Sunday, December 5, 2010

Aktiviti ari minggu

Klu tiba musim ujan, musim mengawan pon dtg skali (musim org kawenlah). Aku yg telah dilantik jadi driver seumur hidop, haruslahh ader job klu cuti ujung minggu. Job pertama pegi kenduri kawen anak angkat bapak aku kat Sungai Jelok. Kendurinyaa ari sabtu, cuaca ari tu sgtlahh sesuai tuk membuat taik mata. Ujannn renyai² yg tak berkesudahan. Aku sampai kat umah kenduri tu dlm kul 1.30tghari. Org pon tak berapa ramai, ibarat mkn kat restoran yg tak berapa sedap. Bagi aku seronoklah mcm tu, nk parking senang, nk mkn senang, tak yah rebut². Tapi bagi tuan rumah aku rasa tak seronok sbb duit tak rebut² masuk poket.

Mcm biasa klu kenduri kawen nie mesti ader sesi karaoke. Masa aku tgh mkn aderlahh pasangan nie berduet. Diaorg nyanyi lagu "Dindaaa.... Kandaaaa... burung pon turut menyanyii" aku tak tahu tajuk lagu tu. Yg peliknya biler tang suara pompua, ader agak lain skit. Suara kepitan agak jelas ketara. Aku pon memcari²lahh saper empunyaa suara tu tapi tak nampak². Last-last...

Abang DJ: " terima kasih kepada Encik Hamdan dan pasangannya Saifulrinaaaa"

Patutlahh suara kepit tak hingat, Saifulrina uollssss. Patah selera makk nk makannn..huhhh

Ahadnya plak ader kenduri pertunangan anak buah dan cucu sedara bapak aku. Majlisnya sorang kul 1 dan sorang lagi lepas asar. Nasib baik umah sebelah meyebelah jer. Jadi takderlahh terkejar² sgt.

Aper yg buatkan aku hangin, dioarg ckp org tu dtg dlm kul 1. Jadi kitaorg nie dtglahh kul 12.30. Tunggu punya tunggu bulan tak muncul². Alih² kul 2.30 baru sampai. Korang mesti nk ckp biasalah janji melayuu, tapi diaorg tu bukan Melayuu, diaorg tu India Muslim. Mmg tak boleh pakai betulahh. Bukan jauh sgt pon, dari Jinjang jer. Aku nie marah bukan aper, aku marah sbb perut aku dah meronta² mintak mkn. Skit lagi nk pitamm. Bukan aku jer, kire semua yg dtg tu dah kebulur tahap gaban. Nasib baiklahh ader apek jual aiskrim. Dptlah beli aiskrim roti tuk menampung perut yg tgh mengelodak.

Kenduri ptgnya aku tak pegi, sbb member aku ajak pegi tgk wayang citer Sosial Network. Sgt best citernya, bagi aku citer yg wajib tontonn.

No comments:

Post a Comment