Wednesday, December 12, 2012

Timberland dan Levis 511

 
Sebenarnya aku takde nk cerita sangat. Entahlahh semenjak 2 menjak nie tak berapa nk ade idea. Nak² lagi keje byk, lagilahh bertambah tambah aku tak idea. Nie aku just nk share benda baru yg aku beli. Jgn plak dok keji "eleh beli benda baru pon nk cerita..nk menunjuklahtu". Klu tak suka sila jgn baca ye kak nam kak nam sekalian.
 
Aku punya kasut kebanyakkan adalah jenama Converse. Aku akan pakai sampai koyak pastu beli lain pon converse jugak. Bagi aku kasut Converse tu sangat selesa. Dan yang paling peting kasut tu adalah kene ngan style aku. Tapi memandangkan aku dah lama sangat pakai Converse nk jugakk merasa pakai kasut kain. Jadi pencarian pon bermula. Eh dah macam cerita Upin n Ipin. Hahahaaa.
 
Cari punya cari (dekat 2 bulan rasanya) dan akhirnya jumpa kasut yang berkenan di hati. 
 
.: Timberland:.
 
Kasut dari Timberland. Ade kisah sebelum dpt kasut nie. Saiz kaki aku adalah saiz 10. Korang yang mempunya kasi sebesar aku pasti mengalami masalah yang sama. Saiz dah takde. Punyalahhkan. Tapi hati nie nk jugakk kasut tu siap mintak org tu carikan kat branch lain. Pada yang tak tahu klu korang berkenan kan sesuatu mcm kasut seluar or baju korang boleh mintak org kedai tu carikan kat branch lain. Tapi tu semua bergantung kat salesgirl samaada rajin or tak. Korang hanya perlu tinggalkan no phone tuk dihubungi. Mkn sebulan jugaklahh baru dpt kasut aku tu. Sbbnya semua branch takde saiz aku. Jadi diaorg terpaksa tunggu stock baru. Tapi yg bestnya salesgirl tu call aku tuk bagi maklumat terkini. Aii Likeeeee.
 
Dalam koleksi seluar aku, aku hanya ade 3 helai jer seluar jeans. Tak byk kann?? Sbb utama tak byk kerana aku tak jumpa seluar jeans yang betul² sesuai ngan aku. Tuk pengetahuan korang aku kan tinggi. Jadi nk cari seluar jeans yang panjang agak susah. Kebanyakkan jeans tak panjang. Dulu aku pakai Levis 501 pon tak panjang tapi aku redah jerlahh. Klu pakai 501 ngan sandle mmg kelakar. Dan satu lagi aku tak suka seluar jeans yg besar sgt bawahnya. Setiap kali beli jeans aku akan pegi alter kecikkan bawah.
 
Aritukan ade iklan kat Nufnang add pasal Levis Tap, aku pon pegilah usya. Masa tgh belek² jeans  skali terkenan kat Levis 511. Kenapa aku berkenan sbb cuttingnya mmg memenuhi citarasa aku. Cer tgk gambar bawah nie...


Seluar nie agak low kat pinggang. Takdelah low sangat mcm skinny tu. Tapi mmg berletak jer kat pinggang. Tak mcm 501 yang akan agak tinggi pinggangnya. Cutting nie mcm carot cut iaitu atas agak besar dan bawah kecik. Mmg cutting aku yg aku cari sbb tak payah nk kecikkan bawah lagi. Walaupon seluar nie tak berapa panjang tapi dengan cutting yang sesuai mmg ngam² je ngan aku.

 
Sebenarnya mmg agak susah nk cari seluar yang ngam ngan kita. Kita perlu berusaha mencarinya. Sama mcm kita sanggup pegi sampai ke Kuala Selangor tuk mencari makanan yg sedap. Oh ye baju tu dari Zara. Kang ade yang tny plak. Hahahahaa..
 
Adiossss....

No comments:

Post a Comment