Thursday, July 12, 2012

Teringat

Biler belek gambar² lama terjumpalahh gambar² yang membangkinkan nostalgia. Terkenang kawan² yang dah lama tak jumpa. Aperlahh diaorg buat skrgkan. Mmmmm...



Yang paling kanan tu CC aku dulu. Namanya Robiah. Dia adalah ketua aku yang paling best. Tak penah aku jumpa sampai skrg org mcm dia. Senang nk bekerjasama, boleh berbincang dan yg paling penting dia sangatlah memahami.

Aku bekerja ngan dia lama gak, adalah dlm 5 tahun. Dlm masa bekerja ngan dia tak penah aku terasa hati atau bergaduh. Sifat dia yg aku puji sangat biler dlm meeting klu org bawahan dia salah dia akan take all the blam. Tak mcm sesetengah org tu klu anah buah dia salah  bukan nk mempertahankan, dia plak kondem sama. Ade satu kes yang aku tak boleh lupa sampai skrg..

aku : " cc, tombol pintu nie dah rosak. Tak boleh nk pusing."

cc : " nanti saya tgk ye"

esoknyaa aku try bukak pintu tu dah ok.

aku : "cepatnyaa org tu repair c, selalunya lambat"

cc : "bukan, sy yg repiar smlm lepas opis. Dekat kul 9 sy baru balik"

aku : " biar betul cc??"

cc : "bukan tak nk panggil org repair, sbb opis kita tak boleh panggil maintanance opis, kene panggil org luar nanti kene byr. Jadi sy buatlahh sendiri. Save skit duit opis. Lagi pon sy penah repair pintu umah sy dulu"

Tak terkata aku masatu. Sanggup dia repair sampai kul 9 semata² tak nk pakai duit opis. Mulia sangat aku rasa.

Nie plak namanya Kak Farah. Kenal dengan dia 7thn jugak lamanya. Aku baik ngan dia sbb kitaorg satu biro untuk Kelab opis iaitu biro Rekreasi dan Kebudayaan. Mkn 2 penggal gakk kitaorg sama. Jadi byklahh aktiviti yg kitaorg anjurkan bersama. Antara aktiviti yg takkan aku lupa ialah pegi cuti² ke Thailand ngan Indonesia. Kitaorg yg organize dari A sampailahh Z. Dari buat passport peserta sampailahh duit tax tak cukup kat airport. Walaupon Kak Farah nie dah agak berumur tapi dia tak kisah terima arahan dari org muda. Takdelahh mcm org² berumur yg lain. Klu kita bagi cadangan skit jer dah kene carut. Baru bukak mulut jer dah kene sembur. Payah payahh. Kak Farah nie nampak jer dah tua tapi dia punya style mcm org muda. Tu yg boleh masyuk tu.

Kedua² mereka tu dah pencen skrg. CC Robiah ade gak jumpa tahun lepas masa open house tapi Kak Farah mmg tak jumpa sejak dia pencen tapi call tny khabar tu adelahh.



No comments:

Post a Comment