Monday, June 20, 2011

Vietnam part 1

Rancangan aku pegi bercuti nie cuma 2 minggu jer. Tertiba petik Vietnam, pastu klik tgk harga tiket dan beli. Takde rancangan setahun mcm selalu. Mcm tak sangka pon ader.

Kenapa Vietnam?? Sbbnya...takde sbb. Sampailah ke hari nie aku pon pelik naper aku bleh pegi ker Vietnam. Why..why..why..

Aku mendarat kat Vietnam pukul 6.30 ptg. Dah gelap gelita dah kat sana time tu.
Jadi takde kemana pon mlm tu. Masuk hotel letak beg, jln area² hotel tu jerlahh.

Walaupon dpt kupon breakfast tapi kitaorg tak mkn pon sbb ader bawak bekal. Lagipon hotel tu bukan ader makanan halal. Klu mkn buah kang asyik nk membuang jer, lagi payah. Jadi weoulss mknlahh rendang buatan tgn mak i yg sgt sedap bersama nasi himpit. Rasa mcm raya di perantauann.


Tempat pertama yg kitaorg pegi adalah Ben Thanh Market. Bukan Ben 10, jgn salah. Org kata kat situ adalah syurga membeli belah. Tu org katalahh aku tak kata. Dlm market dia rangkumkan semuanya. Dari barang basah sampailah barang kering. Dari ikan sampailah spender. Mesti korang rasa tempat nie busukkan sbb ader ikan, tapi tak. Pasar nie bersih.



Kiter takyahlahh citer pasal ikan ayam segala. Tu kat pasar kiter pon ader. Kiter citer pasal barang lain contoh seperti kain ela bukan kain ella. Jgn salah disitu. Sini mmg terkenal ngan kain french cottonnya. Serius aku tak tahu berapa harga kain tu kat sini tapi aku dpt dgn harga 9USD. Ehh sebelum terlupa sini org menjual tu akan menyapa kau dgn panggilan Abang atau KAkak. Jgn terkejut..


"abang, kakak mari² murah²"


tu jerlah yg dia tahu pon yg lain kene speaking london. Tapi aderlah satu dua yg mmg fasih berbahasa melayu.


Selain kain ela, dlm nie ader gak menjual kasut, baju, seluar, barang perhiasan wanita, barangan kulit dan jam tgn. Barang imitation (tiruan) pon byk terjual kat sini. Nk beli kene telek dulu samaada kualitinya ok ker tak. Sini kau kene pandai tawar menawar. Kau kene kering hati jgn mudah mengalah dgn pujuk rayuan penjual. Klu harga tu kau rasa tak munah sarawak kau angkat kaki. Nescaya kau akan di panggil balik dan diberi mengikut harga yg kau nk.


Satu lagi aku nk pesan pikir dulu sebelum beli. Sbb klu beli byk lagilah dpt murah. Jadi baik dpt murah dari beli byk kali. Tapikan tuk tshirt aku tak berapa nk puas ati ngan harganya. Tshirt yg ader lambang vietnam paling murah diaorg boleh kasi 5USD. Klu dikalikan dgn duit kiter dlm 15hengget. Bagi aku mahall. Sbb klu beli kat Indon n Thailand boleh dpt 10 hengget jer. Jadi aku mmg tak beli.




Org kata kopi Vietnam nie sedap, jadi dlm nie pon ader jual kopi jugak. Selain kopi ader jugak buah gajus, asam² dan berbagai kudapan tuk dibeli. Halal ker tak aku tak tahu.




Destinasi seterusnya ke Saigon Square. Sini mcm pertama kompleks. Sini kau akan dpt barang² imitation yg good quality. Harga sini tak boleh nk nego sgt. Klu kau mintak kurang dia tak kasi tu jgnlahh kau mintak lagi kompem dia tak layan. Tapi sini lebih selesa sbb ader aircond.


Destinasi seterusnyaa next entry....

1 comment: