Thursday, March 21, 2013

Tabita vs Myracles Beauty

Biler rambut dah pendek nie teringat plak kat rambut berjambul kedepan tuu. Nk menunggu panjang mmg akan memakan masa yang lammaaaaa. Maulahh 3-4 bulan. Aishhh tulahh dy lain kali jgn mengatal pegi potong pendek. Eh sebenarnya bukan aku saja saje nk potong pendek gitu semua nie kesilapan teknikal. Tapi takpelahh kita gayakan ape yang ade ye.  
 
 
 Haaaa nie aku nk share ngan korang skit. Semua gambar nie masa aku pakai Tabita. Skrg nie aku dah stop pakai tabita dekat 2 bulan. Now aku pakai Myracles Beauty (MB).
 
Sebelum aku cerita kesan MB kat muka aku marilah kita cerita kenapa aku stop pakai Tabita. Entry lepas aku ade ckp aku susah nk dpt Tabita. Maksud susah kat sini aku susah nk dpt loose item. Sbb set tabita tak abis serentak. Jadi kebanyaakkan jual semua set termasuk kat tempat aku beli tu.
 
Itu kisah stock nie plak kisah kesan Tabita kat muka aku. Pertama kali aku mmg puas hati ngan Tabita sebb dia menyebabkan jerawat kat muka aku ilang dan muka aku nampak licin. Tapi yang aku tak berapa kenan muka aku jadi putih. Ye mmg aku kurang kenan skit. Org lain berlumba lumba nk putih aku plak tak nakkan. Bukan ape tuk pengetahuan korang aku nie dilahirkan dengan warna kulit yg sekata itamnya. Takde istilah putih kat bahagian tertentu. Contoh mcm org lain putih kat peha, kat badan. Aku tak. Klu kau tgk muka aku kaler tu dan kaler itulahh seterusnya sampailah ke kaki. Jadii biler muka aku putih seriussssss nampak muka ngan leher jauhhh beza. Sampai ade member aku kata muka aku dah mcm Pak Nil. Serius tak boleh blah. Dan kerana itulahh aku stop pakai Tabita.
 

Abis kisah tabita skrg kita cerita pasal MB. Aku beli MB nie sbb terbaca kat blog sepet. Yang membuatkan aku nk try MB katanya boleh menghilangkan garis halus dan boleh ilangkan eye bag.  Yelahkan umur dah 33 pepaham jerlah. Masa dpt tu aku aku kasi mak aku pakai skali. Nk tgk keberkesanan kat muka mak aku yg byk kedut tu.

Lepas sebulan pakai mmg nampak perubahan yng positif kat muka mak aku. Kedutan dah ilang sedikit. Kulit yg kering dan kembali moist. Sukalahhkan mak aku tu. Siap promot kat anak² dia lagi. Hahahaha. Tuk aku plak ade kesan baik dan tak berapa baik. Yang baiknya muka aku setiap hari nampak segar mcm kan kau tido cukup dan tak digangu mimpi ngeri. Masa kau demam pon muka kau nampak segar mcm org sihat sejahtera. Yg tak bestnya muka aku naik jerawat. Bukan seketul tapi 2-3 ketul dan jerawat itu besar. Aku beranggapan mungkin MB nie mengeluarkan semua jerawat yg ade. Takpe kita tgk mcm lagi sebulan mcm mane. Klu masih sama jugak marilah kita cari produk yg lain yeee....

No comments:

Post a Comment