Tuesday, December 25, 2012

Saperlah gerangan yang tukar siaran tv tu .... (seram)

Aku nk cerita seram skit ari² rabu nie. Kisah gini. Mlm smlm aku mcm biasa aku dok layan tv sesorang. Mak bapak aku dah tido time tu. Dlm kul 10.30 gitu aku pon pegilahh gosok baju. Masa tu aku pasang chanel 711. Area tempat gosok baju tu mmg terselindung dari area tempat tv jadi mmg tak nampaklahh ape terjadi kat area tv tu.

Masa aku tgh syok gosok baju sambil tv dok pasang lagu Justin Bibir tetiba lagu Justin tu senyap separuh jalan. Aku yang tgh mengosok nie trus terdiam sekejab sbb nk dengar betul² ape dah jadi. Bile amati betul² chanel yang tadi meriah dengan lagu dah jadi diam. Dengar mcm org ckp. Rasanya aku tahu cerita ape tu. Aku pon pegilahh tgk. Skali kauu chanel yang tadinya 711 trus tukar ke 103 cerita hantu kak limah.

Aku dok cari keliling kot² bapak aku ke keluar tukar chanel. Tapi serius takde org pon. Yang peliknya aku tak takut. Dlm otak aku pikir mesti remote aku prob. Aku pon tukar balik chanel 711 dan trus sambung gosok.

Lepas abis gosok aku lepak dlm setengah jam sebelum aku tido. Takde plak aku rasa seram² ke ape. Tapi bile dipikir² mcm mane chanel tu boleh bertukar. Bukan skit² tukarnya dari 711 ke 103 jauh tu. Bukan boleh tekan  + or -. Nie mmg kene tekan no baru boleh tukar. Saperlahh gerangan yang tukar chanell tuu..

Jeng jeng jengggg.....

Wednesday, December 19, 2012

Tembab ke aku??

 
Semenjak dua menjak nie ramai plak yang tegur aku dah sedikit berisi. Klu ditimbang mmg ade penambahan sedikit. Tapi biler aku tgk cermin takdelahh nampak sangat. Cuba korang tgk gambar aku nie..
 
 

 Biler aku tgk gambar nie barulahh perasan aku dah tembab skit. Dulu chickbone 3 batu dah nampak. Skerg nie dah hampir tak nampak. Lagi satu perut aku dah nampak kebuncitan skit. Mmg membimbngkan tak buncit tu.
 
 
 

Ambik gambar gini pon chickbone tak nampak. Kompem tak dpt job klu terus begini. Hahahahaaa..Nasib baiklahh dagu tak berlapis lagi. Mcm nk try Fellina inchloslahh. Nk ilangkan buncit nie. Klu dibiarkan mau kedepan baju aku. Dahlahh baju aku semua jenis fit² je. Nampak sangat mengandungnya. Nanti klu aku dah try aku akan story.

Adioss..

Wednesday, December 12, 2012

Timberland dan Levis 511

 
Sebenarnya aku takde nk cerita sangat. Entahlahh semenjak 2 menjak nie tak berapa nk ade idea. Nak² lagi keje byk, lagilahh bertambah tambah aku tak idea. Nie aku just nk share benda baru yg aku beli. Jgn plak dok keji "eleh beli benda baru pon nk cerita..nk menunjuklahtu". Klu tak suka sila jgn baca ye kak nam kak nam sekalian.
 
Aku punya kasut kebanyakkan adalah jenama Converse. Aku akan pakai sampai koyak pastu beli lain pon converse jugak. Bagi aku kasut Converse tu sangat selesa. Dan yang paling peting kasut tu adalah kene ngan style aku. Tapi memandangkan aku dah lama sangat pakai Converse nk jugakk merasa pakai kasut kain. Jadi pencarian pon bermula. Eh dah macam cerita Upin n Ipin. Hahahaaa.
 
Cari punya cari (dekat 2 bulan rasanya) dan akhirnya jumpa kasut yang berkenan di hati. 
 
.: Timberland:.
 
Kasut dari Timberland. Ade kisah sebelum dpt kasut nie. Saiz kaki aku adalah saiz 10. Korang yang mempunya kasi sebesar aku pasti mengalami masalah yang sama. Saiz dah takde. Punyalahhkan. Tapi hati nie nk jugakk kasut tu siap mintak org tu carikan kat branch lain. Pada yang tak tahu klu korang berkenan kan sesuatu mcm kasut seluar or baju korang boleh mintak org kedai tu carikan kat branch lain. Tapi tu semua bergantung kat salesgirl samaada rajin or tak. Korang hanya perlu tinggalkan no phone tuk dihubungi. Mkn sebulan jugaklahh baru dpt kasut aku tu. Sbbnya semua branch takde saiz aku. Jadi diaorg terpaksa tunggu stock baru. Tapi yg bestnya salesgirl tu call aku tuk bagi maklumat terkini. Aii Likeeeee.
 
Dalam koleksi seluar aku, aku hanya ade 3 helai jer seluar jeans. Tak byk kann?? Sbb utama tak byk kerana aku tak jumpa seluar jeans yang betul² sesuai ngan aku. Tuk pengetahuan korang aku kan tinggi. Jadi nk cari seluar jeans yang panjang agak susah. Kebanyakkan jeans tak panjang. Dulu aku pakai Levis 501 pon tak panjang tapi aku redah jerlahh. Klu pakai 501 ngan sandle mmg kelakar. Dan satu lagi aku tak suka seluar jeans yg besar sgt bawahnya. Setiap kali beli jeans aku akan pegi alter kecikkan bawah.
 
Aritukan ade iklan kat Nufnang add pasal Levis Tap, aku pon pegilah usya. Masa tgh belek² jeans  skali terkenan kat Levis 511. Kenapa aku berkenan sbb cuttingnya mmg memenuhi citarasa aku. Cer tgk gambar bawah nie...


Seluar nie agak low kat pinggang. Takdelah low sangat mcm skinny tu. Tapi mmg berletak jer kat pinggang. Tak mcm 501 yang akan agak tinggi pinggangnya. Cutting nie mcm carot cut iaitu atas agak besar dan bawah kecik. Mmg cutting aku yg aku cari sbb tak payah nk kecikkan bawah lagi. Walaupon seluar nie tak berapa panjang tapi dengan cutting yang sesuai mmg ngam² je ngan aku.

 
Sebenarnya mmg agak susah nk cari seluar yang ngam ngan kita. Kita perlu berusaha mencarinya. Sama mcm kita sanggup pegi sampai ke Kuala Selangor tuk mencari makanan yg sedap. Oh ye baju tu dari Zara. Kang ade yang tny plak. Hahahahaa..
 
Adiossss....

Sunday, December 2, 2012

Nasi Minyak House

 
Halllooo. Semenjak 2 menjak nie byk plak kejonya. Tak sempat nk bercerita kat sini. Minggu lepas aku ade pegi makan kat satu tempat yang tempatnya dah masuk dlm Jalan Jalan Cari Makan .Nama kedainya Nasi Minyak House. 
 
 Masa tgk c Iqram Dinzly tu makan nampak sagt sedaptnya pastu plak terlepak kat P15 Putrajaya tu yg teringin nk pegi. Pada yang tak tgk JJCM tu kedai nie menyajikan sajian utama nie Nasi Minyak. Nama pon Nasi Minyak House takkanlahh jual Durian Creep plak kan.

Masa aku pegi aku order Nasi Ujan Panas Daging Masak Itam dan member aku order Nasi Minyak Ayam Goreng Berempah.

 .:Nasi Ujan Panas Daging Masak Itam:.

Nie pendapat aku, nasinya adalah best sbb tak berminyak sangat. Dan Daging Itam tuu perrghhh sedap gila. Dengan daging yang empuk pastu masak itam yang cukup rasa. Aku makan sampai tercekik kau sbb nk sedap sangat. Seriuss. Tapi yang kurang kat sini adalah sayur dia kasi alahh ciputt sangat. 2 kali ngam dah abis. Dan kuah tu tawar kurang garam. Selain dari tu mmg cukupp sifat.


.:Nasi minyak Ayam Goreng Berempah:.
 
Yang nie aku rasa gak. Nasi sama sedapnya tak berminyak. Dan ayamnyaa best sbb panas. Mmg menyelerakan. Acar buah tuu pon sedap sayangnya skit bebeno. Aku rasa klu dia kasi Papadom lagi akan bertambah best.  Papadom hanya di kasi klu order Nasi Briyani.
 
Harga bagi aku sangat ok dengan kuantiti nasi yang byk. Mmg kenyanglahh klu mkn. Tapi masa aku pegi tu org ramai, full house. Pada yang nk pegi baiklah korang pegi awal skit. Klu kul 1 kompem tak dptlahh mkn gamaknya.