Sunday, May 22, 2016

Toujours Advanced


"Sayanggg..
 Aku kau lupa... 
Aku kau luka.. 
tanpa kau sedarrrrr...". 

Sape tahu lagu tuu angkat tanggan.. Hahahahahahahaa. Anak buah aku tny nie lagu lama kan, kumpulan baru nyanyikan semulakan. Ader keee??? Dia ckp lagu tu mcm lagi zaman 80an 90an. Tapi mmg pon, Melodinya tu sama mcm lagu zaman rock kapak. Lagu yg senang tu meresap kesanubari. HAhahahahahaha..

Ok ari nie aku nk cerita pasal Toujours Advanced (TA). Dulu aku penah berjanji yg aku nk cerita pasal produk tukan. Skrg marilahh aku tunaikan.

Aku dah try produk nie 2 kali ye. Maksudnya aku penah try skali pastu aku stop agak lama pastu aku mkn balik. Jadinya aku mmg rasa kesannya mcm mane.

Produk nie bagi aku agak mahal, harganya RM199 klu tak salahlah. Dalamnya ader 30 sachet. Disarankan untuk mengambil 2 sachet sehari. Kirenya  2 kotak tuk sebulanlahh ye. 





Nie adalah gambar aku selepas mkn 2 bulan lebih. Aku cuma mkn 1 sachet je sehari. Tak mampu  nk spend 4 ratus sebulan. Kesannya kat muka aku nampak ketaralahh. Nampak lebih cerah pastu muka tak rasa kering. Nampak glow² gitu. Hahahahahahahaa

Lepas tu aku stop sbb gastrik aku menyerang. Tak tahulahh sbb TA tu ke. Mungkin ader kemungkinan jugak TA nie masam. Org gastrik niekan tak boleh dok masam² nie. Nk mengelokan perut nie aku pon berentilahh mkn TA.

Lama gakklahh berentinya dekat 2 bulan. Mmg nampaklahh perubahan kat muka aku. Takde glow² mcm aritu. Bile perut aku dah elok aku start mkn balik TA dan ini hasilnyaa. Nie muka baru bangun tido ye. 



Ensem ke idok?? Hahahahahahahahaa.. Kisahnya adalah tahun lepas ye bukan cerita tahun nie. Aku dah stop mkn TA sejak april 2015. Kenapa aku stop sbb perut aku mmg tak boleh terima rasanya. Gastrik aku menyerang sampai aku kene pegi klinik ambik ubat.

Tapi pada sape² yg nk muka glow² cerah gitu aku mmg sangat rekemen TA nie. Pasti korang takkan kecewa. Dari segi harga mmg akan mencabar poket koranglah. Skrg nie TA dah keluarkan trial pack. dlm tu tak salah ader 15 sachet. Jadi bolehlahh beli yg tu untuk cuba ye.

p/s: Hapdet terkini berat badan terkini 79kg. Tunggu trun lagi sekilo aku akan cerita kat sini ye.


No comments:

Post a Comment