Sunday, November 23, 2014

Kisah 1 dan Kisah 2

Lama rasanya tak membebel kat sini. Biasalahh mood tak mari, jadi rasa nk menaip tu tak muncul.

Kisah 1

3 hari lepas member aku kat london watsap.

Member : "dy kau mkn collegen ekk??"

Blurrr jabb..

Aku : "kau nape??"

Barulah dia cerita, masa dia tgh google pasal Toujour Collegen skali blog aku nie keluar. Terkejut katanya. Tak sangka aku pon mkn bendealah tu. Mcm² soalanlah keluar. Hahahahahahahahahaa..

Lepas tu aku pon bukak akunya blog rupanya entry pasal Toujour tu beriban org baca. Bile aku google nama aku antara teratas. Krik krik krikkk..

Mmg tgh hot kot Toujour tu. Entry tu aku bercerita pasal Tojour Skin Collegen, diaorgkan dah keluarkan produk baru Toujour Advance Collegen Shot. Produk tu release 15hb , 16hb aku beli. Hahahahahahah. Bukan ape Tojour skin tu mmg dah abis pastu akak yg jual tuu call kata dia ader kat area bangi.

"dy nk tak Toujour Advace??"

Alang²kan aku pon sambarlahh. Masuk nie baru seminggu aku mkn. aderlah perubahan tapi blum ketara lagi. Tunggu lagi seminggu nanti aku cerita kat sini.

Kisah 2

Korang tgk Gegar Veganza?? Ape pendapat korangg?? Bagi aku bestlah. Dapatlahh tgk artis lama beraksi. Takderlah asyik tgk budak² baru nk belajar nyanyi. Nampaklah beza org lama nyanyi, siap mengah² pon ade. Yerlahkan dah lama tak nyanyi.

Pengacara pon best. Nabil mmglahh semua dah tahu kebolehan dia mengacara, Jihan walaupon baru sebagai pengacara tapi mmg layann. Aku suka pengacara yg ader kimia nie. Biler sorang buat lawak sorang lagi sambut. Tak mcm masa Anugerah Festival Filem Fahrin ngan Fazura. Mmg hazab menengoknya. Lain kali penganjur tak payahlahh nk cuba gandingkan pengaraca nie. Ambik jerlah pengacara yg dah serasi. Lagi satu jgn ambik org yg tak penah jadi pengacara. Haru jadinyaaa.

Dato Ramli pon best jadi juri. Dulu masa dia baru² jadi juri tak pandai sangat nk buat lawak skrg nie klu dia masuk maharaja lawak pon boleh menang tempat ke 5. Hahahahahahaahaaa

Kisah 3

Kita sambung next entry. HAhahahahahahahahahahahahaa


Wednesday, November 5, 2014

Happy Besday 2 me


Happy besday to me, happy besday to me, happyy bessdayy too meeeeeeeeeeeee.. Fuh..fuhh..fuhhh... (tiup lilin). Mmg tak sangka sambutan besday aku kene suprise ngan member opis. Akukan jenis yg tak suka sambut² besday nie. Klu org wish pon rasa hape tah. Tu pasallah kat FB pon aku tak letak tarikh lahir. 



Masa nk pegi lunch tu mcm biasa. Pegi naik kete pastu ambik hady. Selalunya diaorg akan tny aku nk mkn kat mane. Jadi aku pon ckplahh kita mkn kat warisan, aku nk mkn roti john. Diaorg setuju tapi c lan plak ckp kita pegi kat monumen nk jumpa member jab.

Aku nie ader masalah skit klu lapar, mulalahh aku marah². Budak² nie mmg dah tahu sangat perangai aku. Masa lan bawak ke monumen tu dia tak tahu nk berenti kat mana. Aku pon ckp "kita mkn jerlah kat umai, senang skit". Aku siap turun dari kereta tapi yg heran kenapa budak² lain tak join. Aku klu dah lapar lantak koranglah. Malas nk pikir. Skali hady keluar "dy diaorg nk pegi warisan jugak". Hoi masa nie mmg aku dah hangin puting beliung. Tapi aku ikutkan jugaklah sbb malas nk gaduh. 




Skali diaorg berenti tarik aku keluar, muncullahh kek tuk besday aku. Mak terharuuu nokssss. Tak penah org buat suprise tuk besday aku. Mmg suprise gilerlah. Tapikan rasa terharu tu sekejap jer sbb aku lapar sangat masa nie. Hahahahahahaahahhaaa. 





Terbalik plak gambar nie. Lantaklahh. Sebenarnya bile aku tgk kek dlm hati berkata (alah takkan kek jer, takder mkn² ke?). Tengok betapa buruknya perangai aku. Seriuslahh akunya lapar masa nie dah sampai pening pala. Hahahahahahahahahahhaaa


Nasib baik ader KFC., fuhh legaaaaaaaaaa. Hahahahahahahaa. Berkelah kat tepi tasik. Nie pon 1st time buat. Gigih betul diaorg nie. Terharu lagi skali.



Bile diaorg nie merancang aku pon tak tahu. Yg buatkan aku langsung tak perasan sbb masa aku keluar nk lunch tu semua masih kat opis. Mmg takde tanda kecoh². Pandai betul diaorg plan. Syabas betee.



Nielahh geng² opis yg terlibat. Hady tu terjebak, dia mmg tak tahu langsung pasal nie. Hahahahahahahahaha


Siap nyorok lagii. Terima kasihhhh semuaaaaa. The best birthday everrrr......

Monday, October 27, 2014

FRASER'S HILL - Hari Keluarga Makzin & Rubiah 2014 - Part II

Semua perlatan tuk BBQ dan Karaoke kitaorg bawak. Banglow tu tak sediakan ye. Banglow tu hanya sediakan rumah sahaja. Pukul 7 kitaorg start pasang api. 


Mlm tu mak aii sejuknyaa. Tgk suhu 21'c. Tu baru kul 8 menjelang ke pagi 18'c kau. Mcm Cameron tahun 90an. Keluar jer rumah penuh kabus, fefelinglah weouls mcm kat London. Mulut berasap, kau mampuu??. Hahahahahahaa. Menu mlm tu ayam, sotong, udang, ikan, burger ngan mashmallow. Kelas ke takk ader mashmallow. Pitammmm..



Sebelum start cabutan bertuah ngan kuiz, kita makan dulu. Kang dah kenyang barulahh best nk menjerit². Sambil² mkn aderlahh yg menyumbangkan suara. Terhiburlahh jugakk, kire² mcm mkn kat hotel ader org nyanyikan kat meja ke meja tu. 



Semua org masa nie dah pakai baju tido, tak glamer langsung. 2 tahun sudah masa acara cabutan bertuah nie mkn kat restoran, masing² elok skit pakaiannya. Takderlah ghupa gini. 


Ha kau siap bawak selimutt. Hahahahahahahahaa. Tuk cabutan bertuah semua org akan dpt no temasuklahh mak ngan abah. Hadiah tak byk, setiap family kene beli satu hadiah berharga tak kurang dari 50 hengget. Klu ikutkan kitaorg ader 8 family hadiah pon 8 lahkan. Tapi kakak² ader yg baik hati beli lebih. Moga² murah rejeki yeee.


Ehem ehem MC tuk mlm tu tak lain tak bukan tuan punya belog. Nie dilantik oleh diri sendiri ye. Biasalahh gile glamer. Aku bile dah dpt mic lancar trus percakapannya. Hahahahahahaha. Jadi saper² yg nk cari MC tuk majlis rasmi/ tak rasmi sila email aku ye. Muhahahahahaha


Kitaorg buat cabutan bertuah berselang seli ngan kuiz. Yang kuiz tu di sponser oleh Ybhg Tuan Haji Makzin dan Puan Hajah Rubiah. Cash ok. Saper dpt jawap trus dpt duit. Takde replika cek mcm kat tv tu. 
Masa kat umah.

Aku : "abah, nanti nk kasi soalan ape?? klu kasi soalan berkaitan mak ngan abah ok??"

Abah : "ok. pastu kau tambah ngan soalan agama skali"

Ha kau soalan agamaa. Sila bukak kitabbb


 Yang cabut no bertuah mak, abah ngan makcik aku. Jenuh ok tunggu no aku tak naik². Dahlahh aku yg annouce. Hampe gile. Anak buah aku yg tukang kasi hadiah pon no tak naik². Ape punya malanglahh.


Masa kuiz nie paling best, aku buat soalan pasal abah ngan mak masa zaman abah askar. Yang cucu² semua tak tahu. Kakak aku yg tua skalilah bolot semua. Dia yg ader masa tukann. Tapi klu kasi aku semua aku dpt jawap, yerlah setiap hari kot abah cerita pasal askar. Sampai naik hapal dah. Kekadang aku yg tolong betulkan cerita abah. Hahahahahaa


Tu dia duit dlm sampul raya. Takdelah byk tapi klu dpt jawap 5 soalan berbaloi jugaklahh. Yg kelakar tang soalan agama. Nak angkat tangan pon segan². Udah kenapa yoep?? hahahahahaa. 


Masa nie soalan agama. Soalannya - sila bacakan doa kunut. Sebenarnyakan semua org tahu, tapi bile nk baca depan org ramai takutkan. Kang tersalah baca plak, dah org kata kita sembahyang subuh tak sah. Baik diam. Hehehehehee. Nasib baik anak buah aku tu baca betul. Klu tak kompem kene ceramah ngan atuk.


Sampai kesudah no aku tak naik. Semua family dpt bawak balik hadiah kecuali family aku (abah ngan mak). Tetiba kakak aku kata dia nk kasi 50 hengget tuk cabutan betuah last. Punyalahh berdoa naiklah hendaklah no aku. Harammmmmm tak naikk kau. Melepas.


Abis cabutan bertuah ngan kuiz trus sambung ngan karaoke. Banglow kitaorg mmg jauh ngan rumah yg lain. Jadi kau melalaklahh sampai putus urat kentot  pon takder org marah. Mlm tu abah sporting nyanyi. Aku maner boleh diam jerkan haruskan duet. Dulu abah tu join kugiran askar. Jadi penyanyi. Tu pasallah suara aku sedap. Ehhh... Hahahahahahaha




Yang nie mmg ratu. Takde sape boleh lawan klu karaoke. Kasi #E.. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. Hahahahahahahahahahaahahhahaahah

Bersambung

Sunday, October 26, 2014

Picknik

Memg dah lama sangat nk pegi kat sini, byk kali plan tak jadi². Byk sangat halangan. Best sangat ke sampai byk sangat halangan?? hahahahahahahahaha. Akhirnya hari yg di nanti pon tiba..


Sape yg tak tahu, Picknik nie adalah kedai mkn Chef Nik Micheal. Alah mamat yg masuk Masterchef tu. Kepala botak tulahh. Tak tahu jugakk. Yg nieee...


Kedainya kat Publika. Jenuh jugakklahh nk mencari. Aku penah sampai kat Publika tapi tak penah ronda² dlm tu. Pusing² tak jumpa, akhirnya tny amoi kat situ. Baru jumpa.



Aku sampai dlm kul 3 mcm tu. Tak ramai org pon. Yerlahh dah lepas waktu lunch, tunggu waktu high tea jer. Duduk² nampak c Nik tgh buat keje. Oklahh dia ader. Yerlahh kekadang selebriti nie bukak jer kedai mkn tapi dia takde. Org kata guna nama je. Yang nie tak ye.



Satu yg aku nk komen pasal menu, takder gambar makanan. Aku tak boleh nk gambar makanan tu mcm mane. Contoh klu namanya "chicken maringo sal"  ape kejadahhnya tuukan. Klu ader gambar bolehlahh jugakk tgk . Terpaksa aku tny pelayan mane yg sedap. Yg aku mkn namanya Fat Teusday Chicken. Sedappppp gilee. Dia mcm Chicken Gordon tapi dlm ayam tu ader mcm² udang pon ader. Pastu sosnya rasa limau. Sedap ehingga menjilat jari.  


Dah alang² sampai marilah kita try dessert skali. Yg tu Pandan Creme Brulee with Ice Cream. Skali masuk mulut eh mcm penah rasalah. Tapi apa ekk?? Suruh member aku rasa plak. "Nie tepung pelita". Hahahahahahahahahahaahhahaaa. Serius mcm rasa petung pelita. Sedappppppp.


Sambung plak mkn pavlova. Kawan aku kata sedap. Tapi bagi aku biasa² sbb penah mkn yg lagi sedap. Keseluruhanya mmg memuaskan hati. Korang gielahh singgah sana. Aku dpt layanan istemewa sbb Nik sendiri hantar makanan. Enjoy your food katanya. Hahahahahahahahahaa



Nielahh geng aku yg sanggup meredah jem semata² nk mencari sesuap nasi. Klu lepas opis pon nie jugakklahh geng cari mkn. Klu ader jer port baru kat Putrajaya mesti akan hello² punya.


Korang tgklahh sendiri harganya ye. 

Monday, October 20, 2014

FRASER'S HILL - Hari Keluarga Makzin & Rubiah 2014 (Part 1)

2 tahun skali family aku akan buat family day. Kali nie kitaorg berfamily day kat Fraser's Hill.


Yg penah sampai kat sini aku, bapak aku ngan kakak aku je yg lelain semua tak penah sampai. Semua org dok tny aku teruk tak jln nk menuju ke puncak tu. Pegi dulu baruu tahuuu. Hahahahahaha. Yg bawak kete mmg selamat, duduk sebelah mungkin selamat tapi yg duk belakang silalahh mkn ubat mabuk siap². Jalannya pusing² non stop tapi tak lamalahh dlm 45 minit je. Dulu jln tu ader time, waktu genap naik ganjil turun. Skrg jln naik tu naik je trun ikut jalan lain. Mudah skit


Aku mmg suka Fraser's Hill nie. Suka dengan suasana dan cuaca. Tak byk berubah dari kali terakhir aku pegi sini tahun 2006. Mmg itu yg aku nk, kekalkan ape yg ader. Klu byk sangat pembanggunan akan ilanglahh suasana nyaman dan jadilahh mcm Cameron Higland tak best.


Kitaorg sewa Banglow Raub. Banglow nie ader 4 bilik. Memula aku dok terpikir cukup ker nk isi 36 org. Nasib baiklahh kakak aku sewa satu appartment. jadi banglow tu isi dlm 30 org. Anak buah aku siap bawak khemah , sleeping bag kot² tak muat bolehlah tido kat luar. Skali sampai perrghh besar gile umah tu. Biliknyaa boleh buat 10 org tido. Mmg puas hatilahh.


Muda plak nampak mak aku dlm gambar nie. Mak aku dah 73thn ye. Harap² aku dpt lahh gen muda mak aku. Hahahahahaa. Aku adalah peserta yg terawal sampai. Sempatlahh mkn dulu kat area Fraser's Hill. Yerlah abah, mak, kakak aku semua mabukk todi. Cepat² cari makan, minum air panas. Barulahh lega klu tak ader yg bersukan sambil muntahhhh..


Salah sorang anak buah aku boleh tak bawak beg baju. Elok jer dia ckp "beg tertinggal". Nasib baiklahh kat situ ader jual baju. Alah baju kenang kenangan tu. Dptlah baju ngan seluar spender jer takder. Untung budak² lagi. Klu dah tua sendiri mau ingatlahh. Elok aku habis shooping kakak² aku semua pon sampai. Bolehlahh start aktivitiii.

Aktiviti pertama Sukaneka.


Jenuh jugak nk pikir sukan ape yg sesuai tuk golongan vateren sampai ke budak². Ade game yg sesuai tuk org dewasa tapi tuk budak² tak ngam plak Pikir punya pikir dptlahh 6 game. Semua barang² kene bawak sendiri ye.


Bergambar kumpulan sebelumm game bermula. Mak ngan Abah tak join. Diaorg jadi pemberi hadiah dan juga kameraman. Terer ooo abah ngan mak aku ambik gambar. Semua gambar masa sukaneka nie diaorg ambik. Salutelahhh.



Klu dah namanya group aku haruslahh overkan. Hahahahahahahaa. Berbulu jer group lain tgk. Budak yg pakai seluar biru tulahh yg tak bawak beg baju tu. Yg pakai baju biru tu dia jadi reff. Setiap kali klu sukaneka mmg tulahh jawatannya. Tapi mmg terbaiklahh abang ipar aku jadi reff. Semua org puas hati.



Game pertama group aku menang. Perrghh gempak wey, baru mula dah menang. Hahahahahahaa. Punyalah gembira aku. Tapi tu jerlahh game yg menang, game yg lain haussssssss. Harapkann mulut aku bersorak jer lebih. Ader satu game tu , game lari 3 kaki. Alah yg 2 org pastu kene ikat kaki tukan. Ader ker kakak aku ikat mati kain tu. Bile nk tukar org tak boleh bukak kainnya. Berpeluh² ok  aku nk bukak, group lain dah tukar pasangan 3 kali dah, aku still tak dpt bukak lagi. Bahanaaa ...Hahahahahahahahaaa.. 



Hadiahh kitaorg beli murah² jer. Untuk suka² jerkan. Semua hadiah 5 hengget je. Tapi perasaan biler dpt hadiah tu mcm menang wang tunai RM100,000. Wow.


Tgh² syok berlari skali hujan plak. Game ader lagi 2, terpaksa tangguh. Masuk umahh minum petang. Semua makan kitaorg bawak dari rumah masing². Kitaorg masak cuma mkn mlm je. Bawak sorang skit. Aku mmg tak bawak ape²lahan. Aku kan driver VVIP. Hehehehehee. Gambar makanan tak ambik plak.


Nasib baik hujan tu sekejap je. Berenti jer hujan trus sambungg balik. Kene abis kan jugakk game tu, kang ader yg tak puas hati. Masa nie baru kul 530 ptg, tapi kabus dah menyelubungi. Terasa mcm kat luar negara plak uollss. Hhahahahahahahahaahahaaa


Korang nampak tak kabusnya. Skali kabus tu datang mengigil. Dahlah aku berseluar pendek. Terasa nk cari kot bulu². Hahahahahahahaaa. Abis sukaneka dlm kul 6.30 mcm tu. Masuk sambung mkn mandi². Mlmnya ader sesi BBQ, cabutan bertuah dan kuiz.

Bersambunggg....

Wednesday, October 15, 2014

Toujours Skin Collagen Dust

Kan aritu aku ader cerita pasal nk cuba Toujours Skin Collagen Dustkan. Aku dah beli 2 minggu lepas. Selang 3 ari aku cerita kat blog aku pon beli. Kenapa aku nk tyr Toujours skin nie?? Jawapannya suka² je, hahahahahahahahaa.

Aku mmg suka cubalahh. Tgk feedback mcm gempak aku pon cuba. Klu berkesan aku teruskan klu tak aku stop camtulahh. Semua org tahu collagen elok tuk awet muda. Memandangkan umur aku pon dah menjangkau 34thn so marilahh cuba. Aku taklah mengharapkan perubahan yg ketara sangat.  

Setiap hari aku campurkan sesudu kecil Toujour Skin ngan air manis yg sejuk. Sbb Tuoujour skin nie rasa ikan tu kuat. Jadi kene manis skit supaya ilang rasa ikan tu. Aku amalkan setiap hari. Perubahan kat muka mmg tak nampak sangat pon yerlahkan baru 2 minggu. Tapii perubahan yang paling ketara kat kaki. Akunya kaki nie kan kering pastu ader yg keras² tukan. Memula takderlah aku perasan sangat, tapi skali tu aku nk potong kuku aku tgk ehh nape licin plak kaki aku nie. Trus belik² yerlahh mmg dah licin skit. Pastu kuku yg kecik tu dah nampak elok skit pertumbuhannya. 

Nanti dah abis sebotol aku cerita lagi ye. Kat bawah nie ader cerita pasal kebaikan dan cara penggunaan Toujour Skin.



Menjawab soalan yang sering ditanya.

Apa itu Collagen Dust™?
Collagen Dust™ adalah marine hydrolyzed collagen dari 100% produk protein berasaskan ikan. Kesannya secara prograsif, dari dalam, semakin lama anda gunakan, semakin baik hasilnya terhadap kesihatan dan kecantikan badan anda. Inilah alternatif terbaru kepada collagen dan suntikan Botox.

Berkesan untuk kulit?

Ya, dengan memberikan kolagen tambahan kepada badan, keadaan kulit akan bertambah baik. Antara customers’ feedbacks yang terbaik adalah:
1) Garis kedutan tepi mata hilang.
2) Sakit sendi (arthritis) hilang terus/dikurangkan.
3) Kulit lebih tegang .
4) Kulit menjadi ‘glowing’.
5) Parut jerawat dan jeragat semakin pudar.

Berkesan untuk rambut dan kuku?

Ya dan ya. Kolagen menguatkan kuku yang rapuh. Rambut lebih kuat dan beralun kesan pengambilan kolagen.

Benarkah ia mengurangkan sakit sendi dan otot?

Kami dapati ianya memang benar. Dari kajian dan testimonial pengguna.

Adakah ianya halal?

Ya, dijamin.

Adakah ia diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Ya, dijamin.

Toujours Skin Pure Collagen Dust ini merupakan rahsia datin-datin dan selebriti nampak cantik.Product from France ini memang telah lama dikenali dikalangan mereka. Bagaimana pula kita? Nak cantik juga ni. Nasib lah keknis baik hati share benda 'MAGIC' para datin and selebriti consume. Bolehlah kita sama-sama cantik semacam artis juga. Ngeh-ngeh..

Senang je simpan collagen dust ni dalam handbag, lepas tu sprinkle-sprinkle kat makanan, minuman & cream uols. Baju,seluar,washing machine,kerusi semua jangan. Nanti anjal pula baju dan seluar(kalau boleh la). Cuba sprinkle-sprinkle dust tu sikit je macam Pari-pari syurga untuk menghasilkan 'MAGIC' ini. Baca 'BISMILLAH' ya itu jangan lupa. :)

Okay, it's MIRACLE DUST. Serbuk Collagen. Collagen Powder.

Cara pengambilan dan pengunaannya?
1-2 sudu kecil sehari untuk dimakan/minum, sangat larut dalam air sejuk (jus/minuman bersusu/teh dll), sangat sesuai dengan makan cecair (yohgurt/aiskrim). TIDAK BOLEH DILETAKKAN DALAM AIR PANAS.

Anda juga boleh mencampurkan secubit Toujours Skin Collagen Dust™ dengan krim pelembab sebelum sapu ke muka. Berkesan untuk menegangkan kulit.
Guna produk luar dan dalam untuk hasil terbaik.
Beautify and make yourself youthful with Toujours Skin Collagen Dust™.
Untuk tips & testimonials, ikut akaun Toujours Skin Collagen Dust™ di Twitter: @CollagenDust








Bulan November nie Toujours Skin Colagen Dust tidak akan dikeluarkan lagi dan akan di ganti dengan Toujours Skin Advance. Klu dah namanya Advance mmg akan lagi meletopslahhh kan. Kita sama² nantikannyaaa. 

Wednesday, October 8, 2014

Review - Dollah Superstar

Korang dah tgk citer Dollah Superstar???


"citer ape tu tak penah dengar pon??"

Tapi mmg pon cerita nie tak berapa org nk tahu. Promosi kurang. Skrg nie semua cerita melayu mmg kurang sangat promosi. Sape yg peminat tegar jer akan tahu ape cerita terbaru.

Pelakon cerita nie mcm korang boleh nampak kat poster tu Awie, Shanaz Ahmad, Fiz Fairus, Neelofa pastu ader Aziz M Osman. Pelakon baru tu namanya Aisyah Ayna kot klu tak silap. Ader jugak Beto Kusyairi, Bront Palare, Umi Aida watak sampingan.

Cerita nie pasal gangster yang nk jadi pelakon, mmg kelakar. Setakat nie semua cerita Awie berlakon tak penah menghampakan. Shanaz pon lakonannya menjadi, cuma Neelofa masih belum ok lagi. Aku nk cerita lebih pon tak guna kang nanti korang tak pegi tgk plak.

Aku kasi 4 bintang.

Gie tgk tau, tak rugi punyaaa. Percayalahhhhhh

Tuesday, October 7, 2014

Salam Aidiladha - Galaxy Alpha or Sony Xperia z3??

Mmg dah terlambatkan nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, tapi kire bolehlahh please. Yerlah aku dah berapa hari tak bersiarankan. 

"Selamat Hari Raya Adiladha kepada semua sahabat handai dan kepada pembaca blog zaidimakzin. Diharap korang dapat korbankan sedikit masa tuk baca blog yg entah ape² tah nie. Hahahahahahaaa"

Raya kali nie aku sembahyang raya kat Balak sorang², Mak bapak aku raya kat Bangi. Masa² raya nielah nk jumpa kawan². Klu aku tak sembahyang kat balak matilahh kene kutukk. Tak sanggup. Hahahahaha. 

Ingat lepas sembahyang raya nk tlg korban skali aku pening. Nie jenis pening yg klu kau melangkah setapak kepala berdenyut. Hukumnya mmg kene tidolahh. Trus balik bangi makan panadol boom tido. Kul 3 baru aku terjaga tu pon sebab lapar. Pala masih tak elok lagi. Menjelang nk kemalam barulahh elok. 

Malamnyaa kakak aku buat mkn² skit sbb sambut besday anak dia. Aderlah buat BBQ. Meriahlahhh jugak semua adik beradik aku ade. Gelak² sampai kul 11 pastu semua balik umah masing². Nasib baik sebelum balik kakak aku dah tolong kemas umah, selamat akuuu. Klu tak mau berkuntau aku nk kemas umah. 

Skrg nie aku tgh berkira² tuk beli phone baru. Skrg aku pakai iphone 5. Ohh tak tak aku bukan nk beli iphone 6 sbbnya aku tak nk jual iphone 5  aku nie. Ader 2 phone yg berlegar² dlm pala aku. 

Pertama


Samsung Galaxy Alpha. Semalam aku dah tgk kat kedai samsung. Mmg cantiklahh pastu ringan. Tang isi dalam dia semua aku tak godek lagi. Yang penting luaran dia mmg cun. Aii likee.

Kedua


Sony Xperia Z3. Yg nie aku blum dpt pegang lagi. Tapi yg aku tahu phone nie boleh masuk air. Tu yg buat aku teruja tu. Feature lain aku tak pasti tapi yg best kameranya 20 megapixel klu tak salah. Luarannya tak terlalu mengujakan. Sebb tu phone nie jadi pilihan kedua. Hahahahaa

Satu lagi benda aku nk beli adalah phone watch. 



iwatch. Sbb nielahh aku tak nk jual iphone5 aku. Aku baca review iwatch nie yg paling canggih antara phone watch yg lain. Jadi mmg akan aku beli iwatch nie. Kumpul duit dari skrg.



Tapi klu tak dpt iwatch kenelah aku beli samsung Alpha. Supaya aku dpt pakai Samartwatch nie. Kekadang akunya tujuan beli phone nie agak tak munahsabah. Tapi ape boleh buat sbb nk merasakan. Tujuan tu boleh direka reka. Haahahahahahahahaah.


Wednesday, October 1, 2014

Basikal BMX

Smlm masa balik dari keje nampaklah sekumpulan budak², ader yg naik basikal dan ader yg berlari (berlari nie 2 org). Budak yg naik basikal nie bukan main laju dia bawak kesian aku tgk budak yg takder basikal terpaksa berlari sekuat hati sbb nk kejar yg basikal tu. Tetiba aku teringat masa zaman aku budak² dulu.

Aku mmg bukan kategori family yg byk duit. Masa aku darjah satu bapak aku dah pencen. Untuk menambah pendapatan bapak aku menoreh getah. Duit yg ader mmg tuk mkn n pakai jer. Kau mintak ape pon mmg tak akan dpt. Jadi pepaham sendirilahh.

Aku dari kecik mmg tak penah ader basikal. Mintaklahh 100 kali pon mmg takkan dpt punya. Tapi abang aku ader basikal. Tu pon org hadiahkan kat dia. Abang aku bukan jenis yg akan turunkan harta kat adik ye. Harta dia hanya untuk dia sahaja. Walaupon aku adik yg last takde keistimewaan ye, pepandai kaulahh.

Aku pandai bawak basikal pon belajar pakai basikal sepupu aku. Nasib baiklah sepupu aku nie baik. Kau jatuh byk kali jahanam basikal dia pon takder hal. Member² aku semua ader basikal, aku doklah menumpang ngan sepupu aku. Masa tu rasa down gile. Org lain semua kehulu kehilir naik basikal aku doklahh menumpang. Lama² aku ckp kat diri sendiri aku tak mau lagi menumpang. Takde basikal bukan tak boleh hidup. Klu org nk kawan ngan kita bukan pasal basikal. Jadi mulalahh klu member ajak keluar aku tak pegi. Klu ajak main bola barulahh pegi. Tapi hati tu tetap meberontak.

Aku berusaha untuk dptkan basikal. Aku kumpul duit sekolah, pastu duit yg kakak aku bagi setiap bulan tu aku simpan. Aku beli part by part. Memula skali aku beli body sbb tu yg paling mahal. Pastu kumpul lagi dptlah beli rim. Kumpul lagi dan lagi dan lagi dan lagi akhirnya berjayalahh aku beli sebuah basikal. Mmg sengsara nk siapkan basikal, kene byk bersabar. Ader gak member offer barang panas. Tapi aku nekad aku nk beli sendiri semuanya. Bila barang semua dah dpt masa tuk pasang. Aku beli basikal dulu mak bapak aku tak tahu ye. Aku simpan kat umah member aku sbb aku malas nk jawap soalan dari mak aku. Yerlah org² tua nie akan tny mane dpt barang, berapa harga, kat mane beli. Jadi tuk selamat aku simpan kat member aku. Dia ader garaj jadi sesuai sangatlah.

Teruja giler masa nk pasang tu. Aku nie bukannya pandai sangat, nasib baiklah member aku tu dia mmg bijak bestari jadi dialahh yg buatkan basikal aku. Aku tolong² mane patut je. Bile siap tu rasa bangga gile. Walaupon basikal aku tak sehebat kawan² lain tapi sebb basikal tu hasil duit kumpul, dia punya feel tu lain. Biler dah siap sepenuhnya barulah aku bawak balik. Biler mak aku tny aku ckp beli dengan  hasil duit kumpul. Selamat mak aku tak jadi polis pencen masa tu.

Sebenarnya semua org boleh dpt ape yg dihajati. Kita nie cuma perlu ader pembakar semangat je. Kesimpulannya aku penah jadi mcm budak yg berlari kejar member naik basikal. Rasa yg sangat tak best. Hahahahahahahahahahaaa..


p/s: kekadang cerita aku nie takde arah tujuan. lantaklahhkann. Hahahahahahahaahahah

Tuesday, September 30, 2014

Laman sosial pencetus amarahhh

Korang bengang tak klu masa lepak² ngan member semua dok layan phone. Serius wey aku sangatlah bengang. Klu asyik nk tgk phone jer takyahlah nak ajak aku lepak. Bijikkk sangat perangaiinyaa.

Penatlahh aku bercerita kau mcm dengar tak dengar je. Elok jer kau layan game Clash menda tah. Pastu gelak sesorang. Babi sangatlah. Aku bukanlah tak tgk langsung phone, klu ader mesej aku balaslahh tapi klu mesej group watsapp mmg aku tak layan. Nanti² pon boleh balas. Yer dakk..

Aku: "semalamkan aku nampak mcm Boy tapi aku tak tegur takut salah org"

Kawan 1 :"ohh (sambil mata tgk phone)"

Kawan 2 langsung takder respon.

Aku : "korang ader jumpa Boy baru² nie tak?? Dia dah gemuk ekk??"

Kawan 1 takder respon..

Kawan 2: "Ohh (nie pon mata kat phone)"

Sabar Sabarrrrr.....

10 minit aku ckp sorang² tak boleh jadi nie. 

Aku :" korang klu nk keluar setakat nk layan phone baik tak payahh lepak"

Kawan 1 :"alah dy kat sini wifi free"

BIJIKKKKKLAHHHHHHH

Tapi seriusslahh aku mmg rasa mcm haram jer org mcm nie. Ayat yg keluar "mmmm" "Ohhh" "Ok" ape benda tu. Itu nasib aku pon tak layan phone jugak, klu tak semua diam seribu bahasa abis air segelas blahh. Takder mane lepakk mcm tu.

Satu lagi perangai org yg ralet layan phone kat dlm wayang. Kawan aku jugakk kishnya nie. Memula aku ingat dia balas mesej. Ok tak perlahh. Tapikann lama plak dia balas mesej. Pastu kejab² tgk phone lagi. Ehh byk plakk mesej dia nie. Yg buatkan terganggu tu hp dia sangatlah terang. Mata trus ke arah hp dia. 

Skali tu aku pegi intaii ape yg dia kusyuk sangat. Dia boleh layan FB. Dok scroll sroll. Kau nie dah kenapa!!!! Fb boleh tgk biler²lahh. Boring sangat ker cerita yg kau tgk tu. Klu boring tak yahlah kau beriya² aku pegi tgk. 

Sangat pelikk weyy. Terlalu obses ngan phone, sampaikan selanng seminit tgk phone. Udah kenapa jadi begituuuu???

Sunday, September 28, 2014

Senin Tiba Lagi. Penah cuba Toujours Skin ??

Senduuu jer klu ari seninkan. Nk bangun pon malas, mandi apetah lagi. Sampai opis plak lambat  lagilahh menambahkann kesenduann.

Cuti korang pegi mane??

Bestlahh korang dpt pegi jejalan.

Aku???

Duk umah jer. Melayan perasan. Hahahahahaahaa. Cadang nk marathon tgk wayang, skali member aku kene outstation plak. Dahlahh itu jer member yg bujang, yg lain semua dah kawen mmg taklahh nk ajak. Kang dpt ayat..

"kau takder anak bolehlah dy"

Aku nie mmg nk ajak bukan nk perli korang. Bijikkkklahhhhh...


Korang penah mkn benda nie??

Ader??

Tak penah dengar??

Pada yg penah mkn marilahh share ngan aku ape perubahan kat korang lepas mkn benda nie. Pada yg tak penah dengar, Toujurs Skin nie dijual oleh pelakon / model Hanis Zalikha. Aku mcm nk cuba, sbbnya ader akak kat sini jual, dia agent. Senang skit nk beli takyahlahh nk pos segala. Nanti klu aku dah cuba aku cerita kat sini. Harga RM170 tuk semenanjung RM180 Sabah n Sarawak. Klu korang nk COD harga RM160. Aku tak juall ye. Tapi klu korang nk beli aku boleh bagi no phone akak tu.

Sape dah tgk citer Amir dan Loqman Pegi Ke laut??

Best ke weyyyyyy?????

Thursday, September 25, 2014

Jumaat dah tibaaa.. Yeehaaaa

Salam jumaat semuaa. Rasa happy tak ari nie?? Mau tak happy sok cutii hoiiii.

Cuti

Cuti 

Cuti 

Cutiiiiiiiiiii

Hahahahahahahahahahaa

Ari² jumaat nie nk cerita pasal ape ye.. mmmmmmmmm...

Ha kita cerita pasal tudung nk?? Alah org skrg sebut Hijab tuu. Hijabista uollsssssss.

"kenapa kau nk cerita pasal tudung plakk????? kau pakai tudung kerr??? So better kau tak cerita pasal benda yg kau tak ade"

Istifar kak Jah, jgn nk kecamm Abg Kawasan mcm tu skali. Aku nk cerita skit² jer. Aku bukan pandai mane pon. Bolehlahh Kak Jahhh.

Pleaseeee.. Hahahahahahahahahahaahaaa

"Tak bolehhhhhhhh!!!!!!!!"

Wah marah betull kau Kak Jahh. Yerlah yerlahh aku tak ceritaa..

Tapikann aku tak boleh terimalah org sebuat Hijab tu. Perkataab Tudung bagi aku lagi ok. Sbb tu pon Bahasa Malaysia, senang aku nk pahamm. Ker perkataan tudung tu hanya untuk org yg pakai tudung bawal. Yg pakai shawl lilit sampai 100 kali tu tak boleh di kategorikan sebagai tudung. Ehh entahhlahh aku pon tak tahu. Tapi aku lagi terima klu org sebut Tudung. Lebih Malaysia bagi aku. Hahahahahahahaa

Satu lagikann org sebut Sanah Helwah. Aku rasa tu selamat hari lahir. Aku rasalahh sbb aku malas nk cari maknenya. Memula aku baca Heliza Helmi up kat status kat fb "sanah helwah my friend" pastu ader gambar kek. Rasanya selamat hari lahirlahh tu. Lepas tu set² yg nk jadi mcm Heliza tu pon semua ckp perkataan tu. Dulu perkataan Iftarkan. Nie lebih kurang tu jugakklahh. Aku bukan tak suka, nk² plak tu bahasa arab. Tapi klu bukan kita yg mertabatkan bahasa Malaysia sape lagi kann.

Aritu aku terbaca kat FB (walaupon tak aktif kekadang tu bukak terbaca jugakk) pasal vaksin yg diberi kat baby. Walaupon aku tak tahu vaksin ape tapi aku terpanggil tuk baca sampai abis komen yg ade. Ha kau bertekak , masing² keluar hujah² dan pendapat masing². Yg satu puak nie kata elok vaksin yang satu puak tu tak elok vaksin tapi sampai ke hujung aku tak tahu mane satu betul mane satu salah.

Dulu ader jugak salah sorang dlm frendlist Fb aku ader up pasal vaksin nie. Tak salah aku dia tak bagi vaksin tu kat anak dia. Tapi masa tu yg komen semua satu puak jer taderlahh berbalah mcm terukk gile.

Yg cerita² pasal nie semua puak Kak Jah. Yg para semua tak bersuara pon.

"hati seorang ibu kau mane tahuu!!!!!!  Kau diammmm Abg Kawasan"

Marah lagi Kak Jah nie. Eeeee tak pahamlahh. Hahahahahahahaaa

Bagi akulahh klu ape pon yg kita nk buat,contoh bagi anak kita tu vaksin ker tidak, nk kasi anak kita makan nasi or mkn maggi tak perlulahh sampai nak bercerita kat FB. Yg penting kau dah jumpa doktor dah tahu kebaikan keburukannya dah cukup. Tak payahlahh kau nk jadi hero tuk menyeru semua org ikut langkah kau. Kan lebih aman mcm tu. Dunia nie sementara jer jgn cari gaduh ngan org. Sah² org yg kau gaduh kat FB tu kau tak kenal mcm mane nk mintak maaf nanti.Tingkah laku pon kene jaga Kak Jahh. Jgn tudung jer labuh sampai perutt.

Serius FB dah tak best sbb semua nk tunjuk pandai. Sedihhhhh.Sob sob sobb...


Wednesday, September 24, 2014

Sesi Luahan Perasaaan

Salam semua. Rasanya dah lama aku tak membuat sesi luahkan perasaan kat sini. Jadi marilah kita ye..

Kejadian nie terjadi masa nk beli makanan segera kat sebuah shoping mall yg tersohor. Kedai makanan segera tu bukanlahh McD, jadi jgnlahh nk kejam aku tak tentu pasal. 

Situasinya masa aku tgh beratur nk beli makanan. Depan aku tu ader dlm 7 org lagi tgh menunggu giliran. Yg lahanat nie couple yg betul² depan aku. Menunggu nk sampai kat giliran dia adalah dlm 20 minit. Boleh tahan lahh lama ye takk. Sempatlahh terasa lenguh² tang betis tuu.

Tibalahhhh giliran couple of the year nie.......

J : "awak nk mkn ape??"

B : "ikut awaklahh"

J : " sy pon tak tahu nk mkn ape"

B: "awak mkn ape saya ikut je"

J: "klu sy mkn ulatt awak mkn jugak?"

B: " eee awak niee. (sambil tumbuk² manja)"

Hoiii klu nk bergurau senda pon sebelumm sampai depan kaunter boleh takk. Nie masa chasher tny nk mkn ape kau boleh bercengkerama plak. Kau ingat org yg tunggu belakang kau nie tunggul. Memmg mintak makii betull.

Abg Kawasan:" hello, boleh tak cepat skit. Dari tadi punya lama beratur tak pikir nk mkn ape?"

J pandang B trus order.

J:"bagi saya dua set B. Regular ye"

Nk ke sound baru nk order. Nie jenis yg klu ckp kat phone ending dia gini..

"awaklahh letak dulu"

"awaklah"

senyappp

"kenapa awak tak letak?"

"awaklah letak duluu"

Dan berterusann sampailahh kul 6 pagi. Gileeeeeeeee....

Satu lagi kes masa org nk melintas jalan. Dahlahh aku kasi kau melintas. Kau boleh plak  jln ala² Ratu Pondan pastu kau main hp lagi. Adakah jln tu bapak kau buat. Ehh mungkin jugak bapak dia buat kann.

Krikk Krikkk Kriiikkkk....

Klu jln tu bapak dia buat takpelaa. Kau nk melintas sambill merangkak ker, sambil menari zapin kejap ke depan kejab kebalakang itu ikut suka kaulahh. Taaaapiiii klu jalan tu kerajaan buat silalahhh jln secepat yg mungkin. Org lain pon nk guna jln tu jugakk. Klu kau OKU aku takder masalah. Ambiklah masa seberapa lama yg mungkin. Tapi klu kau sihat wallafiat tapi jln punyalahh ambik masa lama , mmg aku akan keluar dari kereta aku kejar kau dengan stering lock. Ingat kak Jah kak Jah sekaliannn. Jgn buat pasal ngan Abg Kawasan...

Ok sekiann luahan perasaan tuk hari nie.

Monday, September 22, 2014

Masih bernyawa

Assalammualaikummmm....

Takder org jawap nie aku keluar dululahhh. Hahahahahahahahaaaa

Last entry aku awal puasa, ingatkan rajinlahh nk update rupanya haram. Semakin hari semakin takder kerajinan nk menaip. Rasanya mmg akan berkuburlahh blog aku nie seperti blog kawan² seperjuangan yang lain.

Ape nk cerita ye??

Cerita raya?? Basi dah kot..

Holiday?? aku tak kemana ponn

Cerita life aku, boring kot. Pegi keje balik keje tido. Tu jerlah pusing².

Ohh nk cerita skit. Kakak aku kawen 2 minggu lepas dan minggu lepas plak pegi umah lelaki kat Ipoh Perak. Aku kembali menjadi tumpuan sbb aku jerlahh yg tak kawen² lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Hahahahahahahahaa. Tapikan biler org dok tanya² pasal kawen a.k.a perli, aku dah tak rasa nk marah. Aku boleh senyum jer. Kenapa ha aku jadi mcm tuu?? ader sesapa yang boleh jawap?? Hahahahahahahahaha..

Dulu aku penah cerita pasal baju akukann. Pastu janji nk up gambar yg proper skitkan. Pastu haus kannn ilang begitu saja kann. Ok jgn kecamm. Sebenarnya baju yg aku buat tu dah abis (baca tinggal 3 helai jer tuk pakai sendiri). Jadi pasal tulahh aku tak up kat sini. Dan ader kejadian yg aku terkilan skit ngan rakan kongsi. Rasa mcm taknk truskan lagi dah. Tapi mlm tadi masa tgh baring² terpikir balik nk truskann.

Orang kata bisness ape pon mesti ader risiko dan cabaran. Sape yg kuat jer dpt mengharunginyaa. Aku nie kategori org yg tak berapa nk kuat. Biler ader masalah aku cepat down. Nk pujuk hati aku nie mmg mkn masa. Klu lepas nie aku nk buat bisness aku tak mau ader rakan kongsi. Biarlahh aku bangun n jatuh sendiri. Tak susahkan sesapa dan aku tak pening dengan masalah rakan kongsi.

Cukuplahh kot cerita tuk hari nie. Later² kita cerita lagi yeee...


Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikumm. Ape khabar semua. Puasa ker tidak?? Sibuk tny org pose, yg aku nie puasa ker tidakk??

Hahahahahahahahahaaa..

Dah 3 Ramadhan dah, cepat betul masa berlalu. Cepat kau kata, smlm gile lambat masa berlalu. Nk menjelang 4.30 ptg pon jenuhh. Teruk benar kau nie dy oiiii. Hahahahahahaaa..

Amcm korang punya pose tahun nie. Ape target korang?? 

Nak Kuruss???

Nk bykkan ibdat???

Nak kurangkan bergosipp??

Ape pon target korang harap tercapailah hendaknyaa. Tapikan bab target nk kurus tu aku rasa semua org kot. Mcm aku mmg tak target langsung nk kurus. Sbb aku nie jenuh nk dptkan berat skrg nie. Tapi yakinlahh aku tetap akan turun dengan byknyaa. Mcm tahun² yg sudah aku trun dlm 7-9 kilo. Harap tahun nie takdelahh turun byk sangat. 

Aritu aku up gambar nie kat insta..



Ye aku dah bermisai. Hoi byk plak yg tak suka gambar nie. Siap kata suruh aku buang misai klu nk lepak ngan dia. Ehh misai aku aku punya sukalahh. Kat opis pon sama. Ade yang suka ade yg keji. Tapi byk yg kejilahh. Tak eloklahh, nampak tualahh, mcm muka org bermasalah. Eh mcm²lah kata² nista yg aku dpt. Anak buah aku lagilahh siap kata "nanti busu tido org cukur".

Teruk beno ke rupa aku nie?????

Aku saje jer pakai misai nie. Org kata nk ubah penampilan. Bukannya nk pakai sampai bile². Kang mak aku bising aku cukurlahh. Budak opis suruh pakai sampai abis puasa. Tgklah mcm mane nanti. Poyo plak aku misai pon cerita. Hahahahahahahahahaaa


Aritu kakak aku hantar gambar nie kat whatapp. Nie gambar zaman kecik². Bile aku peratikan rupa aku mcm anak David Beckham. Tak caya?? korang tgk nie...


Cuba korang peratikan budak yg tgh² tu. Samakan mcm rupa aku masa kecik²?? Dah² jgn nk buat muka sangat. 

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAA