Smlm masa balik dari keje nampaklah sekumpulan budak², ader yg naik basikal dan ader yg berlari (berlari nie 2 org). Budak yg naik basikal nie bukan main laju dia bawak kesian aku tgk budak yg takder basikal terpaksa berlari sekuat hati sbb nk kejar yg basikal tu. Tetiba aku teringat masa zaman aku budak² dulu.
Aku mmg bukan kategori family yg byk duit. Masa aku darjah satu bapak aku dah pencen. Untuk menambah pendapatan bapak aku menoreh getah. Duit yg ader mmg tuk mkn n pakai jer. Kau mintak ape pon mmg tak akan dpt. Jadi pepaham sendirilahh.
Aku dari kecik mmg tak penah ader basikal. Mintaklahh 100 kali pon mmg takkan dpt punya. Tapi abang aku ader basikal. Tu pon org hadiahkan kat dia. Abang aku bukan jenis yg akan turunkan harta kat adik ye. Harta dia hanya untuk dia sahaja. Walaupon aku adik yg last takde keistimewaan ye, pepandai kaulahh.
Aku pandai bawak basikal pon belajar pakai basikal sepupu aku. Nasib baiklah sepupu aku nie baik. Kau jatuh byk kali jahanam basikal dia pon takder hal. Member² aku semua ader basikal, aku doklah menumpang ngan sepupu aku. Masa tu rasa down gile. Org lain semua kehulu kehilir naik basikal aku doklahh menumpang. Lama² aku ckp kat diri sendiri aku tak mau lagi menumpang. Takde basikal bukan tak boleh hidup. Klu org nk kawan ngan kita bukan pasal basikal. Jadi mulalahh klu member ajak keluar aku tak pegi. Klu ajak main bola barulahh pegi. Tapi hati tu tetap meberontak.
Aku berusaha untuk dptkan basikal. Aku kumpul duit sekolah, pastu duit yg kakak aku bagi setiap bulan tu aku simpan. Aku beli part by part. Memula skali aku beli body sbb tu yg paling mahal. Pastu kumpul lagi dptlah beli rim. Kumpul lagi dan lagi dan lagi dan lagi akhirnya berjayalahh aku beli sebuah basikal. Mmg sengsara nk siapkan basikal, kene byk bersabar. Ader gak member offer barang panas. Tapi aku nekad aku nk beli sendiri semuanya. Bila barang semua dah dpt masa tuk pasang. Aku beli basikal dulu mak bapak aku tak tahu ye. Aku simpan kat umah member aku sbb aku malas nk jawap soalan dari mak aku. Yerlah org² tua nie akan tny mane dpt barang, berapa harga, kat mane beli. Jadi tuk selamat aku simpan kat member aku. Dia ader garaj jadi sesuai sangatlah.
Teruja giler masa nk pasang tu. Aku nie bukannya pandai sangat, nasib baiklah member aku tu dia mmg bijak bestari jadi dialahh yg buatkan basikal aku. Aku tolong² mane patut je. Bile siap tu rasa bangga gile. Walaupon basikal aku tak sehebat kawan² lain tapi sebb basikal tu hasil duit kumpul, dia punya feel tu lain. Biler dah siap sepenuhnya barulah aku bawak balik. Biler mak aku tny aku ckp beli dengan hasil duit kumpul. Selamat mak aku tak jadi polis pencen masa tu.
Sebenarnya semua org boleh dpt ape yg dihajati. Kita nie cuma perlu ader pembakar semangat je. Kesimpulannya aku penah jadi mcm budak yg berlari kejar member naik basikal. Rasa yg sangat tak best. Hahahahahahahahahahaaa..
p/s: kekadang cerita aku nie takde arah tujuan. lantaklahhkann. Hahahahahahahaahahah
No comments:
Post a Comment