Monday, March 28, 2011

Maafkan hambaaa

Smlm firstlady watanabe ader post sesuatu kat fb aku. Postnya berbunyi begini.... "kalau kiter lambat dpt jodoh perkara yang perlu kiter buat ialah mohon maaf semua org dalam dunia. Insyaallah cepatlah jodoh kiter - Dato Dr Fadzilah Kamsah - SELAMAT MENCUBA" Jadi dgn ini aku dgn hati yg ikhlas ingin memohon maaf kat semua yg mengenali diri ini. Aku sedar mulut aku nie agak lancang kuning. Dlm gelak² tu aku suka kenekan org. Bukan sengaja cuma aku ingin memeriahkan suasana. Tapi aku tahu ader org yg terasa. Kepada yg putus sudah kasih sayang tu aku mintak maaf jika ader terkasar bahasa atau terguris hatii sepanjang pengenalan kiter. Bukan tak suka cuba bukan jodoh kiter tuk bersama. Untuk kawan² sepejuangan, aku nk mintak maaf walaupon korang mmg tahu perangai aku mcm nie tapi aku pasti mesti korang penah terdetik hati terasa ngan panahan mulutt aku nie. Dengan rendah diri, ikhlas hati sekali aku mohon ampun dari ujung rambut hingga hujung kaki. p/s: rasa mcm raya plakk.. ahakssss

Sunday, March 27, 2011

Berubahlahh weyy



Kiter nie hidup perlu berubah. Tak kirelah ape segi pon. Kehidupan ker, penampilan ker. Contoh masa bujang dulu suka sgt pakai seluar pendekk, skrg biler dah bekeluarga kenelah pakai seluar panjang. Tutup aurat, lagi pon tak elok bapak budak pakai seluar pendek. Mkn pon sama dulu masa bujang mkn sepinggan dah kenyang. Tapi biler dah kawen mkn 2 pinggan pon tak tentu kenyang sbb byk pakai tenaga. Senang citer idop kiter nie mmg sentiasa berubah. Betull takk???


Tapiiiiiii...............


Kenapa klu berakk kau tak boleh berubahh. Kenapaaaaa perlu menyangkung kat jamban duduk. Aper ke bengapp kau nk menyangkung kat jamban duduk nie?? Ker kau mmg tak tahu yg jamban cam tu kau kene duduk??




.: bulat merah kesan tapak kaki:.



Cuba kau pikir, tak ke susah kau nk menyangkung kat atas jamban duduk tuu. Kang tak pasal kaki kau masuk kat dlm lubang jamban. Atauuuupoooon jamban duduk tu pecah pastu serpihan jamban tercucuk kat juboo kau. Koyaklahh juboo kau jadi lebarrr. Takyah susah² dah nk menyangkung lagii sbb klu kau nk berak berdiri pon bolehh. Lancar jer keluar...


p/s: entry yg kotor lagi hinaa

Tuesday, March 22, 2011

Tahniah

Tahniah kepada Nurfazreen Fashaa (bukan fasha sendat) diatas kejayaan mendapatt keputusan SPM dgn cemerlang gemilang dan terbilang.

Hadiah mintak kat nenek yer. Busu tak berapa nk adoooo.. hahahahahahahahaaa

p/s: Nurfazreen Fasha tu anak buah aku.

Monday, March 21, 2011

V tuk Vongokss

Smlm anak buah aku dtg umah. Budak² maner bleh duduk diam kan. Tgh syok aku layan citer Gemilang dia ajak main. Permainan yg bagi perkataan dari huruf tu. Alah game nielahh, A tuk Ayam tu. Taukann??

Tuk pengetahuan korang anak buah aku tu darjah satu. Namanya Khai

Mula game dgn hurf A. Lupa nk bagitau game nie saper yg tak dpt kasi perkataan dia kalah. Anak buah aku nie dia main beriya² sampai tny kat mak bapak dia. Jadi aku pon samalah naik tak mau kalahkan. Maluuu ooo nantii...

Ayam, ayah, atuk, atau, along, acapannn..

Huruf A aku mng...

Beruk, biawak, buaya, Binwaminnatanyahuuu..

B pon aku mng gakk..

Sampailahh huruf F..

Aku : "Fanatikk"

Masa nie dah tak bleh pikir lagi dah. Rasanya nielah yg last. Sbb anak buah aku pon dia lama pikir. Selang 3 minit...

Khai : "FIFA"

Berpeluh gakk aku. Mau taknyaa baru hurf F dah kalah. Nie ader yg maluu nie kang. Entah mcm maner plak dpt idea..

Aku : "Fofular"

Anak buah aku diam jerr. Rasa masa tu aku dah mng dah nie. Dia pon tak tahu yg fofualr tuu salah. Skali kauuu...

Khai : "fantasticall"

Hambikkkk... budak skrg nie ayat gempak². Aku dulu masa darjah satu haram tak tau perkataan tu. Di sebbkan semangat tak mau kalah tu meneball....

Aku : "fundekkksss"

Khai : "busu, tak penah dgr pon perkataan tu"

Aku : "adelahhh, fundekss, fofular, fompuan, fondannn"

Janji mng uollssss.... hahahahahahahahaaaaa

Thursday, March 17, 2011

Murtabak Singapore haruuuuuu

Ader sesapa yg penah mkn Murtabak Singapore kat seksyen 15 BBB??

Aderrrrr.....???

Kedai tu penah masuk kat JJCM. Dgn keterujaan yg melapau sbb tgk c Qi mkn aku pon pegilah mkn kat situ. 3 kali gak aku tawaf seksyen 15 tu baru jumpa. Kedai dia ujung skali.

Makan punya mkn punya mkn punya mknn... jawapannyaa .......

Haremmmmm tak sedapppppp...

Murtabak dia tawar. Takde rasa. Dahlah masa aku mkn tu org pon tak der. Kedai plakkk sedehhh. Sgt kepam. Tak ceriaaaa. Mula² rasa was² gak, betul ker takk kedainyaa. Tapi biler nampak cenderahati JJCM tuu mmg sahlahh kedainya. Tapi seriuss weyyy tak sedap. Bukan aku jer yg ckp, member aku pon sependapat ngan aku.

2 kali sedapp murtabakk pasar mlmm.. seriusssss...

p/s: bukandatin , mungkin org yg masak tu org lain kot.

Wednesday, March 16, 2011

CK Free

Mari rapat, mari rapat mari rapatt.......

Mari kak mari bang mari dik.... di rapat di rapat di rapattt...

Ade barang mau dijualll....

Dilambung tak pacahh dihempass badarai.....

Mari rapat mari rapat mari rapatt..

Gempak tak introooo.. bunyi mcm kat pasar mlmkann....caraaaaa....

Nie aku ader barang tuk dijuall. Perfume CK Free. Baru je beli, pakai pon baru sekali. Sbb² aku nk jual coz buanya tak blend ngan badan aku.


Nampak tak, penuh lagi kann. Masa try kat kedai mmg wangii, disbb promoter dia mcm hanjj, muka mcm nk tak nk layan jer jadi aku pon dgn gelojoh trus sambar jerr perfume nie. Dgn alasan aku malas nk tgk muka promoter tu. Akhirnya diri sendiri yg hazab.


Resit sebagai bukti pembeliann. Harga aku beli RM196.00 saiz 75ml. Klu korang nk aku bleh kasi best price. Aper² hall blehh email aku kat zemy02@yahoo.com. Atau cari aku kat fb zaidi makzin.

CEPAT SEBELUM TERLAMBATT....

Tuesday, March 15, 2011

Reunion

Jumaat lepas aku gie reunion. Walaupon sebelum sebelum nie aku mmg tak hingin nk berreunion union segala. Stakat nk dgr citer sorang yg ckp tinggi melangitt. Hentikannnlahhh..

Tapi kugagahii jugakk sbb pertama, tempat yg nk berjumpa tu adelahh sekentut jer dari umah aku dan kedua sbb member aku beriya mengajakk dan klu aku tak dtg diaorg pon tak mau dtg. Alasan tu cukup tuk aku pegi.

Sebenarnyaa aku tak ingat reunion tu ari jumaat, aku ingat ari sabtu. Jadi lepas mandi ari jumaat tu aku dok relakss tgk tv sampailahh aku dpt call dari soya (organizer)..

Soya : "arrrrgggghhh tensionn aku, jem gilerr nie aku still kat istana"

aku : " kau buat aper kat situ??" (masa nie aku masih blur², pehallahh minah nie tetiba meroyann)

Soya : "nk ke kajanglahh, D kau pegi dulu kedai tuu kau tunggu budak²"

aku: "kedai maner??" (masih tak ingat)

Soya: "redworklahhhhh, kau pegi dulu tauu aku jauh lagi nie"

Baru tersedarr kauu. Dan² bersiapp, walaupon aku cume tukar jeans jer ngan pakai odorono. Tu kire bersiaplahh jugakkann...

Tapi aku tetap bukan yg pertama sampai. Dah 5 org duk menunggu. Walaupon dah hampir 16thn tak jumpa tapi muka masing² lebih kurang sama. Yg paling sama diaorg kata aku. Cuma aku lebih tinggi dari dulu.

Nasib baik mlm tuu takader org yg citer pasal betapa bahagia or betapa kayanyaa diaorg skrg. Cume perbualan tertumpu pada mengimbau kenangan masa sekolahh. Gelak punya gelak barulahh tahu kawan aku semua mulut jahat. Patutlahh bleh jadi geng.. Muhahahahahaaaa..

Ade satu cerita dari kawan aku yg aku rasa nk share ngan korang. Nama member aku nie terpaksa di rahsiakan supaya aku tak kene saman. Aku letak nama dia 'x'.

Dia nie aku kenal masa form 3. Tak tahu mcm maner aku bleh baik ngan dia. Mungkin sbb dia jenis yg selamba mcm aku. Masa form 4 dia pindah. Sampailah skrg baru jumpa balik. Dia citer masa form 4 dia sekolah kat kolej Sal. Terpaksa bekerja tuk bayar yuran. Dia ckp bas yg last kerumah dia kul 8. Jadinya klu terlambat dia kene menapak balik umah yg mkn masa hampir sejam. Biler dia balik umah mak dia suka tuduhh dia pegi melepakklahh, pegi cari jantanlahh. Tuduhan tu berlarutann walaupon member aku nie tak buat aper yg mak dia tuduh tu..

Disbbkan dek tuduhan yg sama, akhirnya member aku nie buat aper yg mak dia tuduh tu. Dia pegi melepak. Dia ckp "dah mak aku tak percaya ckp aku, baik aku buat jer aper yg mak aku ckp. Pegi lepak cari jantan"

Dia nasihatkan kitaorg mlm tu supaya percaya ckp anak kiter. Klu dia kata dia tak buat, kiter percayalahh. Jgn asyik tuduh yang bukan². Satu hari nanti dia akan buat. Tapi dlm percayakan kata anak tu, kene siasat jugak. Jgn main percaya bulat² jer. Kang buta² kene kelentong. Lagi haru...

Punyaalahhh borak tak ingat sampai bertukar 2 kedai. Dari redwok ke mamak. Sbb redwok tutup kul 12. Sampai kedai mamak sambung lagi borak. Naik serakklahh suara sbb byk sgt gelakk. Hahahahahahahahahaaaaa

Ucapan Khassss

Pertama² aku nk ucapkan terima kasih kepada puan yati sbb jadi followers aku yg ke 10. Sanggup kaukan jadi followers aku walaupunn belog nie haramm tak mendapat sambutann... hahahahahahahahaa..

Ehh sebelum terlupaa, kepada warga MOF yg sudi membaca belog nie pon aku harap korang terhiburr. (korang taknk ikot jejak yati kerr??). wink wink wink...

tujerlahh nk citerr...

sekian terima kasihh

p/s: sok aku sambung citer baikkkkk punyaaa...

Monday, March 14, 2011

Mengalahkan tokey kedaiii

Ari nie ari selasakann??? ok blehh makii...

Aku nk maki skit pasal org kedai terutama casher. Entah aperlahh bala aku asyiklahh terkene ngan casher yg lahanattt.

Aku hangin betull klu casher terutama kedai runcit bile kiter mintak barang mata pandang kelain atau sibuk layan hp or laptop. Klu aku mintak skali jer dia dgr takpe jugakk. Nie tak, tny sampai 3 kali sbb sibuk sgt layan fb.

Aku: " telur 10 bijikk"

mata langsung tak pandang aku, tgn plak sibuk menekan laptop..

Casher haramjad: "aper tadi??"

mata masih ralit tgk laptop...

Aku : "telur 10"

Casher haramjad : "aper 10???"

Aku : "bagi aku 10 tahil emasss"

aku truss blahh..... sambil budak tu terpinga²

Selalunyaa yg buat perangai mcm nie anak tokey. Dahlahh tak dgr org nk aper pastu buat muka. Tak puas ati kot sbb kacau dia tgh bercucuk tanam. Pegilahh mampossss.....

Kau ingat kau sorang jer bukak kedai kerr?? Sbb perangai mcm tulahh nanti kedai kau bankrup.

Skit jer lagi aku nk bakar kedai kau tuu.... Baru puas ati aku.....

Sunday, March 13, 2011

Merong Mahawangsa

Sabtu lepas aku pegi tgk citer Merong Mahawangsa. Full house.

Ok nie pendapat aku pasal filem nie..

Aku suka dgn kesan khas filem nie. CGI yg dipaparkan sgt menyakinkan. Pastu babak bunuh tu mmg menjadi. Darah memancut sana sini. Biler tang lawan plak bagi aku kureng skit. Agak terkinja² org tu berlawan. Boleh diperbaiki.

Lakonan Stephen Rahman Hughes mmg tak best. Kosong takder jiwa. Nampak sgt dia berlakon. Naperlah ambik dia sbgi pelakon utama. Bagi aku ramai lagi pelakon yg beribawa kat Malaysia nie klu nk dibandingkan ngan dia. Watak Merong tu elok bagi kat Ady Putra. Lagi bagus aku rasaaa..

Yg jadi Putera Rome tu pon hampeh. Kata kawannya c Stephen tu. Kire by one get one free kerr?? Org kiter pon ramai yg boleh ckp omputihh dgn baiknyaa. Siap bleh slang lagii. Ker ambik c kawan Stephen sbb nk nampak real omputtih??

Byk org kasi komen mcm nie..."jgnlahh nk bandingkan ngan filem hollywood or bollywood, diaorg bajet puluh juta". Aku langsung tak bandingkan filem nie ngan filem holly or bolly. Tapi aku rasa terkilan ngan sbb ngan bajet 8juta filem tak memberi aper² kesan pon kat aku. Mcm angin lalu jer. Jln citer sgt melo sampai aku nk tertido. Ditambah plak lakonan yg tak sampai. Filem nie mmg mng tang CGI, tapi takkan nk harap tu jer...

Lagi satukan pasal lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Naper tak masukkan lagu tu kat dlm filem tu ekk?? Korang ingat tak citer Pontianak Harum Sundal Malam. Ostnyaa lagunya Kau ku seruuu. Dlm citer tu lagu tu jadi nadi filem tuu. Barulahh layannn....

Kat sini aku nk kasi pujian kat Ummi Nazira. Walapon 3 kali dipanggil tuk ujibakat baru dpt watak Embok tu. Tapi lakonan dia sgt menjadi. Dia menjiwa watak Embok dgn jayanyaaa. Thumps up to Ummi Nazira..

p/s: kekecewaan kali kedua selepas cicakman.

Thursday, March 10, 2011

Meowwwwww...

Org kata klu lelaki suka bela kucing dia seorang yg penyayang..betull kerr???

Aku suka kucing tapi tak suka bela. Klu kucing meoww meoww gesell² kaki aku skali aku halauu² manja, tapi klu dah tak paham² gakk gesell tak berentii meoww meoww lagii aku sepakk sampai terangkatt bontot kauu. Hambikkkkk...

Pompuankan klu nampak jer lelaki belai belai kucing trus fall in love. "wahh penyayangnyaa mamat tu..merembesss" (ehh nie pompuan ker pondann?????). Yg lelaki plak klu tgh mkn ngan aweks nampak jer kucing kurap merayap², mulalahhh tunjuk perangaii siap panggil² kucing tu kasi mkn.

"naper awak kasi mknan awk tu kat kucing??"

"kesian kucing tuu mesti lapa. Sy tak mkn takpe janji kucing tu kenyang"

Dan² tu jugakk aweks kau mintak mak bapak kau hantar rombongan meminang.

Org yg suka kucing nie mungkin dia penyayang tapi bagi aku dia tak setia. Korang tgk ekk, org yg suka kucing nie dia akan bela kucing tu lebih dari satu. Maksud disini kasih sayang dia bukan untuk seekor. Dia boleh kasi kasih sayang dia kat byk kucing. Jadi for girls out there jgnlahh korang terperangkap ngan kasih sayang kucing tu. Bermaduulah uolsss nantii..ahakkkss

Bagi aku elok lagii org yg suka bela ikan. Dia akan jaga ikan tu sampailahh ikan tu matii. Baru dia cari yg lain. Membawak maksud penyayang dan setiaa. Yerlah dah mati haruslah cari yg lainkan. Tapi jgn plakk korang cari yg suka bela anak ikan. Tak sesuwaiiiiii....

p/s: aku nk cari org yg suka bela burungg..

Wednesday, March 9, 2011

Jgn ajak aku blehh??

Walaupon muka aku nampak mcm org berumur 25thn tapi hakikatnyaa aku dah tua dari itu... huhuhuhuhuhuuu....

Citernya mcm nie, aderlahh sorang member aku nie umur baru 22thn. Biasalahkan budak baru nk naik nie. Gatal tak menentu. Perasan macho tak bertempat. Klu cerita jer mesti citer pasal pompuan. Pantang nampak pompuan, mulalahh kuarkan ayat manis.

Klu kuar naik kete plakk, nampak awek melintas siap trun kan cermin kete, pandang sampai nk tercabut kepala. Pastu mulalah kata, "klulahh aku dpt awek tuu". Mmg tak boleh blahh...

Peringatan kepada korang diluar sana bahawasanya aku bukanlah muda seperti yg korang sangka. Jadi klu kau nk perangai mcm beruk dpt pistol jgnlah terjebakkan aku skali. Aku nie dah tua, tak larat nk terkinja² dah.

Klu nk pegi usya awek lu pegi laa sesorang sbb skrg nie aweks yg usya guaa........

Adiossssss.....

Monday, March 7, 2011

OMG (OhhhmyyGucciii)

Korang penah tak jumpa ngan org yg berlagak tapi sebenarnya lagakkan dia hanya omong kosong??

Penahh.?????

Citernya mcm nie, aderlahh sorang mamat nie dtg jumpa aku. Kedatangan dia just nk tunjuk kasut baru dia.

Mamat : "nampakk takk kasut baru aku??" (sambil hentak² kaki)

Aku: "wahh kasut baruu" (sambil kedua tgn letak kat dada dgn buat muka menyampah)

Mamat: "baru beli weyy, mahall nie"

Aku: "mau tak mahal Gucci tuu" (masa nie aku dah bajet tu bukan ori pon)

Mamat: "yerlahhh aku beli RM230 tau, sedara aku belikan kat hongkong"

Aku: "mahal gilee, tak mampu aku nk beli"

Saja kasi ayat mcm tuu supaya dia blah cepat skit.

Adehhh, aperlahh yg kau nk eksenkan ngan aku nie. Dahlahh kasut kau tu bukan ori, buekk malu jerr oiii. Kau ingat aku tak tahu ker bende tu ori ker tak. Mak fashionista okeyyyy..hahahahhahaha..

Tuk pengetahuan kau klu nk beli kasut Gucci ori mmg aku tak mampu tapi klu setakat kasut rege RM230 tuu aku mampu. Kasut aku skrg nie pon lebih dari harga tu. Tapi yg penting kasut aku ori. Buatan Malaysia lagii. Haruss dibanggaiiii.

Kekadang org kite niekan berlagak tak bertempat. Mmglah aku tak penah nk citer kasut aku harga sekian, jaket aku harga sekian, spender aku selonggok 10 hennget. Tapi tak bermaksud aku tak pakai barang jenama. Cuma aku tak citer jer. Buat aper nk berlagakk weyy, bukannya bleh pegi maner pon. Lainlah klu kau kuat berlagak kau akan dpt trip ker London 10hari 7mlm. Klu mcm tu ari² aku berlagakk.

Berlagakk sangattt...

Wednesday, March 2, 2011

Lunch Time

Tadi masa lunch aku jumpa Black. Ala Black yg penyanyi tuu. Kenal ker tidakk???

Seandai kau tahu..
Apa yg ku mahu..
Mahukah dirimuu tuk mendekati kuu..
Dan Aku tak bisa..
Memaksa dirimuu walau dlm tidurr..
Kukan memananti muu hingga akhir nanti..

Ha lagu tu tahu takk??

Tak tahu gakk.. Huhhhh malasss lahh citerr .....

Hahahahahahahahahahahahaaaa