Sunday, October 21, 2012

Patah tumbuh ilang berganti

Monday blues kau. Aku bukan monday je blues, hari² keje semuanya blues. Dahlahh cuaca skrg nie menggugat iman. Tilam ngan bantal mcm mengikat aku tak kasi bangun. Adoiii apelahh masalah kau nie dy. Hahahahahhaa

Jumaat lepas aku pegi klinik gigi untuk kesekian kalinya. Masuk ari jumaat tu dah 3 kalilahh aku pegi usya doktor gigi. Kisah sakit gigi aku bermula mcm nie. Mula² gigi aku patah masa tgh sedap mkn. Kita cerita nie gigi geraham ye. Lepas dah patah skit tuu aku biarkanlah. Langkah yang tak bijak sebenarnya. Agak dalam 2 bulan aku biarkan. Biler mkn asyik tersangkut jerr kat gigi tu aku jadi tak selesa trus pegi klinik gigi. Masa tu tak rasa sakit cuma tak selesa sbb berlubang..

doktor : "gigi awak nie dah lubang dlm tapi kecik je. Kene cabut nie"

Berpeluhh jab...

Aku : "seriuss doktor kene cabut??"

Doktor : "klu tak nk cabut kita letak ubat n tampal"

Aku : "cadangan yang baik tu doktor, truskan"

Selesaii perjumpaan pertama..

Selang 2 minggu aku rasa sakit plak. Tapi sakit kali nie bersekali ngan nilu biler minum air sejuk n panas. Tapi biler gigit² gigi tak plak sakit cuba dia rasa bengang yang berpanjangan. Dan skali lagi aku pergi klinik..

Aku : "doktor gigi sy nie bengang tak henti² pastu klu minum air sejuk or panas rasa nilu. Rasanya kat area sini (aku tunjuk ngan lidah) tapi bukan tempat yg tampal ari tu"

doktor pon sembur ngan angin trus terasa nilu..

Doktor: " yang nie lubang belah dlm. Nk tampal ke??"

Aku : "tampallahh doktor"

Selesai tampal tuk gigi yang kedua..

Selang 2 hari sakit balik, kali nie sakit yang tak ingat punya. Hari khamis siang tu sakit tapi blum sampai tahap berdenyut lagi. Sebelum tido aku bantai panadol. Skali terjaga pukul 1 pagi dia punya sakit tak ingat. Berlaga gigi skit pon dia punya sakit mcm nk tercabut nyawa. Tak lena  tido sampai pagi.

Klinik bukak kul 9 tapi aku sampai dulu sebelum klinik bukak. Doktor plak lambat aritu kul 9.30 baru sampai. Nie gigi aku tgh berdenyutt tak ingat nie. Kau lambat plak sampai. Mulalahh aku menyumpahh (dalam hati).

"zaidi masukkkk"

Doktor :" mana yg sakit kali nie"

Aku : " gigi yang tampal pertama"

Doktor : "gigi awak nie keras lagi, klu nk cabut kene buat minor operation"

Aku : "selain tu doktor??"

Doktor : "rawatan akar"

Aku :" ok kita buat rawatan akar"

Tanpa berlengah lagi truss doktor tu kejekan gigi aku. Dlm 20 minit setel.

Aku : " lupa nk tny tadi, brapa harga tu rawatan nie"

Doktor : " RM200"

Nasib baik 200 hengget je. Sbbnya masa tu aku bawak 250 je. Klu lebih terpaksalahh berhutang dulu. Tak gitu doktor. hahahahhaaa...

Pengajaran cerita nie, klu gigi tu rosak skit jgn lahh biarkan. Truslahh pegi klinik jgnlah takut sangat. Klu dah teruk baru nk pegi jumpa doktor, mmg akan sengsaralah mcm aku. Sengsara sakit ngan sengsara duit. Ingat gigi bukan mcm peribahasa "patah tumbuh ilang berganti".Gigi klu dah patah or cabut tak de berganti punya. Pakailah kau gigi pelesuu. Jadilah pelanggan sejati polident.

SENTIASA MELEKAP DENGAN POLIDENT (kilauan emass kaedanyaaa)

No comments:

Post a Comment