Semenjak dua menjak nie, aku baru terperasaan pasal satu perkataan nie..
"jer" atau "je" atau "ja"
Perkataan nie mmg selalu kiter pakai tak kisahlahh dlm sms ker dlm blog ker atau dlm percakapan. Korang setuju takk??
Pada yg dah lupa atau yg tak tahu, jer atau je atau ja nie adalahh singkatan daripada perkataan SAHAJA. Kerana kepanjangan perkataan tersebut maka terjadilah singkatan tersebut.
Contoh ayat:
"aku ok jer klu korang nk pegi situ" ayat ringkas
"aku ok sahaja kalau kau orang nak pegi kesitu" ayat panjang
Nampak sedikitt poyo klu kau pakai ayat pangjang tuk berborak. Mesti kawan² korang pandang atas bawah. "minah nie baru kuar date ngan A Samad Said ker??" kata Milah dlm hati. Hahahaahahaa
Klu dah lama² sangat guna ringkasan nie terbabas jugakk klu kene buat surat rasmi. Masa tu baru padankan ngan muka sendiri.
Tapikan kiter takkan guna perkataan ringkas dlm ayat dibawah. Mmg takkanlahh, tapi klu ader gakk yg guna mmg nerakalahh jawapannyaa.
"Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Ta'aala"
cuba tukar Sahaja tu jadi Jer.. Petir pon sampaii...kebabooooooo
p/s: tinggal 3 minggu jer lagi nk pose.
No comments:
Post a Comment