Wednesday, February 27, 2013

Itu Ini Begitu Begini




"Haii..pe khabarr?? Anda semua sihat??"


Cutekan rupa aku mcm nie. Bile tgk sendiri pon tak caya. Umur dah 33thn tapi rupa mcm baru akil baligh. Pasal tulah aku asyik sangkut ngan awek umur baru nk kenal dunia. Hahahahahahaaa.

Hidung aku berair dah seminggu. Selsema yang jenis cair kau. Mengalir tanpa boleh di kawal. Dahlah kat opis nie sejuk tahap beruang kutub pon surrender. Dah report pon takde perubahan. Sebagai langkah keselamatan aku kene pegi cari glove. Klu tak tangan aku beku tak boleh nk menaip dan tulis. Klu dah dasar pemalas ade je alasanya. Hahahahahaa..

Takde ape yang happening nk cerita kat sini. Tapi tulahhkan tangan plak rajin nk menaip. Terpaksalahh jugak aku cerita ape yang patut.

 Aritu ade kawan² aku up status pasal Fiz Fairus. Biasalahkan kes tgh hangatkan. Pengomen semua dok hentam c Fiz. (yg komen semua pompuan). Pendapat mcm nie, kita nie bukan tahu pon kisah sebenarnya. Pastu kita hentam satu pihak je sbb kita nampak yg satu pihak tu salah. Aku pon sebenarnya nampak satu pihak tu salah tapi bagi aku tak elok kita pegi up status kat fb tu. Aku pon komen kat fb gini..

"Agak²nya bile korang nk mintak maaf kat Fizz tu. Skadar selingan. Teruskan membahan. Hahahahaa"

Ceritanya mcm nie khamis minggu lepas aku tgk Ehwal Islam. Seperti yang korang tahu aku mmg kene tgk Ehwal Islam tu sbb kat umah tv bapak aku kongker. Masa tu tajuknya "Tiket Ke Syurga" klu tak salahlah. Salah sorang panel aritu ade berkata dulu kita kene menjaga lidah kita skrg nie selain lidah, kita kene jaga jari kita. Salah satu sbb kita tak dpt tiket ke Syurga sbbkan jari² kita asyik mengomen kat FB.

Tapi serius betul. Kita nie skit² kontrovesi kita up kat FB dan status kita tu di baca oleh ramai org. Komen² plak bukan sahaja ade yg baik malah yg mendatangkan dosa pon ade. Mcm aku pon sama kekadang kita ingat perbuatan kita tu ok tapi sebenarnya ade yang mendatangkan hilang tiket kita tu.

Renung renungkan dan selamat beramal.

Thursday, February 14, 2013

Testimoni SDII

Dulukan kat fb almost every minit ade org dok promot SDII. Sampai naik letih dah aku tgk. Byk giler testimoni. Yang besar badak bertukar kancil, yang besar gajah bertukar arnab. Betul ke nie?? Pulak tu dengan tagline nya"Tak perlu berlapar untuk kurus" like seriouslyyy??.

Untuk pengetahun korang aku tak gemuk ye.  BMI aku 21 sedang elok sangat. Jadi aku pon tak ambik portlahh padal iklan SDII tu. Tapi masalah berat badan nie terjadi kat kakak aku. Kakak aku nie kategori takdelahh berat sangat. Tapi BMInya adelah tersasar skit dari normal. Sebelum sebelum nie kakak aku penah mkn produk lain tapi keputusannya agak kurang memuaskan. Kakak aku jugak penah berdiet sendiri tanpa sokongan produk sampingan. Dan hasilnya kurang memberangsangkan jugak.

Biler aku syorkan kat kakak aku SDII dia pon bersetuju untuk cuba. Janji SDII nie boleh turun 3-5kg satu tin. Syaratnya ikut jadual pemakanan yg dia sediakan.

Ohh sebelum tu, kakak aku beratnya 78kg.

Kakak aku start pakai SDII awal tahun nie. Selepas 3 minggu dia pon pegilah timbang. Turun 4kg kauuuu. Lompat bintang kakak aku. Suka yang teramatttt. Trus pesan tin yang kedua. Dan seperti tin yang pertama, berat kakak aku turun lagi 4 kilo. Skrg kakak aku dah 70kg. Ilang pedoman kejab. Hahahahahahahaaa...

Ok ye kakak aku mkn SDII sambil sapu Fellina Inchloss. Jadi mungkin kombinasi SDII + Fellina Inchlos memberi kesan yang memberangsangkan.

Skrg nie kakak aku start tin yang ketiga. Tapi Fellina Inchloss baru satu botol. Target kakak aku nk sampai 60kg. Dapat 60kg dia nk stop SDII dan maintan dengan pemakanan yang betul + senaman.

Pada yang masih tercari² produk ape yang sesuai aku syorkanlahh SDII nie sbb dah nampak hasilnya depan mata aku. Bagi aku tak semestinya produk yang di iklankan kat fb tu tak betul. Kita cuba perlu cuba je. Dan yang paling penting kene displin. Jgn arinie mkn sok lupa tulat lupa tulit ingat. Mmglahh tak trun² berat badan kau tu jah oiiii.

p/s: Sorry takde gambar, tuan punya badan tak kasi. Mungkin lepas berat dah sampai 60kg baru boleh tepek gambar.

Monday, February 4, 2013

Petua hilangkan mau ketiak

 
Sape yang ade masalah bau ketiak?? Mati idup semula pon takde org nak ngaku kan. Tapi aku rasa semua ade masalah tu sbbnya semua org dok pakai deodorant. Masalahnya antara berat atau tak jekan. Sini aku nk berkongsi skit masalah yang melanda aku sepanjang aku pakai deodorant.
 
 
Dulu aku pakai yg jenis roll on nie. Masalah yg melanda aku bile pakai nie, satu biler ketiak kita mengeluarkan peluh mmg tak selesa a.k.a berlendir. Kedua biler ketiak berlendir ia akan meninggalkan kesan kat baju. Abis baju aku ader kesan putik kat bahagian ketiak. Pakai yg invisible tu pon sama jugak, kesan putih tu masih ade.
 
 
Biler masalahnya tu berlarutan aku pon trylahh jenis spry. Masalah kesan kat baju dah kurang tapi masalah lain plak timbul. Biler kita sabun kat ketiak masa mandi mcm tak lut. Mcm ader lapisan, kene sental kuat² baru ilang. Untuk pengetahun korang aku kat umah mmg tak pakai deodorant. Jadi  biler ketiak berpeluhh ade bau busuk yg agak kuat. Peliklahhkan sbb sebelum nie takdelahh ketiak aku bau busuk gitu. Jadi aku stop pakai spry nie.

Startlahh aku google cari petua.


 


Byk petua yg aku baca adalah sama iaitu sental ketiak dengan limau nipis / purut. Memula aku ckp ngan mak aku suruh belikan limus nipis sbbnya limau purut susah nk cari. Musykillah org tua tukan tetiba mintak beli limau nipis. Aku pon ckplahh nk sental ketiak, mak aku ckp lebih elok pakai limau purut. Tapi permulaan tu aku pakai limau nipis. Mmg best dowh hari pertama je pakai ketiak aku dah bau wangi. Dan aku pon truskan pakai setiap hari seminggu direct. Dan kesannya walaupon berpeluh ketiak aku tak busuk. Trus berlari lari anak tanda gembira..Hahahahahahhaa



Ari sabtu aritu aku pegi pasar dan kebetulan nampak plak limau purut aku pon truslah beli. Tuk pengtahuan korang limau purut nie agak mahal. Satu bijik sehinggit ye. Aku beli 7 bijik je tak mampu nk beli byk. Hahahahaaa. Tak mcm pakai limau nipis, limau purut nie agak pedih skit biler pakai. Jadi klu korang nk pakai jgnlah sental kuat² ye. Kang pedih + melecet =menangis. Ohh ye cara nk pakai ambik sebijik limau nipis / purut belah 2. Pakailah separuh ketiak kanan separuh kiri ye. Pastu kau sentallah sesedap rasa.

Selamat mencuba.