Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan. Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 kita berpuasa. Syukur pada Ilahi aku masih dapat merasai bulan Ramadhan pada tahun ini.

Tahun nie tak byk ucapan puasa yang aku dpt. Cuma 4 je. Oklahh kan dari takde langsung. Ini menunjukkan populariti aku dah jatuh menjunammm. Hahahahahaa...Yerlahh kan org kasi ucapan tak penah berbalas padahnyaa org langsung tak hingin nk hantar ucapan kat kau dah. Padan muka tuk diri sendir.

Ape yang menarik bula² puasa nie?? Jemm uollss. Dari rumah aku ke tempat keje yang selalu nya ambik masa dlm 20 minit masuk jer bulan puasa trus mkn 1 jam. Mcm semlm 1jam kau nk sampai umah. Sempatlahh aku berzikir mengaji segala. Tambahh pahala, alhamdulillah.

Bulan puasa nie jugak adalah bulan yang terbaik tuk kita buat amal. Tak gitu??

Duluuuuuu aku penang ikut rombongan opis ke Taman Sinar Harapan kat Kuala Kubu Bharu. Tempat nie adalah tempat tuk kanak² sindrom down.




Sini adalah tempat bagi ibu bapa yang tak sanggup nk menjaga anak sebegini. Dari anak² tu didera lebih baik dihantar kat tempat itu untuk dijaga. Ade juga anak² yang dihantar tanpa pengetahuan. Mcm warden tu ckp bukak² pintu tetiba ada baby.



Selepas diberi taklimat kami dibawak melawat anak² nie di bilik masing². Mmg ader yang teruk sampai diikat tangan supaya dia tak cederakan diri sendiri. Tgk mmg sedih, tapi itulahh cara terbaik supaya anak tu selamat. Ade juga yang enjoy bermain. Byk peringkat sindrom down yang ade kat sini.



Pada yang ingin beramal bolehlah ke Taman Sinar harapan ini. Bagi aku kita tak terlintas nk bersedekah kat tempat² mcm nie. Biler bersedekah jer kita ingat rumah anak yatim dan org tua.

Setuju??


No comments:

Post a Comment