Sape yang ade masalah bau ketiak?? Mati idup semula pon takde org nak ngaku kan. Tapi aku rasa semua ade masalah tu sbbnya semua org dok pakai deodorant. Masalahnya antara berat atau tak jekan. Sini aku nk berkongsi skit masalah yang melanda aku sepanjang aku pakai deodorant.
Dulu aku pakai yg jenis roll on nie. Masalah yg melanda aku bile pakai nie, satu biler ketiak kita mengeluarkan peluh mmg tak selesa a.k.a berlendir. Kedua biler ketiak berlendir ia akan meninggalkan kesan kat baju. Abis baju aku ader kesan putik kat bahagian ketiak. Pakai yg invisible tu pon sama jugak, kesan putih tu masih ade.
Biler masalahnya tu berlarutan aku pon trylahh jenis spry. Masalah kesan kat baju dah kurang tapi masalah lain plak timbul. Biler kita sabun kat ketiak masa mandi mcm tak lut. Mcm ader lapisan, kene sental kuat² baru ilang. Untuk pengetahun korang aku kat umah mmg tak pakai deodorant. Jadi biler ketiak berpeluhh ade bau busuk yg agak kuat. Peliklahhkan sbb sebelum nie takdelahh ketiak aku bau busuk gitu. Jadi aku stop pakai spry nie.
Startlahh aku google cari petua.
Byk petua yg aku baca adalah sama iaitu sental ketiak dengan limau nipis / purut. Memula aku ckp ngan mak aku suruh belikan limus nipis sbbnya limau purut susah nk cari. Musykillah org tua tukan tetiba mintak beli limau nipis. Aku pon ckplahh nk sental ketiak, mak aku ckp lebih elok pakai limau purut. Tapi permulaan tu aku pakai limau nipis. Mmg best dowh hari pertama je pakai ketiak aku dah bau wangi. Dan aku pon truskan pakai setiap hari seminggu direct. Dan kesannya walaupon berpeluh ketiak aku tak busuk. Trus berlari lari anak tanda gembira..Hahahahahahhaa
Ari sabtu aritu aku pegi pasar dan kebetulan nampak plak limau purut aku pon truslah beli. Tuk pengtahuan korang limau purut nie agak mahal. Satu bijik sehinggit ye. Aku beli 7 bijik je tak mampu nk beli byk. Hahahahaaa. Tak mcm pakai limau nipis, limau purut nie agak pedih skit biler pakai. Jadi klu korang nk pakai jgnlah sental kuat² ye. Kang pedih + melecet =menangis. Ohh ye cara nk pakai ambik sebijik limau nipis / purut belah 2. Pakailah separuh ketiak kanan separuh kiri ye. Pastu kau sentallah sesedap rasa.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment