Monday, September 24, 2012
Untuk Tiga Hari
Aku: "Wey, dah lama rasanya tak tgk wayang. Jom Tgk"
Member : "Citer ape??"
Aku: " Untuk tiga hari"
Member : "citer sedeh?? biar betul kau nie??"
Hahahahahaaaaaa
Penangan 2bulan tak tgk wayang, jadinya cerita sedeh pon aku nk layan.
Masa hari kejadian aku mcm dah nk cancel jer tgk tapi member aku plak..
Aku : "klu kita lepak jer kang booleh, aku mcm maleh plak nk tgk citer tu"
Member : "aku dah set dlm pala otak nk tgk wayang"
Biler dia ckp mcm tu aku paham dah, mmg kene tgk jugaklah. Kang ade yang meroyan. Hahahaha
Aku ajak sorang lagi member tapi dia tak nk..
Aku: "jom tgk untuk tiga hari"
member : " tak nk, aku tak suka ending dia"
Aku: "aikk blum tgk dah tahu ending"
Member : " kan cerita tu dari novel, kau tak tahu ke??"
Ooohhhhh barulah aku tahu cerita tu dari novel dan novel tu dari Ahadiat Akhasah. Serius aku tak tahu. Punca aku nk tgk sbb arahan Afdlin je, yang lain tak tahu.
Panjang plak mukadimah. Ok kita cerita pasal filem nie. Masa tgk iklan cerita nie mmg nampak sedeh. Kisah pasal sepasang kekasih yang dipaksa kawen pilihan org tua dan membuat plan untuk bercerai 3 hari selepas bernikah dan berkahwin dgn kekasih pilihan hati. Mmg tragislahhkan. Komepm mengundang tangisan marhaen.
Tapiiii....
Cerita nie ade kelakar kau tau. Mmg trademark Afdlin tak ilanglahh. Kelakarnya bukan peranan utama tapi belakang². Mcm ader satu sence tu Rashidi ngan Vee tgh berbincang pasal masa depan kira sedehlah tapii kat belakang tu boleh plak ader nurse muka zomba tgh makan. Tak ilang akal ker mcm tu. Hahahahhaaaa..
Bagi aku cerita nie best. Dan yang penting Ayu Raudah mmg cun. Klu akulahh dlm setuasi tu takkan aku lepaskan. Ilang semua janji yang dah dibuat. (saper yang dah tgk pahamlahh) hahahahahahaa
Filem nie aku kataegorikan sebagai wajib tonton.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment