Taman nie dah bukak setahun lebih dah. Tapi aku baru jer tahu, tu pon tahu masa tertgk tv3. Barulah tahu kat Putrajaya ader tempat mcm tu.
Ader Rock Climbing, Mountain Biking, tuk Skater n Roller Bladers pon ader. Punyalahh huge tempat nie. Kemudahan mmg tip top. Klu dah basah lecun buat aktiviti lasak dan lepas tu ader date ngan awek tak yah risau kat situ ader disediakan shower tu mandi dan bersiap. Jadi korang tak perlu yg terkejar² balik umah. Sgt menjimatkan masa disitu. Lagi pon mandi kat situ tak kene bayar.
Memandangkan hajat dihati nk buat aktiviti Mountain Biking, jadi bender yg perlu ader adalah basikal. Kepada yg takder basikal lasak tu jgn risau, Taman Cabaran ader sediakan basikal tuk disewa. Rege sgtlah berpatutan. Tuk 3 Jam cuba RM20. Klu nk selamat skit pakai helmet tambah lagi 5 henget. Kepada yg mmg ader basikal tu tak perlu bayar aper². Trus bleh layan track yg disediakan.
Kepada yg baru berjinak² ngan aktiviti nie, perlu dgr taklimat yg akan diberikan. Jgn dok main redah jer. Sbb track yg disediakan agak merbahaya tuk org baru. Track nie terbahagi kepada easy, medium n hardcore. Jadi pandai²lah pilih nk ikut jln maner.
Kepada yg baru berjinak silalah ikot track easy iaitu 1dan 2. Tu pon dah hazab ok. Jlnnya sgtlah mencabar. Klu trun bukit tu sgtlah curam, naik bukit plak sgtlah tinggi dan jlnnya sgtlah kecik. Klu terbabas bleh mengundang kecederaan. Perlu di ingatkan sistem brek sgt memainkan peranan yg penting selain dari kawalan yg bagus. Tak lupa jugak suspension basikal pon perlu bagus. Senang citer basikal kene mahal noktahh.
Lepas abis satu² track, ade disediakan wakaf tuk lepak² sambil ambik nafas. Perlu diingatkan anda ader masa 3jam, jadi pandai²lah bajet masa. Track nie keseluruhannya sejauh 7.5km.
Aper yg aku peratikan kat sini, biler kiter selisih ngan penunggang basikal yg lain diaorg akan tegur kau ...."morning" katanya. Sgt bagus. Tak kiralahh org tu bangsa aper pon. Semangat kesukakan mcm tu yg aku suka.
Disini aku nk nasihat skit. For those yg nk try aktiviti nie, perlu lah korang ukur baju badan sendiri. Klu dah naik basikal pon asyik jatuh jer hentikanlah niat tuu. Sbb walaupon katanya ader track tuk beginer tapi tracknya tu sgtlahhh mencabar.
Ha satu lagi, klu nk buat aktiviti ekstremm mcm nie warming up sgtlahh diperlukan. Nanti silap ari bulan baru 2 3 kali kayuh dah kejang otot. Klu kejang otot jer takpe lagi, jgn sampai pitam nk muntah segala. Ayoo maluu weyy. Kang terpaksalah menjawab...
"kenapa dia muntahh??"
"morning sickness"
best wo layan outdoor nie..
ReplyDeletenak layan basikal takut tersadai di pokok..
nak skate takut asik tertirap...
nak climb takut x larat angkat badan...
so aku pilih mendaki.. pissss