Tuesday, May 20, 2014

Bertugas di KLIA

Agak lama jugak menyepi. Biasalah reasonnya sbb banyak keje. Betul ker bohongg???? Karen dia karennnn...

Nie kisah lama dah tahun lepas rasanya. Masa nie ader persidangan AMAF. Kementerian aku jadi penganjur. Jadinya setiap bahagian ader tugas masing². Bahagian aku kene  kedatangan dan pelepasan. Kejenya bertugas kat KLIA.

.: kita dahului dengan aksi poyo terlebih sudah:.

Memula dapat jadual aku kene bertugas selang sehari. Kirenya hari nie tugas soknyaa tak. Redho jerlahkan. Hari pertama bertugas ari jumaat. Ok setel ari jumaat berjalan lancar. Masuk ari kedua sabtu ramai plak yg ngelat tak mau bertugas. Nama aku kene petik. Takpe aku tak panas lagi. Kita kejelah hari sabtu ape ade halkann. Ari ahad pon sama nama aku kene petik. Masa nie aku dah start hangin dah. Siap maki² lagi yg buat jadual tuu. 3 hari aku keje kat KLIA pakai baju yg sama tak basuh. Nasib baiklahh kedai perfume ade sebagai penyelamat.

.: aksi kedua tidak kurang kepoyoaannya jugak:.

Aku kene keje kat area bagasi. Kene ambik beg pak menteri hantar kat kereta. Lenguh ohh berjalan. Jauhh hoiii. Kene 4 trip mau pitam. Dahlah yg jaga beg tu 4 org satu shif. Mmg mencabarlahh. Tapi yg bestnyaa semua yg bertugas tu tak berkira. Bak kata pepatah berat sama di pikul, ringan kau bawak sesorang boleh kann??


Kat sinilah kitaorg mkn. Mahal bukan main lagi tapi rasanya hampeh. Dahlah tak boleh order caterer luar kene pakai inhouse carterer tapi hauuuusss. Kitoarg siap pegi mkn kat tempat lain. Sanggup tunggu sampai abis shif baru mkn. 


Disebabkan dpt pass jadi bolehlah masuk kat terminal yg kene naik erotrain tu. 1st time aku gie situ. Yerlahh aku mane penah pegi luar luar negara. Kat situ best mcm² ader. Situ jugakklahh kitaorg beli perfume. Jgn tny aku murah ke tak. Sbb aku bukan tahu pon. Diaorg kata murah aku pon angguk jerlah.

Ade satu hari tu aku kene keje sampai pagi sbbnya delegasi dari India ngan Jepun datang kul 2.30 pagi dan 5.45 pagi. Hari sebelumnya flight last kul 10.45, nasib baiklahh dpt bilik tuk tido. Hotel Sama sama. Klu tak kerana tugas tu takdelahh aku merasa tido hotel tu. 6 Start kau. Mmg pueh hati. Tapi tak dpt nk tido sangat pon. Masuk hotel kul 12 mlm, kul 2 pagi dah kene stanby. Msuk hotel balik kul 3.30 pagi keluar kul 5 pagi plak. Dptlahh baring² jer.


Mmg satu pengalaman yg bestlah bagi aku. Tapi heran org yg tak nk bertugas tu. Bukannya setiap tahun ader pon. Lapan tahun sekali. Entah kita ader ker tak masa tu. Sanggup plak dia duduk kat opis mengadap pc.

Org tu : "sy tak boleh nk pegi, sy kene ambik anak sekolah"

Org ini : "Sy anak kecik"

Org begitu : "isteri sy takde org ambik"

Org begini : "Isteri sy oustation takder sape nk jaga umah"

ORANG BUJANG : "kau tunggulah aku dah kawen.. puiiiiiiiii"

No comments:

Post a Comment