Semua perlatan tuk BBQ dan Karaoke kitaorg bawak. Banglow tu tak sediakan ye. Banglow tu hanya sediakan rumah sahaja. Pukul 7 kitaorg start pasang api.
Mlm tu mak aii sejuknyaa. Tgk suhu 21'c. Tu baru kul 8 menjelang ke pagi 18'c kau. Mcm Cameron tahun 90an. Keluar jer rumah penuh kabus, fefelinglah weouls mcm kat London. Mulut berasap, kau mampuu??. Hahahahahahaa. Menu mlm tu ayam, sotong, udang, ikan, burger ngan mashmallow. Kelas ke takk ader mashmallow. Pitammmm..
Sebelum start cabutan bertuah ngan kuiz, kita makan dulu. Kang dah kenyang barulahh best nk menjerit². Sambil² mkn aderlahh yg menyumbangkan suara. Terhiburlahh jugakk, kire² mcm mkn kat hotel ader org nyanyikan kat meja ke meja tu.
Semua org masa nie dah pakai baju tido, tak glamer langsung. 2 tahun sudah masa acara cabutan bertuah nie mkn kat restoran, masing² elok skit pakaiannya. Takderlah ghupa gini.
Ha kau siap bawak selimutt. Hahahahahahahahaa. Tuk cabutan bertuah semua org akan dpt no temasuklahh mak ngan abah. Hadiah tak byk, setiap family kene beli satu hadiah berharga tak kurang dari 50 hengget. Klu ikutkan kitaorg ader 8 family hadiah pon 8 lahkan. Tapi kakak² ader yg baik hati beli lebih. Moga² murah rejeki yeee.
Ehem ehem MC tuk mlm tu tak lain tak bukan tuan punya belog. Nie dilantik oleh diri sendiri ye. Biasalahh gile glamer. Aku bile dah dpt mic lancar trus percakapannya. Hahahahahahaha. Jadi saper² yg nk cari MC tuk majlis rasmi/ tak rasmi sila email aku ye. Muhahahahahaha
Kitaorg buat cabutan bertuah berselang seli ngan kuiz. Yang kuiz tu di sponser oleh Ybhg Tuan Haji Makzin dan Puan Hajah Rubiah. Cash ok. Saper dpt jawap trus dpt duit. Takde replika cek mcm kat tv tu.
Masa kat umah.
Aku : "abah, nanti nk kasi soalan ape?? klu kasi soalan berkaitan mak ngan abah ok??"
Abah : "ok. pastu kau tambah ngan soalan agama skali"
Ha kau soalan agamaa. Sila bukak kitabbb
Yang cabut no bertuah mak, abah ngan makcik aku. Jenuh ok tunggu no aku tak naik². Dahlahh aku yg annouce. Hampe gile. Anak buah aku yg tukang kasi hadiah pon no tak naik². Ape punya malanglahh.
Masa kuiz nie paling best, aku buat soalan pasal abah ngan mak masa zaman abah askar. Yang cucu² semua tak tahu. Kakak aku yg tua skalilah bolot semua. Dia yg ader masa tukann. Tapi klu kasi aku semua aku dpt jawap, yerlah setiap hari kot abah cerita pasal askar. Sampai naik hapal dah. Kekadang aku yg tolong betulkan cerita abah. Hahahahahaa
Tu dia duit dlm sampul raya. Takdelah byk tapi klu dpt jawap 5 soalan berbaloi jugaklahh. Yg kelakar tang soalan agama. Nak angkat tangan pon segan². Udah kenapa yoep?? hahahahahaa.
Masa nie soalan agama. Soalannya - sila bacakan doa kunut. Sebenarnyakan semua org tahu, tapi bile nk baca depan org ramai takutkan. Kang tersalah baca plak, dah org kata kita sembahyang subuh tak sah. Baik diam. Hehehehehee. Nasib baik anak buah aku tu baca betul. Klu tak kompem kene ceramah ngan atuk.
Sampai kesudah no aku tak naik. Semua family dpt bawak balik hadiah kecuali family aku (abah ngan mak). Tetiba kakak aku kata dia nk kasi 50 hengget tuk cabutan betuah last. Punyalahh berdoa naiklah hendaklah no aku. Harammmmmm tak naikk kau. Melepas.
Abis cabutan bertuah ngan kuiz trus sambung ngan karaoke. Banglow kitaorg mmg jauh ngan rumah yg lain. Jadi kau melalaklahh sampai putus urat kentot pon takder org marah. Mlm tu abah sporting nyanyi. Aku maner boleh diam jerkan haruskan duet. Dulu abah tu join kugiran askar. Jadi penyanyi. Tu pasallah suara aku sedap. Ehhh... Hahahahahahaha
Yang nie mmg ratu. Takde sape boleh lawan klu karaoke. Kasi #E.. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. Hahahahahahahahahahaahahhahaahah
Bersambung