Thursday, June 19, 2014

Salam Jumaat Ebelibodi

Dah lama tak bercerita kat sini. Selalu tu cerita berjalan jer. Nie nk cerita yg borak² kosong tu. Korang paham ker tak nie?? Paham.. Ok baguss.

Aritu aku pegi ker Warta sbb bapak aku nk mkn serunding. Kan kat warta tu byk org jual serundingkan. Klu korang perasan ader akak yg jual serunding kat bawah escalator. Kebetulan masa aku pegi beli tu aku pakai seluar pendek. Nie bukan pendek lepas lutut nie pendek betul. Untuk pengetahuan korang akak nie pakai jubah ye.

Aku : "kak boleh tak nk rasa serunding daging tu??"

Akak tu pandang aku atas bawah pastu sambil nk bagi serunding tu dia menjeling. Langsung takde ckp ngan aku langsung. Lepas bagi trus duduk dan tak tny sama ada aku nk ker tak serunding tu.

Persoalannya, akak tu dah kenapa??

A. Penat sangat sampai tak boleh nk layan customer??

B. Sbb aku berpakaian menjolok mata sampai dia tak mau nk layan aku??

C. Mmg dah perangai dia gitu, tak reti nk mesra??

D. Ader masalah rumah tangga sampai terbawak bawak ke kedai??

E. Kesemua diatas.

Selepas aku duduk pilih kat gerai sebelah dtglah lelaki jugak yg pakai seluar panjang dan berkopiah. Aku tgk elok plak akak tu layan siap beramas mesra lagi. 

Akak tu: "yang nie serunding ayam, nie daging nie ikan. Klu ikut saya yg ikan lagi sedap"

Amboi kak dengan aku kau pandang pon tak nk ekk. Dgn pak lebaii kau layan mcm kan layan lebai tu kau dpt pahala lebih. Choiiii

Kejadian kedua masa aku pegi beli barang kat kedai runcit. Masa tu aku dok beratur kat belakang makcik muslimah nie. 

Makcik muslimah : "brape??"

Abang kedai : " RM35.50"

Makcik muslimah : " 35 jerlah yer. 50 sen tu tak yah"

Abang kedai : Sambil pandang muka makcik tu sambil kata "ok"

Dulu aku penah pegi membeli ngan CC kat opis lama aku. Sbb beli byk CC aku cuba mintak murah. Biler dah abis tawar akhirnya tokey kedai tetap kata tak boleh. Oklahh CC aku kata. Bile nk byr tokey kedai kasi balance yg telah ditawarkan. 

CC : "kata tak boleh tawar"
Tokey :" dah awak mintak saya kasilahh"

CC : "klu awak kasi tu tak ikhlas sy tak nk ambik sbbnyaa benda nie sy nk mkn"

Dan akhirnya cc aku pulang balance harga yg dia kononnya kasi murah tu. 

Kekadangkan kita nie selalu kasi hukum sendiri. Mcm makcik muslimah tu pepandai jer kata RM35 sedangkan harganya RM35.50. Adakah Abang Kedai tu ikhlas nk halalkan 50 sen tu?? klu ye alhamdulillah klu takk itu dah dianggap kita berhutang. Nanti kat padang Masyar jenuhh kene tuntut. Mamposs.

Kekadang benda kecik² mcm nie kita terlepas padang. Jadi sama²lah kita beringat. Renung²kan dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment