Monday, October 20, 2014

FRASER'S HILL - Hari Keluarga Makzin & Rubiah 2014 (Part 1)

2 tahun skali family aku akan buat family day. Kali nie kitaorg berfamily day kat Fraser's Hill.


Yg penah sampai kat sini aku, bapak aku ngan kakak aku je yg lelain semua tak penah sampai. Semua org dok tny aku teruk tak jln nk menuju ke puncak tu. Pegi dulu baruu tahuuu. Hahahahahaha. Yg bawak kete mmg selamat, duduk sebelah mungkin selamat tapi yg duk belakang silalahh mkn ubat mabuk siap². Jalannya pusing² non stop tapi tak lamalahh dlm 45 minit je. Dulu jln tu ader time, waktu genap naik ganjil turun. Skrg jln naik tu naik je trun ikut jalan lain. Mudah skit


Aku mmg suka Fraser's Hill nie. Suka dengan suasana dan cuaca. Tak byk berubah dari kali terakhir aku pegi sini tahun 2006. Mmg itu yg aku nk, kekalkan ape yg ader. Klu byk sangat pembanggunan akan ilanglahh suasana nyaman dan jadilahh mcm Cameron Higland tak best.


Kitaorg sewa Banglow Raub. Banglow nie ader 4 bilik. Memula aku dok terpikir cukup ker nk isi 36 org. Nasib baiklahh kakak aku sewa satu appartment. jadi banglow tu isi dlm 30 org. Anak buah aku siap bawak khemah , sleeping bag kot² tak muat bolehlah tido kat luar. Skali sampai perrghh besar gile umah tu. Biliknyaa boleh buat 10 org tido. Mmg puas hatilahh.


Muda plak nampak mak aku dlm gambar nie. Mak aku dah 73thn ye. Harap² aku dpt lahh gen muda mak aku. Hahahahahaa. Aku adalah peserta yg terawal sampai. Sempatlahh mkn dulu kat area Fraser's Hill. Yerlah abah, mak, kakak aku semua mabukk todi. Cepat² cari makan, minum air panas. Barulahh lega klu tak ader yg bersukan sambil muntahhhh..


Salah sorang anak buah aku boleh tak bawak beg baju. Elok jer dia ckp "beg tertinggal". Nasib baiklahh kat situ ader jual baju. Alah baju kenang kenangan tu. Dptlah baju ngan seluar spender jer takder. Untung budak² lagi. Klu dah tua sendiri mau ingatlahh. Elok aku habis shooping kakak² aku semua pon sampai. Bolehlahh start aktivitiii.

Aktiviti pertama Sukaneka.


Jenuh jugak nk pikir sukan ape yg sesuai tuk golongan vateren sampai ke budak². Ade game yg sesuai tuk org dewasa tapi tuk budak² tak ngam plak Pikir punya pikir dptlahh 6 game. Semua barang² kene bawak sendiri ye.


Bergambar kumpulan sebelumm game bermula. Mak ngan Abah tak join. Diaorg jadi pemberi hadiah dan juga kameraman. Terer ooo abah ngan mak aku ambik gambar. Semua gambar masa sukaneka nie diaorg ambik. Salutelahhh.



Klu dah namanya group aku haruslahh overkan. Hahahahahahahaa. Berbulu jer group lain tgk. Budak yg pakai seluar biru tulahh yg tak bawak beg baju tu. Yg pakai baju biru tu dia jadi reff. Setiap kali klu sukaneka mmg tulahh jawatannya. Tapi mmg terbaiklahh abang ipar aku jadi reff. Semua org puas hati.



Game pertama group aku menang. Perrghh gempak wey, baru mula dah menang. Hahahahahahaa. Punyalah gembira aku. Tapi tu jerlahh game yg menang, game yg lain haussssssss. Harapkann mulut aku bersorak jer lebih. Ader satu game tu , game lari 3 kaki. Alah yg 2 org pastu kene ikat kaki tukan. Ader ker kakak aku ikat mati kain tu. Bile nk tukar org tak boleh bukak kainnya. Berpeluh² ok  aku nk bukak, group lain dah tukar pasangan 3 kali dah, aku still tak dpt bukak lagi. Bahanaaa ...Hahahahahahahahaaa.. 



Hadiahh kitaorg beli murah² jer. Untuk suka² jerkan. Semua hadiah 5 hengget je. Tapi perasaan biler dpt hadiah tu mcm menang wang tunai RM100,000. Wow.


Tgh² syok berlari skali hujan plak. Game ader lagi 2, terpaksa tangguh. Masuk umahh minum petang. Semua makan kitaorg bawak dari rumah masing². Kitaorg masak cuma mkn mlm je. Bawak sorang skit. Aku mmg tak bawak ape²lahan. Aku kan driver VVIP. Hehehehehee. Gambar makanan tak ambik plak.


Nasib baik hujan tu sekejap je. Berenti jer hujan trus sambungg balik. Kene abis kan jugakk game tu, kang ader yg tak puas hati. Masa nie baru kul 530 ptg, tapi kabus dah menyelubungi. Terasa mcm kat luar negara plak uollss. Hhahahahahahahahaahahaaa


Korang nampak tak kabusnya. Skali kabus tu datang mengigil. Dahlah aku berseluar pendek. Terasa nk cari kot bulu². Hahahahahahahaaa. Abis sukaneka dlm kul 6.30 mcm tu. Masuk sambung mkn mandi². Mlmnya ader sesi BBQ, cabutan bertuah dan kuiz.

Bersambunggg....

No comments:

Post a Comment