Wednesday, April 5, 2017

Hari Raya 2016

Sebulan jugak boleh nie menyepi. Aku rasa blog nie kompem terkubur tak lama lagi. Dah takde hati dah nk menaip segala. Tapi sementara hati tu blum tawar lagi marilah kita cerita pasal Hari Raya 2016 tuk kenang kenangan.

Tahun nie tahun pertama aku beraya sebagai suami. Eceh ceh ceh. Perasaan aku mcm biasa je. Sama mcm masa bujang dulu. Cumanya raya kali nie ader satu lagi rumah (rumah mertua) aku kene pegi. Org lain raya pertama jadi suami excited giler. Bagitau satu donia tapi aku rasa biasa je. Penat aderlahh. Hahahahahahahahahaaa..

Sebelum kita mulakan cerita marilahh tgk gambar raya kami.



Team Mak Kau Hijau. Baju melayu aku tu recycle tahun 2014 punya . Bini aku je baju baru. Nampak tak baiknya sang suami. Dahulukan isteri dari kehendak sendiri. Beruntunglah sape jadi bini aku tu. Hahahahahahahahahhaah..

Tahun nie mmg penat sangat. Walaupon rumah mertua aku dekat (dlm 15 minit ) tapi aku dok terkejar kesana sini tu yg penat tu. Start aku buat marathon sehari sebelum raya. Ehh bukan sehari 2 hari seblum raya. Raya rabukan, isnin mlm tu aku dah hantar bini aku kat umah mak dia. Adik beradik dia tak ramai (4org je) jadi dia mmg setiap tahun akan jadi tukang masak. Jadinya kau baliklah umah mak kau, aku kat umah mak aku kaedahnya. Senang takde gaduh².

Yg family aku plak kali nie masak² 2 rumah. Satu kat Balak satu lagi kat Bangi. Dah satu keje aku pepagi hening aku dah bawak mak bapak aku balik balak sbb nk tgk² diaog masak ketupat lemang redang segala. Mak akukan head chef jadinya dia kene tunjukkan bahan ape segala baru diaorg boleh masak.

Siap kat Balak balik Bangi, tgk kakak aku masak kat bangi plak. Kat Bangi masak rendang ayam n daging, kari ayam, kuah kacang n lodeh. Dah siap masak tuk raya masak tuk berbuka plak.

Kul 5 mcm tu ambik bini aku kat umah mertua. Sbbnya mlm tu umah aku ader buat takbir. Takbir family2 je.




Sehening pagi Syawal aku dah mula sambung marathon. Lepas je subuh aku trus pegi rumah mertua aku, tinggalkan isteri aku kat umah mak dia. Aku plak gie sembahyang raya kat Balak. Abis je solat gie rumah mertua salam mkn segala trus kitaorg gie raya rumah kawan² baik katanya tu.

Lepas abis beraya umah kawan baru sambung beraya kat umah sedara. Nampak tak kat situ, kawan lebih utama dari sedara. hahahahahahaaa.


Nie gambar masa raya umah kakak aku. Tahun nie anakk buah aku rajin plak bawak kamera. Jadi byklahh gambar posing sana sini.

Kitaorg punya stail beraya tak lama. Salam, tny khabar borak serba skit, minum air mkn kuih pastu balik. Takder borak lama². Satu rumah dlm 15 minit je. Tu pon sampai kul 7 baru abis. Klu borak lama lagilahh sampai ke subuh baru abis aku rasa.


Gambar nie tak cukup korum. Bapak aku ngan kakak aku takde. Tapi nielahh gambar yg hampir semua ader.


Untuk gambar penutup, mcm biasa tuan punya blog dan isterinya. Kita dah kawenlahh. hahahahahahahahahahaa...

p/s: entry nie di taip pada tahun 2016 dan setel pada tahun 2017. Janjiii ader kenangan katanya. Tetibaa...

Thursday, June 9, 2016

GreenAard part 2

Hari tu aku ader ckp klu berat aku trun sampai 78kg aku up kat blogkan. Secara rasminya aku umumkan berat aku skrg ialah.....

78.3kg.

Clap clap clap clap.....

Gembira sangat rasanyaaa. Wow lihatlahh duniaa. Hahahahahahahahaa.

Klu dikire akunya penurunan sebanyak 2.7 kilo. Aku start mkn 2 mei  aku stop mkn 20 hari selepas itu. Sbb ape aku berenti, sbb nk dekat puasa. Aku penah cerita dulu kat sini aku klu bulan puasa berat aku akan trun dlm 6-8kg. Sbb itulah aku berenti mkn.

Aritu aku ceritakan selain dari mkn GreenAard kekononya nk senam kan. Memula jer aku buat lepas tu tak buat langsung. Malas melanda wey. Aku just mkn mlm kul 6.30 ptg ngan ngan kurang minum air manis. Memula tu aku langsung tak minum air manis. Masuk ari ke 10 aku minum air manis skit. Masa pagi je. Tu jerlah rutinnya. Takder kurang mkn pon. Melantak mcm biasa. Nasi tak tinggal.

Ohh pasal perut aku plak dah kempis skit. Alhamdulillah. Nie puasa dah masuk ari kelima nie bertambah kempis. Lagi Alhamdulillaah.

Tapikan klu kak D tahu akunya BMI adalah normal walaupon berat aku 81kg mesti dia maki akukan. Hahahahahahahahaha. Skrg BMI aku 22. Untuk BMI normal berat aku mesti dalam lingkungan 68kg-86kg.

Ok setel dah kisah GreenAard. Bagi aku aku produk nie berkesan. Sape² yg nk trunkan berat badan silalahh beli. Kompem tak rugi.

Oh pasal gambar perut tu tak jadilah letak maluuuu.. Hahahahahahahahahahahaha

Wednesday, June 1, 2016

Family Day Makzin Clan @ Casa Titik

2 Tahun skali family aku mesti buat Family day. Mcm 2 tahun lepas kitaorg buat kat Fraser Hill. Nk pilih tempat mmg sangat mencabar. Nk² plakk aku yg kene cari, mmg pening dibuatnyaa. Tempat yg di pilih mestilahh ader kriteria² seperti berikut:

1. Muat untuk 36 Orang (10 bilik keatas)
2. Dlm budget ( kali nie bajet dalam 5k)
3. senang cari makan
4. Ade padang tuk bersukan 
5. klu boleh tak nk campur ngan org lain
6. Tempat mestilah happening

Dgn duit byk tu dengan org yg ramai, mmg agak mustahil nk dpt tempat yg best. Tapi aku tetap dpt melaksanakan tugas yg diberi dengan jayanya. Hahahahahahahahahaaa. Oh lupa bajet 5k tu bersekali dengan mkn minum ye. Pening ke tak pening.

Aku survey tempat mmg byk. Sebulan tu aku dok mencari je kat tenet. Dan akhirnya jumpa tempat yg aku berkenan. Casa Titik tempat dipilih. Weeeeee...


Casa Titik nie terletak kat Jalan Kuantan - Kemaman. Klu korang dari Kuantan nk pegi Kemaman, Casa Titik nie terletak kat belah kanan. Nanti korang nampak Mardi dah dekatlahh tu. Pandai²lah korang waze. Malas plak Abang nk explain. Hahahahahahahaa


Nie adalah Casa Titiknya. Korang sebut betul² tau. Casa Titik bukan Casa Teteekk. Ingat jangan salahh sebut.Cantik bukann. Detail bunglow nie nanti aku cerita kemudian.

Family day kali nie ader kelainan skit sbb aku dpt bilik sendiri. Hahahahahahaha. Untung gak dah kawen nie. Klu masa bujang tu terpaksa selit mane². Skrg nie dpt bilik sendiri, Heavennnnn. Hahahahahahahaa.

Mcm tahun² sudah, kitaorg akan buat sukaneka. Kali nie team masih yg sama masa mcm kat Fraser Hill. Cuma yang lain skit tahun nie kitaorg buat baju. Gempakk weyy.


Team ader 3, pink, hijau ngan biru. Hitam tu tuk pengadil. Tuk pengetahuan korang jugak baju tu semua kitaorg buat sendiri. Material baju tu aderlah jersey. Jadi sape yg bercadangan nk buat baju tuk family dah bolehlahh kontek aku ye. Hehehehehehee


Team aku warna biru. Baju nie dpt masa mlm pertama. Dpt² baju trus pakai. Lawa gile team kitaorg punya baju. Logo Makzin Clan ngan baju biru tu mmg ngam. Perghhh menambat hati betullah.

p/s: tunggu sambungannyaa..

Tuesday, May 24, 2016

Hujan Jika Sempat

Skrg nie aku tgh dok layan lagu baru Hujan tajuknya Jika Sempat. Sedih naw naw lagunyaa.




Nie masa konsert ulangtahun RTM. Ader 2 lagu satu Pemicu Gila satu lagi Jika Sempat. Dua2² best. Nak² plak main ngan Okestra  lagilahh syok. Korang layanlahh. 

Lepas nie aku nk cari album baru Lah Ahmad plak. Tapi lagu baru dia dengan Altimet tu tak best sangat. Kang beli rugi plak. Hahahahahahaaa. Tapi album Hujan nie kompem aku akan beli.

Org dah tak beli cd album kan tapi aku still beli. Bagi aku beli cd tu ader sentimental value. Free² time pasang cd belek² cover album tu tgk gambar, boleh nyanyi sbb ader lirik. Bestlahhh. Harapnya cd nie kekallahh sampai aku tua nanti. Janganlahh di stop penjualannya.


Sunday, May 22, 2016

Toujours Advanced


"Sayanggg..
 Aku kau lupa... 
Aku kau luka.. 
tanpa kau sedarrrrr...". 

Sape tahu lagu tuu angkat tanggan.. Hahahahahahahaa. Anak buah aku tny nie lagu lama kan, kumpulan baru nyanyikan semulakan. Ader keee??? Dia ckp lagu tu mcm lagi zaman 80an 90an. Tapi mmg pon, Melodinya tu sama mcm lagu zaman rock kapak. Lagu yg senang tu meresap kesanubari. HAhahahahahaha..

Ok ari nie aku nk cerita pasal Toujours Advanced (TA). Dulu aku penah berjanji yg aku nk cerita pasal produk tukan. Skrg marilahh aku tunaikan.

Aku dah try produk nie 2 kali ye. Maksudnya aku penah try skali pastu aku stop agak lama pastu aku mkn balik. Jadinya aku mmg rasa kesannya mcm mane.

Produk nie bagi aku agak mahal, harganya RM199 klu tak salahlah. Dalamnya ader 30 sachet. Disarankan untuk mengambil 2 sachet sehari. Kirenya  2 kotak tuk sebulanlahh ye. 





Nie adalah gambar aku selepas mkn 2 bulan lebih. Aku cuma mkn 1 sachet je sehari. Tak mampu  nk spend 4 ratus sebulan. Kesannya kat muka aku nampak ketaralahh. Nampak lebih cerah pastu muka tak rasa kering. Nampak glow² gitu. Hahahahahahahaa

Lepas tu aku stop sbb gastrik aku menyerang. Tak tahulahh sbb TA tu ke. Mungkin ader kemungkinan jugak TA nie masam. Org gastrik niekan tak boleh dok masam² nie. Nk mengelokan perut nie aku pon berentilahh mkn TA.

Lama gakklahh berentinya dekat 2 bulan. Mmg nampaklahh perubahan kat muka aku. Takde glow² mcm aritu. Bile perut aku dah elok aku start mkn balik TA dan ini hasilnyaa. Nie muka baru bangun tido ye. 



Ensem ke idok?? Hahahahahahahahaa.. Kisahnya adalah tahun lepas ye bukan cerita tahun nie. Aku dah stop mkn TA sejak april 2015. Kenapa aku stop sbb perut aku mmg tak boleh terima rasanya. Gastrik aku menyerang sampai aku kene pegi klinik ambik ubat.

Tapi pada sape² yg nk muka glow² cerah gitu aku mmg sangat rekemen TA nie. Pasti korang takkan kecewa. Dari segi harga mmg akan mencabar poket koranglah. Skrg nie TA dah keluarkan trial pack. dlm tu tak salah ader 15 sachet. Jadi bolehlahh beli yg tu untuk cuba ye.

p/s: Hapdet terkini berat badan terkini 79kg. Tunggu trun lagi sekilo aku akan cerita kat sini ye.


Monday, May 9, 2016

GREENAARD

Aritu aku ader cerita pasal aku nk start mkn GreenAard kan??
Masuk ari nie dah  ari ke4 aku mkn.

Kat botol suruh mkn 4 bijik. Mcm byk sangat plak aku rasa 4 bijik tu. Jadinya aku try 2 bijik dulu.

Hari pertama aku tak rasa ape².

Hari kedua aku dah start kencing². Dia punya byk kencing tu nauzubillah mencurah². Lepas kencing rasa puas. Legaaaaa.. Arrrrrhhhhhhhhh. Gituu. Byk kali yee kencing² tu. Sangup tak sangup jerlah nk pegi tandas tu. Tekak pon rasa dahaga jer. Kau akan otomatik nk minum air. Mmg klu mkn GreenAard nie kau disuruh minum air byk. Jadinya takderlahh mcm kene paksa minum sbbnya tekak kau mmg akan haus.

Hari ketiga dah rasa perut memulas. 3 Kali jugak aku pegi berak aritu. Tapi oklahh bukan jenis yg memulas teruk tuu. Lite² je. Campur kencing ngan berak jadinyaa aku jadi penunggu jamban yg setia.

Hari keempat maknanya ari nielahh aku tak rasa nk berak² pon. Kencing² tu masih ader.

Yang penting ari nie aku timbang dah turun SATUUUUU KILOOOOO.

Pewwwwiiiitttttt..

Hahahahahahahahahahahahaaa

Untuk pengetahuan korang aku mkn mcm biasa, cuma aku tak minum air manis. Senam aku tak sempat buat lagi. Mkn mlm aku awalkan ke kul 630. Tu jer pon dah 1 kilo trun. Blum aku start bersenam lagi. Mau trun byk lagi tuu. Mungkin ari nie aku start bersenam. Nk jogging mmg susah skit sbb skrg nie hujan. Buat sit up, push up yg buat kat dlm umah je.

Ha satu lagi, sejak mkn GreenAard tu aku rasa mcm bertenaga. Dulu klu balik keje mmg aku akan baring tgk tv, skrg nie terajin plak sampai rasa nk kemas umah. Rasa jerlahh tapi aku tak buat pon. Hahahahahahahaa. Tapi kire oklahkann ader rasa tu.

Nanti aku akan update lagi dari masa kesemasa

Aku target sebelum puasa aku dpt trun sampai berat aku 77kg. Kene trun lagi 3 kilo. Kita tgk sama² ye. Stay tuned


Thursday, May 5, 2016

Gambar Pre Wedding.. Katanyaaaaa....

Salam jumaat semua. Seronok betul klu dah ari jumaat nie. Tak sabar nk balik. Hahahahahaha. Semenjak umur dah byk nie, aku suka habiskan masa kat umah. Tak kuasa dah nk lepak², pegi jln² kat shooping mall mcm dulu². Klu ader benda nk beli barulahh keluar. Selebihnya aku bermalas² kat umah je. Tu baru umur 36 tahun blum 40 lagi. Klu dah 40 tahulahh ape nk jadi ngan aku nie.

Korang nk tgk tak gambar pre wedding aku??

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA..

Matilah kene kecam ader gambar pre wedding. Member² rapat aku tahulahh kenapa. Aku nie mmg tak paham kenapa org nk buat gambar pre wedding. Yelah kang dah kawen ader gambar wedding pastu ader kat outdoor lagi. Sejuta dah gambar kau masa tu. Tak muak kee??? Hahahahahahahaaa..


Nampakkkkkkkkk. Kau dok kecam org ambik gambar pre wedding, skali kau pon nk jugak. Tulahh jgn sibuk mengata orang sangat kang dah kene sumpah. Bak kata org dah ludah jilat balik. Jijikkkkkk..

Tapi jgn kecam dulu, aku sebenarnya nk ambik gambar tuk bunting masa kawen. Jadi alang² ambik gambar tu ambiklah byk skali. Lagi pon cameraman tu anak buah aku. Senanglahh aku nk suruhkan. Hahahahahahahahahaa...

Tak byk pon gambar. Aderlah 10 je. Aku klu ambik gambar aku selalu bygkan cameraman tu akan suruh buat itu ini. Jadi bile aku sendiri yg kene bagi idea trus takder idea. Tu yg tak byk gambar tu. Takde idea..



"busu posing mesti over"

Laharan dari anak buah aku. HAhahahahahahaa. Sbbnya dia kata mcm tu, gambar aku ngan bini aku tak serasi. Sorang Fefelling top model, sorang mcm insan biasa. Pahamm kann. Hahahahahahahahah..


At the end dptlahh jugakk 10 gambar yg ok. Kat sini aku tepek 3 cukup. Sebelum korang mengata aku, jadi cukuplahh 3 ye.

Persoalannya skrg, perlu ke gambar pre wedding tu???

Krik... krik.... krik.... krik....