Sunday, April 24, 2011

Taste lain²

Klu org tny aku sedap tak mkn kat kedai tertentu, aku akan ckp ikot pendapat akulahkan. Jadi biler aku kata sedap pastu kau pegi mkn situ tak sedap, jgnlahh plak kau keji aku kata aku takder taste. Penyepakk susahnyaa yg kau dpt kanggg...

Bagi aku masakan paling sedap dlm dunia nie adalah masakan mak aku. Jadi klu aku pegi makan kat maner² mmg takkan dpt lawan masakan mak aku.

Klu tang masakan sedap nie aku sebenarnya tak berapa memilih. Bak kata akulahh masakkan mak aku yg tersedap dlm duniakan. Jadi aku mmg tak mengharapkan masakan kedai tu sedap sampai aku tergaru² kepala. Asalkan tak tawar tak masin nasi plak tak jelantah tu dah kire ok bagi aku.

Tang harga plak klu mkn mee or nasi goreng 5-7 hengget tu bagi aku biasa. Ader org kata mahal. Dia nk klu mee goreng tu harga RM3.50 pastu nk byk. Tapi maner kau nk cari rege tu kat area Putjaya nie.

Tempat yg selesa mmg keutamaan. Sbbnyaa senang aku nk berborak kuat². Gelak mengila. Dan senang nk lepak lama².

Kesimpulannya, klu korang jenis yg nk makanan yg murah pastu nk byk dan sedap sila jgn tny aku. Pastu jgn nk marah aku klu pegi kedai yg aku ckp sedap tu makanan dia sikit. Sbb aku nie mkn tak byk. Klu kasi byk kang membazir jer.

Dan kepada yg rasa dia tu pandai masak korang takyahlah pegi makan kat luar. Nanti komen tak sudah. Menyakitkan telinga aku je....

No comments:

Post a Comment