Monday, April 8, 2013

Medan, Indonesia 3H 2M

 
Akhirnya barulah berkesempatan nk cerita trip ke Medan. Plan nk ke Medan nie adalah plan mak aku. Kenapa Medan?? Takde sbb main petik je. Hahahahaa. Medan nie plak mmg dekat ngan Malaysia cuma 45 minit je naik kapal terbang, mcm pegi Langkawi je.
 
Plan nk pegi nie mmg tak lama kurang dari sebulan. Sbbkan aku pegi ngan family aku plus makcik aku jadi mmg kitaorg ambik pakej. Yg jadi harunya sbb nk cari Travel Agent yg menawarkan pakej yg menarik (baca murahhhh). 2-3 Agent gak aku cari dan akhirnya bertemu ngan traverseasia.
 

Sbb kitaorg pegi cuma 3H 2M, pihak traverseasia cadangkan kitaorg bertolak seawal pagi supaya dapat jln byk tempat. Tapi tak hagak² paginya flight kul 7.50 pagi kene sampai kat LCCT kul 5pagi. Nasib baiklahh abang aku berkerajinan nk hantar klu tak kene naik teksi double charge.

Kitaorg sampai kat LCCT dlm kul 5.30pagi. Tapi pihak traversasia dah sampai dulu. Mmg bagus diaorg nie. Sampai jer trus diaorg cek in kan. Setel cek in dia kasi tiket fligt balik dan bagi sedikit taklimat masa kat sana nanti. Ohh ye sbbkan kitaorg nie cuma 9 org jadi takde org dari pihak traverasia yg ikut.



Punyalah ramai manusia subuh sepie kat LCCT nie. Semua mengejar tambang murah kan termasuklahh aku. Hahahahahaa. Harap² airport yg baru nanti takdelahh sehazab LCCT nie. Nk berjalan ke kapal terbang dekat 1km. Jenuh bapak aku mengagahkan diri berjalan.


Flight bertolak tepat kul 7.50 pagi sampai 7.50 pagi waktu Indonesia. Jadi mmg pagii sangatlahhh. Sampai jer kat medan dah ade yang menunggu. Nama pemandu pelancong kitaorg Haris. Izzah tak ikut skali sbb tak sihat. Hahahahahahaa..

Masa nie mengantuk tak hingat. Mau tak ngantuk bangun kul 3 pagi. Naik van trus pegi breakfast. Sbbnya kitaorg akan bertolak pegi ke Brastagi yang mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Aku mmg no idea Brastagi tuu tempatnya mcm mane. Bila c Haris kata mcm Cameron Highland trus terbayang jln pusing². Skali mmg betul jln tak hingat punya. Dahlahh pusing² tambah plak jln yg berlubang² agak hazablahh.


Alhamdulillah kitaorg sampai dengan selamat sbb pemanduan c Haris sangat lah bagus dan cermat. Sampai jer kat Brastagi trus berenti makan. Masa tgk keadaan sekeliling aku bayangkan dia singgah kat restoran tepi jalan. Skali dia berenti kat hotel ingat hotel kitaorg skali bukan. Hotel tu tuk makan tghari je. Masakannya kire oklahh chinese style. Yg bestnya cuma kitaorg jer yg mkn waktu. Rasa mcm org kay plak. Boleh booking satu dewan tuk mkn anak beranak je. Kau hade??Hahahahahah.

Abis mkn berenti kat Pasar Buah. Hamboii byknyaa buahh. Kebanyakkan buah mmg aku tak penah tgk contoh mcm buah Markisa. Benda yang tak penah tgk haruslah kita beli. Beli itu sikit beli ini skit. Cadangnya nk mkn kat hotel. Cadangnyaaalahhhh....



Kitaorg bermalam kat Hotel Sibayak. Hotel nie 4 stars. Sangatlah selesa. Dan yang penting ader swimmng pool. Hotel kat tanah tinggi ader swimming pool hilang akal ke?. Hilang² akal pon anak buah aku pegi mandi jugak. Sejuk gile katanyaa. Akuu?? baikklahh membutaa. Kat Brastagi nie mlm mmg takder aktiviti yang boleh buat. Dinner pon kat hotel. Nasib baik hotel nie ade karaoke. Siap kasi voucher percuma karaoke. Set² perasan suara bagus nie, mengelitislahkan nk melalakkan.


Lepas dinner trus usha tempat karaoke. Skali karaoke terbuka kau. Nyanyi gilir² ngan org lain. Saper ade beran jer boleh nyanyi. Akuuuu??? takyah citerlah uollsss. Sendiri mau pahamlahh. Hahahahahaa. Memula cuma kitaorg ngan satu couple jer kat karaoke tu. Oklahkann sbb suara couple tu pon ok dan diaorg pon nyanyi lagu omputih. Tgh² nyanyi sedap masuk plak satu group pompuan. Skali kau diaorg nyanyi lagu dangdut. Sampai skrg aku ingat lagunya Wakuncar singkatan tuk Waktu Kunjung Pacar. Siap joget² lagi. Mencabarrr betull. Hahahahaa. Biler masuk group org tua trus kitaorg blah. Kang tah ape² lagu dia nyanyi nanti buat penat tunggu je. Balik bilik tidooo lagi baik.



Esoknya bekpes kat hotel. Makanannya kire oklahh. Takdelahh best sangat dan takderlahh sampai tak boleh mkn. Kitaorg check out dlm kul 9 pagi. Seronok sangat sbb cuaca sejuk² sedap. Rasa nk lepak lama kat situ.


Van putih tulahh kenderaan kitaorg. Kereta baru dan sangat selesa tuk 9 org. Boleh tido² baring lagi. Mcm aku duk depan kenelahh layan c Haris tukan. Dah Izzah tak nk ikut. Klu tak bolehlahh aku duk belakang layan membuta.


Sebelum trun kitaorg singgah mkn janggung. Memang jadi tempat tumpuan pelancong. Jaggungnya mcm kat Cameron tu. Bakar ngan sos ader, bakar biasa ade, rebus pon ade. Pilih jerlah. Rasanya mmg sedap. Harga plak aku tak ingat sbb bapak aku yang bayar. Hahahahaa. View kat sini mmg cun. Sbb sebelah tuu gaung. Sape ade anak² kecik jaga²lahh. Mcm anak buah aku tu kene marah ngan nenek dia. Padam kan mukaaaa. Hahahahahaa..




Sampai kat Medan dlm kul 12. Trus shooping sbb makcik aku dok berazan kat telinga aku "dy biler nk shooping nie??". Yerlah yerlahh marilahh kita mengabiss kan duit. Memula skali pegi kat kedai jual kain ela, telekong, kain batin dan pelekat. Harga kat sini mmg agak mahal skit berbanding bandung. Mcm family aku beli sikit² je. Makcik aku yang memborong abis. Yerlahkan bawak duit sampai 4juta klu tak beli nk bawak balik buat apekan. Aku pon dok bakar bakar dia. "Angah abiskanlahh duit tu kang bawak balik nk kene tukar lagi leceh". Racunnnnnn.


Yang dengan bapak aku tulahh Haris. Sama baya ngan aku. Rajin berborak Haris nie. Nk² plak bapak aku suka melayan. Lagilahh. Aku pon dok melayan kan tny dia mcm². Memula jumpa tu dia tak tahu umur aku sebaya dia. Biler mak aku tny umur brapa dah kawen ke blum pastu dia pon cerita.

"org sini makcik mmg kawen lambat. Bukan tak mau kawen awal sbb tak cukup duit. Lepas kawen mau jaga isteri. Gaji pon cukup² mkn mcm mane nk jaga anak org. Tu blum ade aanak lagi!!"

Bapak aku plak nyampuk. "dekat Malaysia pon org kawen lambat jugak tapi bukan takde duit tapi tak laku". Hahahahahahahahaaaaa..


 
 
Abis shooping trus pegi makan. Kali nie mkn masakan Sunda. Kali nie sedap. Puas atii makan. Tgh sedap² makan skali ujan, lebat plak tu. Cadangnya lepas makan nk pegi shooping lagi mmg tak  jadilah. Nak² plak Haris kata situ klu hujan lebat akan banjir. Trus bapak aku kata pegi hotel trus. 



Kat Medan kitaorg menginap kat alah lupa plak namanya. Hotel nie pon 4 stars. Dpt plak tingkat atas skali. Nampak semua pemandangan Medan. View yang mengancam. Hotel pon hotel baru. Jadi mmg super selesa. Dengan chanelnya sampai 40. Duduk hotel lagi nikmat aku rasa dari dok jln layan ujan kat luar tu. Hotel nie harga biliknya 700 ribu rupiah.


Malamnya plak keluar makan masakan minang. Nama kedai aku tak ingat. Tapiiiii sangatlah tak sedap. Dengan lauk tak cukup masa kitaorg sampai. Ayam gorengnya kitaorg dah abis makan baru nk sampai. Punyalah hangin c Haris. Siap telepon opis kata jgn booking kedai tu lagi. Buat malu kompeni je. Sebenarnya kitaorg takdelahh kisah sangat. Sbb klu kat sini menunngu makanan tu dah biasa. Dah lali dahhhh.



Abis mkn Haris bawaklahh jejalan tgk pemandangan Medan waktu malam. Takde ape yang menarik. Dahlahh kedainya tutup kul 8. Jadi takde ape yg tinggal. Nk shooping kene tunggu esok. Adelahh dekat 1 jam dia bawak jejalan. Pastu dia hantar balik hotel. Aku lagi suka kot sbb boleh layan movie. Hahahahahaaa.


Soknya pepagi aku dah bangun sebb kelaparan. Smlm mkn tak sedapkan. Aku yang ketuk pintu bapak aku ajak pegi minum tak tahan punya pasal. Nasib baik makanannya pelbagaii. Byk giler makananya. Dari tradisonal sampailahh western membawaklahh ke chinese. Lama gile kitaorg lepak situ. Dari satu jenis ke satu jenis rasa. Puas ati aku dpt mkn sampai kenyang. Perut kenyang hati pon girangggg.



Memandangkan hari terakhir kitaorg tu hari senin jadi tak ramai sangatlahh pengunjung hotel tu. Abis bekpes trus pegi lepak kat swiming pool. Takde org kau, heaven. Tapi aku tak mandi pon. Kerana maleh nk bawak baju basah. Jadi  lepak² jerlahh kat situ sambil menghirup udara Medan. Masa nie akunya bateri kamera dah nk abis. Hp plak mmg dari smlm dah mampos. Jadi mmg takde gambar yg lepas kejadian lepak kat pool tu.

Kitaorg check out hotel kul 1tghari. Trus gie lunch. Kali nie mkn minang jugak tapi kat Restoran Garuda. Fames katanya. Boleh tahan masakannya. Siaplahh sendawa aku. Biler perut dah penuh marilah kita truskan perjalanan. Tempatnya adalah pasar ikan. Masa Haris bagi penerangan pasal pasar ikan tu mmg bayangan nyaa tempat tu panas. Biler sampai mmg betul panas. Dahlahh bawak kebanyakkan warga emas. Tak jadilahh nk pegi situ. Trus pegi ke Central Mall tak salah aku namanya. Jadi kitaorg pon shoopinglahh kat situ sampai kul 4 dan bertolak ke Airport.

Traveresasia dah siap add luggage 20kg setiap org. Mmg takde masalahlah klu nk membeli belah sampai tak larat nk bawak kan. Mmg memahami betul diaorg tu. Perjalanan nk check in beg pon sangatlah senang sbb kat airport tu ade org Haris. Takde ape pon yang sanggut. Pada yang penah pegi indon korang mesti alami kes kena byr duit kat Pak Imegresen klu nmpak beg byk². Klu tak byr tak dpt masukkan.

Flight plak delay dari 6.50 ptg ke 7.30mlm. Biasalahlahh Airasia nie klu tak delay tak sah. Jadi melangutlahh kat airport menunggu. Dahlahh perut lapar nk makanan kat airport takde menda. Nk mkn dlm kapal terbang tak sempat. Kesudahannya tunggu sampai kat tanah tumpahnya darahku baru mkn.

Kesimpulannya trip kali nie biasa² je. Sbb takde tempat sangat pon nk melawat. Tapi aku syorkan korang klu nk cari agent bolehlahh ambik Traveresasia. Aku pon insyaallah akan guna lagi khidmat Traveresasia lagi.

Ohh lupa, pakej aku tuu regenya RM900 seorang.

Monday, April 1, 2013

Sesi Karaoke bersama anak buah

Sabtu lepas aku pegi berjimba² ngan anak buah aku. Berjimba² berkaraoke. Memula janjinya bertiga je tapi dah ramai yg balik trus kene ambik bilik besar. 
 

Aku suka bilik nie sbb soundnya sedap. Suara aku jadi best. Semua lagu aku nyanyi jadi sedap. Merdu je suara aku, serius tak tipu. Hahahahahaaa.

Korang nk tahu lagu ape aku nyanyi?? Lagu Kpoplahh. Kata peminat tegar kan. Hahahahaha. Anak buah aku nyanyi lagu kpop mcm betul je sebutannya. 5-6 lagu jugakklahh diaorg nyanyi. Yg kpopnya yg pompuan. Yg lelakinya sorang tu langsung tak nyanyi. Yg lagi sorang nyanyi antara keluar tak keluar je suara. Lebih kepada berckp dlm hati. Suka hati koranglahh.



Biler sesakali berkaraoke reramai mcm nie best plak. Klu nyanyi 2-3 ketul tu sampai nk tercabut anak tekak. Nie relaks je. Biler part yg tak sampai tu ramai yg sudi nyanyikan. Alah sama jer mcm retis buat konsert. Biler part tinggi hulur mic kat penonton. Senang sangat buat duit. Puiiiii...



 
 Anak buah aku yg sorang nie (gambar diatas) dia kene pegi PLKN. Hari ahad lepas peginya. Jauh nun di Sungai Siput. Dia adalah anak buah kedua yg kene masuk PLKN. Semoga gembira melalui latihan kat sana. Aku kompem kene pegi tgk dia nanti tu. Mak aku dah azan kat telinga dah..

Thursday, March 28, 2013

UFM 101.3 memang Beda!

Rutin perjalanan pegi dan balik  keje aku adalah dengar radio. Stesen yg aku dgr Era n HotFM. Slot yg aku der adalah sama setiap hari. Mcm pagi memelu skali aku dgr Hotfm. Aku akan dgr lagu satu pastu berita. Abis berita celoteh aku tukar Era. Masa Hot celoteh Era lagu. Pastu ade Sketsa Johara pastu lagu pastu celoteh. Abis lagu sampailah aku kat opis. Kirenya masa pagi tu aku hanya dpt dgr dlm 4 buah lagu je. Yg bnyk iklan n celoteh.
 
Balik plak aku dgr Era dulu. Dptlah dgr 2 lagu pastu masa nak dekat berita tu iklannya byklah sangat baik Era or Hotfm sama je. Jadinya perjalanan pegi dan balik keje aku adalah sama jer bunyinya. Aritu masa naik kereta ngan kakak dgrlah radio skali terderngar dj tu ckp Ufm mmg beda. Eh stesen ape tu??
 
 
 

Bile tny kakak aku ckp stesen baru. Biler dgr mcm best plak. Aper yg bestnya?? Sbb tak byk iklan dan celoteh. Byk lagu. Mmg aku sukaaaaaa sangatlahh. Sbb susah nk cari stesen yg bykkan lagu dari iklan n celoteh nie. Jadi start dari tu aku trus save frekuensinya kat radio.



Masa dgr siaran pagi dgr suara mcm familiar. Skali Tyzo ngan Jimmy. Sape Tyzo?? Alah dj yang kene berenti kat Suria FM tu. Ingatkann. Biler pertama kali dgr kira kombinasi diaorg nie oklahh. Dah aku suka klu dj saling lengkapkan ayat. Contoh gini.

DJ1 : Mari kita dgr lagu dari Stacy Jahat budak Jahat

DJ2 : Trus mendengar Ufm

DJ1 : Memang Beda

Ha mcm tu. Paham kann. Diaorg kendalikan pagi tu ok sbb ckpnya skit pastu pasang 2 lagu. Ckp lagi skit 2 lagu lagi. Kirenya pepagi tu byk jugaklah lagu yg aku dpt dgr.



Ptg plak dgr skali Sharifah Sahira kau. Sape penang dgr dia nie jadi dj kat Suria dulu korang paham lahh mcm mane cara dia ckpkan. Jadi i likee jugak. Satu yg pasti stesen niekan tak sama waktu beritanya. Biler Era n Hot dah abis baru dia start. Pastu sekejab je.

Kesimpulannya klu korang dah boring dgr stesen yg sedia ade bolehlahh tukar pusing² cari Ufm nie. Selamat menjamu telinga.

Wednesday, March 27, 2013

Konsert 5 Lagenda

 
Ape khabar korang. Sihat?? Aku nie baru balik bercuti. Tapi entry nie bukan nk story pasal aku bercuti. Yang bercuti tu entry lain ye sbbnya gambar blum transfer lagi. Nie aku nk cerita pasal pegi tgk konsert Lagenda aritu. Lama dah tapi ape salahnya kita berkongsi cerita kan.
 
Konsert Lagenda nie mengabungkan 5 penyanyi era 90an. Salem, Zamani, Aris Ariwatan, Ali Terra Rossa dan Rahmat Mega. Korang kenal semua penyanyi tu?? Kenal sorang je?? Kenal Zamani ngan Salem je??  Aku plak?? Tak kenal uollss. Akukan zaman Kpop. SuJu, Beast, 2pm, Wonder Girls, Girls Generation kenallah aku. Hahahahahahahahahahahahah..
 
Terus terang ckp aku mmg tak terdetik pon dlm hati nak tgk konsert nie. Tapi disbbkan ajakkan kekawan aku pegilahh jugak. Konsert nie berlangsung pada 15-17 Mac lalu. Aku pegi hari pertama. Lepas balik keje tukar baju trus berdesub pegi Istana Budaya.
 
 
Sampai je kat IB tetiba hati nie jadi sayu terkenang kisah lama. Byk kenangan kat IB nie. Tuk pengetahuan korang aku dah jelajah abis dah IB nie dari depan sampailah stor. Dan IB nie tetap sama mcm 10 tahun lepas. Masih takde perubahan. Aku rasa dah perlu dah kasi wajah baru skit.
 
Masa pegi collect tiket aku tgk tak ramai pon org. Masa konsert Aizat, Faizal Tahir ngan Siti aritu penuhh mak aii. Nk cari parkir pon susah nk dpt. Masa aku bergambar tu nampaklahh Salem, Rahmat Mega ngan Ali Terra Rossan dok kehulur kehilir. Tapi skit pon tak teringin nk bergambar ngan diaorg. Yerlahkan aku bukan kenal pon. Hahahahahahaha


Masa dlm dewan tgk seat byk lagi yg kosong. Dlm hati aku "kesian diaorg nie tak ramai yg dtg". Tapi rupanya dah nk dekat start barulah penuh semua seat. Barulah meriah. Konsert nie diaorg nyanyi lagu popular masing² non stop. Dan yang bestnya ader Lirik kat skrin. Yerlahhkan lagu pon tahun 90an takut org lupa. Kang artis hulur mic haram semua senyap. Usaha tu aku rasa sangat murni.

Tak semua 5 artis tu punya lagi popular. Mcm Rahmat Mega ade lagu yg mmg aku tak penah dgr. Lirik ade pon haram tak boleh nk nyanyi. Same goes ngan Aris Ariwatan. Salem ngan Zamani mmg lagu dia dibibir semua penonton. Ali Terra Rossa plak untung sebb dia nyanyi lagu dia bersama XPDC. Klu dia nyanyi lagi Terra Rossa mau nganga jugak aku.

Walaupon diaorg nie agak kertu tapi vokal masing² masih lagi power. Klu nk dibandingkan ngan penyanyi kelahiran youtube mmg jauh pangganglahh. Kenapa haa artis youtube suara semua gitu. Vokal alahhh mcm nk tak nk je keluar.

Nk kata aku puas ati tak sepenuhnya sbbnya bukan zaman akukannnnn.. Hahahahahahahahaha

Thursday, March 21, 2013

Tabita vs Myracles Beauty

Biler rambut dah pendek nie teringat plak kat rambut berjambul kedepan tuu. Nk menunggu panjang mmg akan memakan masa yang lammaaaaa. Maulahh 3-4 bulan. Aishhh tulahh dy lain kali jgn mengatal pegi potong pendek. Eh sebenarnya bukan aku saja saje nk potong pendek gitu semua nie kesilapan teknikal. Tapi takpelahh kita gayakan ape yang ade ye.  
 
 
 Haaaa nie aku nk share ngan korang skit. Semua gambar nie masa aku pakai Tabita. Skrg nie aku dah stop pakai tabita dekat 2 bulan. Now aku pakai Myracles Beauty (MB).
 
Sebelum aku cerita kesan MB kat muka aku marilah kita cerita kenapa aku stop pakai Tabita. Entry lepas aku ade ckp aku susah nk dpt Tabita. Maksud susah kat sini aku susah nk dpt loose item. Sbb set tabita tak abis serentak. Jadi kebanyaakkan jual semua set termasuk kat tempat aku beli tu.
 
Itu kisah stock nie plak kisah kesan Tabita kat muka aku. Pertama kali aku mmg puas hati ngan Tabita sebb dia menyebabkan jerawat kat muka aku ilang dan muka aku nampak licin. Tapi yang aku tak berapa kenan muka aku jadi putih. Ye mmg aku kurang kenan skit. Org lain berlumba lumba nk putih aku plak tak nakkan. Bukan ape tuk pengetahuan korang aku nie dilahirkan dengan warna kulit yg sekata itamnya. Takde istilah putih kat bahagian tertentu. Contoh mcm org lain putih kat peha, kat badan. Aku tak. Klu kau tgk muka aku kaler tu dan kaler itulahh seterusnya sampailah ke kaki. Jadii biler muka aku putih seriussssss nampak muka ngan leher jauhhh beza. Sampai ade member aku kata muka aku dah mcm Pak Nil. Serius tak boleh blah. Dan kerana itulahh aku stop pakai Tabita.
 

Abis kisah tabita skrg kita cerita pasal MB. Aku beli MB nie sbb terbaca kat blog sepet. Yang membuatkan aku nk try MB katanya boleh menghilangkan garis halus dan boleh ilangkan eye bag.  Yelahkan umur dah 33 pepaham jerlah. Masa dpt tu aku aku kasi mak aku pakai skali. Nk tgk keberkesanan kat muka mak aku yg byk kedut tu.

Lepas sebulan pakai mmg nampak perubahan yng positif kat muka mak aku. Kedutan dah ilang sedikit. Kulit yg kering dan kembali moist. Sukalahhkan mak aku tu. Siap promot kat anak² dia lagi. Hahahaha. Tuk aku plak ade kesan baik dan tak berapa baik. Yang baiknya muka aku setiap hari nampak segar mcm kan kau tido cukup dan tak digangu mimpi ngeri. Masa kau demam pon muka kau nampak segar mcm org sihat sejahtera. Yg tak bestnya muka aku naik jerawat. Bukan seketul tapi 2-3 ketul dan jerawat itu besar. Aku beranggapan mungkin MB nie mengeluarkan semua jerawat yg ade. Takpe kita tgk mcm lagi sebulan mcm mane. Klu masih sama jugak marilah kita cari produk yg lain yeee....

Tuesday, March 12, 2013

Lai Lai Lai

Lama beno rasanya tak bercerita kat sini. Semakin hari semakin malas aku nk update ini belog. Barulah aku tahu kenepa kawan² aku yang dahulunya rajin menaip skrg dah ilang dari dunia belog nie. Dahlahh followe 16 je tak naik² pastu kau sibuk nk hadpet hari², kau ingat org tu tak muak ke?? hahahahahaaa..
 
Korang dah tgk LAWAK KE DER 2??? Pada yang dah tuu KAHKAHKAHKAHKAHH kann. Mmg kelakarlahh. Sampai kering tekak lenguh rahang gelak dari awal sampai akhir. Mmg berbaloilahh sape yang tgk kat IB aritu. Jadi korang pakat² pegi tgk. Serius tak rugi. Antara Rock Ooo ngan Lawak Ke Der aku syorkan Lawak Ke Der. Pesanan penaja jgn lupa beli air klu tak kering anak tekak kau. Hahahahahahaaaa..
 
Aku nk mintak pendapat korang nie mane lagi elok gambar atas atau bawah??
 
 
 







Korang boleh undi skrg Taip Satu atau Dua dan hantar ke 32999. Penghantar sms ke 1juta akan dapat segulung tisu tandas. Tunggu ape lagi cepatlahh hantar sms tu. Hahahahahahaaa..

Friday, March 1, 2013

Saya ade satu masaelahh

 
Aku ade masalah skit skrg nie. Pantang pegi shooping mall mesti aku terbeli sesuatu. Dia punya nk beli tu tak boleh tidak. Masalah masalahhh. Skrg nie aku kurangkan pegi ke shooping mall untuk selamatkan poket aku dari rabak.
 
Kali nie jaket plak buat aku tak keruan. Memula saja je try. Skali ngam plak. Sepuluh kali letak sepuluh kali try akhirnya aku sambar jugak. Kang tak ambik mau mimpi sampai ke bintang plak. Ambik jerlahhkan. Duit kau pon bukan pakai duit org lain. Sendiri mau ingatlahh. Mkn rotilahh kau dy menjelang gaji. Hahahahaahhaa
 
 
.:jaket by ZARA:.
 

Kebanyakkan jaket aku semua ZARA. Bukan byk pon koleksi jaket aku tu. Tapi masalahnya aku bukan pakai pon. Aku tgk org lain selamba je pakai tengah² matahari tegak. Persoalannya, kan ke panas. Aku yg pakai t-shirt pagoda pon klu boleh nk bukak.

Mcm biasa balik umah mesti trykan. Try pakai ngan singlet. Konon nk nampak mcm abg kawasan. Skali nampak plak niple terjojol. Seganlah plak kan walaupon tu bukan aurat bagi lelaki. hahahahahaa

Aritu aku pegi tgk cerita Gangster Celop. Kamal adli dlm cerita tu pakai singlet nampaklahh perutnya yang sedikit buncit. Dia pakai singlet ngan suspender. Aku pon nk jugakkk..


HAhahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa