUU!!!!!
sedap pulak nama Gedik's... :D
lepas nie aku jadi korang punya manager ekk..mempersilakan The Gedik's..hahahaa
ReplyDelete