Monday, May 31, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN


Skrg aku tgh berusaha tuk menghabiskan buku citer nie sebelum ari jumaat. Dulu dah penah baca, memandangkan citer nie nk kuar kat wayang jadi aku pon bacalaa balik. Novel nie dah lama dah, masa aku sekolah lagi. Aku nie mmg bukan minat pon baca novel tapi kakak aku racun katanya novel nie kompem aku suka. Aku pon bacala, dan ternyata betul. Novel nie mmg best.

:. buku yg dah koyak rabak, siap ader muka surat yg ilang.:

Aku mmg lembab skit klu bab baca novel nie. Bukan lembab sbb aku mengeja, aku nie klu baca suka menghayati watak tu lelebih. Biler dah menghayati mulalaa baca tu slow. Biler baca dh slow mmg lama laa nk abis. Maka mkn tahunla kaedahnyaa baru abis 1 novel yg setebal bantal.

Aku mmg heran org yg baca novel bleh abis cepat. Klu baca lelalu tak feellaa. Betul tak?? Klu dlm buku tu ckp org tu cantik bak salju yg berderai jatuh ke bumi, aku akan cuba bayangkan mcm maner rupa c sajlu tu. Eh salju tu org kerr??

Sgt berharap filem Lagenda Budak Setan nie biarlaa best mcm novelnya. Jgn biarkan aku kecewa biler kuar wayang nanti. Klu aku kecewa siaplaa, akan aku tgk citer 2 Alam plak. hahahahahaaa
p/s: masih dlm dilema nk pegi ngan saper

Sunday, May 30, 2010

BEST

Sepatutnya aku sambung citer aku gie Cuti² Malaysia tu. Tapi memandangkan gambar bercuti entah ilang kemana jadi aku akan sambung biler gambar tu jumpa balik. Yerlaa bukan best sgtkan cuti² aku tu, dlm Malaysia jer lagi pon. Jadi korang pon kompem tak xcited sgt nk baca. Aku paham.

Sepanjang cuti 3 ari, byk gaklaa aktiviti yg aku buat. Takderla mcm biasa, layan dvd mkn pastu tido. Aderla gak buat keje berpaedah skit. Tapi sebenarnya aku suka klu cuti duk umah layan dvd. Sungguh best. Duit pon save, tak gituu.

Seperti biasa klu cuti panjang mcm nie mesti ader kenduri kawen. Memandangkan bapak aku dah booking aku dah seminggu, jadinya takderla alasanlaa aku nk kasi tak nk pegi. Bapak aku booking aku 2 ari sabtu ngan ahad. 2 kenduri kawen kat 2 lokasi yg berbeza. Ari sabtu aku gie kat Bandar Tun Razak. Nie kenduri kawen jiran aku kat kampung. Ohh tidak, kampung aku bukan kat Bandar Tun Razak. Kampung Sungai Balak masih dihati. Dia nie dulu duk kat Sungai Balak, tapi skrg dah pindah kat Bandar Tun Razak. Mcm biasa nk sampai umah dia aderlaa sesat skit. Biasalaa umah kat tamankan. No. rumah plak mcm haram jadah. Melompat² no.nya. Jadi aku pon melompat²lah sebelum sampai umah pengantin tu. Kira oklaa kenduri dia, takderlaa grand or haprak sgt. Kire sedang².

Mlmnya plak aku pegi tgk konsert Rossa kat Bukit Jalal. Nie mmg dah plan lama. Bukan peminat setia Rossa pon. Walaupon aku tahu lagu dia lebih dari org lain. hahahahahaa. Tapi aku mmg nk tgk konsert dari indon sebb org selalu kata konsert dari indon best. Sgt luar biasa. Dan jawapan dari aku mmg sgt luar biasa. Sound sistem mlm tu mmg best. Gubahan muzik yg sedap + suara Rossa yg meletop + artis undangan yg sensasi = konsert yg luar biasa. Time kasih gak kat shila sbb jadi penyelamat mlm tu. Sgt enjoy mlm tu.

Ahad plak aku gie kenduri kawen kat Puspanitapuri. Yg nie kendurinya grand. Serba serbi cantik. Aku rasa kenduri nie abis laa dlm 30k. Takde aper nk komen sbb masa tu otak tgh pikir pasal projek mega jerr.. hahahahaa

Ptgnya ngan hati yg berdebar aku pegi buat projek mega. Punyala sesat barat. Garmin mmg kimak. Langsung tak bleh harap. Aku dah masuk simpang baru dia ckp "trun left" mcm haram. Lepas sesat dlm lebih kurang 1 jam, barulaa jumpa tempatnya. Jenuhh weyy di buatnya. Tapi alhamdulillah lepas jumpa tu semuanya berjalan ngan lancar. Harap semuanya menjadilaa lepas nie. Amin...hahahahahahahaa.

p/s: baru baca email.."sama-sama"..

Sunday, May 23, 2010

CUTI² MALAYSIA

Dah 2 bulan kot kejadian nie berlaku. Kejadian aku pegi bercuti. Kali nie aku pegi Kuala Terennganu n Pahang yg di sponser oleh kakak aku. Tugas aku hanya perlu jadi driver jer. Keje mudah. Kacang parrot kata org kampung aku.
Kali nie pegi 3hari 2 malam. Semalam kat Kuala Terengganu semlm lagi kat Pahang. Aku pegi 6 org. Mak bapak aku ngan kakak aku n family. 6 org kesemuanya. Pegi naik satu kete jer.

:.tgh mengadjust barang tuk masukan dlm kete.:

Kitaorg bertolak dari umah kul 7 pagi. Sepanjang kat highway tak berenti pon sbb kat umah dah siap2 mencekikk.


:.pemandu yg sgt berhemah.:

Sampai kat Kemamang baru berenti mkn. Masa kitaorg sampai tu lauk baru sikit jer masak. Nk tunggu lauk semua masak lamalaa plak jadi mkn jerlaa aper yg ader.


:.Kopi Jantan, Betina, Janda, Duda semua ader. Pilih maner satu pilihann ada.:

Kat Kuala Terengganu kitaorg bermlm kat Primula Beach Resort. Biler sampai jer kat situ terus teringat masa dulu penah buat show kat terengganu. Kat hotel nie jugakkla kitaorg dulu tido.

:.di sambut ngan Penyu yang memanjat.:

:.nie pemandangan dari bilik aku.:

:.Sebelum kuar shopping.:

Mcm biasa klu sampai kat Terengganu nie klu tak shopping baju batik mmg tak sahlaakan. Sebelum pegi aku dah telepon member aku Faty yg mmg org jadi Kuala Terennganu tny dia maner kedai yg paling murah tuk beli batik. Dan dia syorkan satu kedai nie. Katanya dia mmg beli batik kat kedai nie. Dgn baik hatinya c Faty dah call tauke kedai tu tuk kasi aku harga murah.

Kedainya terletak berhadapan ngan pasar payang. Nie banggunan baru. Kedai pon tak byk lagi. Tauke dia ader kedai kat passar payang jugak. Jadi dia suruh aku pegi kat kedai baru sbb kat situ org tak ramai dan senang dia nk layan. Lagi pon bapak aku bukan larat sgt nk berjalan jauh. Pasar Payang tu org dia nauzubillah punya ramai.

Memandangkan tauke tu layan baik punya jadinya bykla jugakk kitaorg beli. Dia plak ngan baik hatinya bagi harga yg murah tak payah tawar. Bak kata org tua² dah ngantuk di sorong batal. (ader kene mengena ker??)

:. buat mcm umah sendiri tauke tu suruh.:

Abislaa jugak dlm seibu setengah kat situ jer. Aku dpt baju batik sehelai yg ditaja oleh bapak aku. Rege baju batik tu 110 hengget. Bagi aku sgt2 berbaloi. Murah sgt dah aku rasa. Sbb sebelum nie semua baju batik aku regenya 150 keatas. Kakak aku jgn citerla. Abis dia borong. Dahlaa dah tak keje, tak tahulaa aku biler dia nk pakai baju tu.


:. ok tak?.:


Sbb dah penat bershopping, jadi mlmnya kitaorg just mkn kat hotel jer. Memandangkan aku nie di sponser jadinya aku layan jerlaa. Klu ikotkan aku tak mau de aku mkn kat hotel tu mahal nk mampos. Bukan sedap sgt pon mkanannya. Rege nasik goreng bodoh jer dah 15 hengget. Jadi terpaksalaa telan sampai abis.

Abis mkn aku gie main buaian. Sambil berbuai sambil nyanyi. Maner la tahu ader anak Raja yg dgrkann. "laju buai ku laju, aku nk kawen ngan anak raja"

hahahahahahahahaaaa

p/s: bersambung..

Thursday, May 20, 2010

KENAPA AKU????

Klu korang nk tahu nielaa gambar Kumpulan Nasyid yg dulunya fofular tapi skrg nie dah berpecah. Biasalakan nama pun artis berkumpulan, tak kisahla Nasyid ker R&B ker Hip Hop ker. Biler dah namanya kumpulan mesti berpecah. Nie semua gara² salah seorang dari anggota kumpulan tu dah verangan vidup katanya nk bergerak secara solo. Kesudahnya kumpulan nie pon berpecah. Hahahahahahaa.. Sgt tipu citer aku nie..hahahahahahaa

Kumpulan Nasyid tu betul, fofular tu langsung tak betul dan berpecah tu betul tapi bukan nk bergerak solo tapi 2 daripada anggota tu dah berpindah opis. Naper aku tempek gambar diaorg dan bukannya gambar aku. Citer dia mcm nie. Kumpulan nie adalah anak didik aku. Yer, aku ada anak didik. Kire aku nie mentor, diaorg nie mental (lepas aku ajar diaorg). Aku adalah pengajar vokal dan persembahan tuk kumpulan nasyid nie. Tak caya??? Tak caya sudahhhhhh. Ader aku kisah..cak cak cak

Kisah aku terjebak pasal mengajar nasyid nie pon secara tak sengaja. Dulu aku aderlaa jadi salah seorang ahli Kumpulan Nasyid tuk opis lama aku, adalah dlm 3 kali aku masuk pertadingan. Masa tu opis lama aku nie byk duit, jadinya diarog hambik org mengajar yg prolaa. Lepas opis aku dah tak der duit, boss aku tu dia mintak aku ajar plak. Aku pon tak pasti naper dia pilih aku. Aku nie bukan ader sijil aper pon. Tapi aku hanya ader bakat yg dikurniakan oleh Tuhan jer. Ahakkssss...

Dulu aku penah citer yg aku dpt offer tuk mengajar Nasyidkan. Smlm aku dpt call mengkompemkan bender tu. Opis yg aku kene ajar nie adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Giler la wey aku dapat mengajar vokal kat Kementerian paling fofular kat Malaysia nie. Yg mengoffer aku nie bukan org lain. Pegawai kat opis lama aku jugak. Skrg nie dia keje kat KBS. Kenapa dan mengapa dia bleh offer aku dan bukan guru vokal yg lebih berkelayakan aku pon tak tahu. Mungkin dia ingat kawan² kot. Nk tolong kawan².

Ha bab bayaran plak sungggguuhhhhhhhh lumayan. Mmg tak tak terlintas dipikiran aku. Punyaalaa tak sangka diaorg nk byr aku byk tu. Korang jgn pikir byk sampai beribu² tau. Aku ckp byk sbb masa dulu masa aku ajar kat opis lama langsung diaorg tak bayar. Hampas pon takder. Kire aku mengajar ikhlas semata mata. Hanya dapat pahala di akhirat kelak. Wink..... Walaupon ikhlas tapi aku sgt enjoy, teruatama mengajar c Shima. muhahahahahahaa.

Nie semua rezeki tuhan nk kasi. Bukan rezeki anak yer. Nie rezeki aku jer.

p/s; Gambar atas tu dari kanan Lin, Nadia, Fida, Dila, Nora, Shima. Klu nk diaorg buat show call aku. Aku kasi murah punya.

Tuesday, May 18, 2010

HAN 2

Aper yg aku nk citer bukan pasal gambar kat atas, tapi aku berkaitan ngan citer hantu. Ye, citer pasal hantu. Sebelum aku start citer nie nk pesan skit, kepada sesiapa yg tgh mengandung silalaa jgn baca, kang tak pasal² terberanak saper yg susah, korang jugakkan. Tapi klu nk jugak silala panggil mak bidan siap² duk kat sebelah. Nk lagi selamat panggil ambulan suruh standby kat maner korang berada. Jgn gatal panggil aku plak. Aku blum layak lagi jadi mak bidan sbb aku masib teruna. Kang tak pasal² aku tak kawen.

Citer nie pasal mak aku. Mak aku nie sakit kat sebelah tangan kanan dia dah lama jugakklaa. Biasalaa kiter kan, kalau sakit pegi jumpa doktor. Ader jugak org yg klu sakit pegi kedai mas, ha yg tu kakak aku. Ok sambung pasal mak aku nie, aku dah bawak gie klinik dah 2 kali. Doktor ckp mak aku nie salah urat. Aku tak dpt nk salah kan urat yg maner sbb aku tak tahu yg maner satu urat yg salah. Sgt pening. Lepas doktor cek dpatla ubat sebeban. Mkn punya mkn masih tak elok. Ubat dah abis tapi masih tak elok. Pegi lagi klinik, bender yg sama gak doktor ckp dan dpt lagi ubat sebeban.

Ari² mak aku ngeluh kata tangan dia masih tak elok. Katanya, bukan sakit sementang, ader time² yg sakit tu. Lepas Asar akan sakit sgt sampailaa Isyak. Biler pagi jer elok. Aku pon buat keputusan bawak mak aku gie jumpa makcik aku. Makcik aku nie kire bolehlaa ubat skit².

Masa aku sampai tu ader org mintak ubat gak. Kene la tunggu dia berubat dulu. Kebetulan masa tu aku hp aku berbunyi. Aku pon berborak dlm phone kat luar umah. Tgh rancak aku berborak, skali kakak aku panggil aku ngan keadaaan yg cemas skali.

Aku agak mesti makcik aku tgh menjerit² kat dlm tu. Skali betul. Masa aku masuk makcik aku tgh mengilai. Bunyinya kire mcm nie..hi hi hi hiiiiiiiiii (bunyi buat sendiri). Pastu dia ckp "aku tak nk keluar, nie buaian aku". Cilaka tak cilaka. Ader ker tangan mak aku dia ckp buaian. Nie hantu tak pegi skolahla nie. Tangan ngan buaian pon tak dpt beza. Bongoksssss.

Lama gaklaa makcik aku bertarung. Mengilai, berckp, berdengus mmg seramlaa. Abis semua bulu aku naik. Masa nielaa aku baru perasan betapa panjangnya bulu tangan aku. Hahahahaa...

Lebih 10 minit kemudian baru hantu tu nk kuar. Walaupon 10 minit tu tak lama sebenarnya, tapi biler kiter dlm keadaan takut, ngan bunyi hantu yg tak berenti², 10 minit tu bersamaan ngan 10 tahun. Makcik aku kata yg berbuai kat tangan mak aku tu nenek tua. Tapi bukan nenek kebaya tau. Nie lebih kepada nenek nenek sibongkak tiga.

Lepas abis berubat tu sambung borak². Mak aku citer laa, masa makcik aku tu start mengilai, dia punya takut sampai nk lari balik umah. Tapi biler tgk baju tak pakai langsung tak jadi nk lari. hahahahaaa..

p/s: Mak aku masih rasa ngilu² skit (bahasa Kedah seriau kan jue). Blum baik 100%. Sian mak aku. huhuhuhuhuu..

Monday, May 17, 2010

HARI GURU

Org citer pasal Hari Guru aku pon sibuklaa nk citer sama. Mcm biasalakan. hahahahaa..

Tapi nie citer betul tau bukan rekaan. Aku ader sorang kakak yg kejenya guru. Dia mengajar kat sekolah sukan area Kuala Pilah. Dia nie mengajar subjek gempak, sains ngan fizik. Aku kat sekolah dulu pon tak ambik subjek fizik tu. Ye aku sedar aku tak pandai.

Masa tgh lepak² ngan adik beradik aku ari ahad tu, anak buah aku citerlaa pasal sambutan Hari Guru pada ari senin nie. Masing² kat sekolah buat jamuan pastu ader persembahan. Lebih kurang sama mcm zama sekolah aku dulu.

Pastu aku pon calllaa kakak aku yg cikgu tu. Bukan nk wish sgt tapi sj nk perli dia. Dia nie bukan suka sgt jadi cikgu. Sbb musabab dia jadi cikgu nie sbb keje cikgu nie sekerat hari jer. Pemalas katanya. Mcm aku jugakk.. Cuma aku tak pandai jer. Klu pandai dh lama aku jadi cikgu muzik.

Aku tnyla dia pasal sambutan Hari Guru kat sekolah dia. Dia ckp takder sambutan aper pon, yang ader cuma gotong royong. Mcm gampangkan. Hari Guru buat gotong royong. Sungguh takder sifat² tuk berhibur. Nie semua gara² Pengetua dia yg baru. Kakak aku punya hangin siap nk pegi gotong royong pakai suar pendek. Tapi tudung tetap pakai,..hahahahahaa

Aku mmg tak paham ngan setengah org yg tak suka berhibur. Ala bukan selalu pon, skali skala jer. Kite penat mengajar aperlah salahnya kiter hiburkan ati. Nie tak buat gotong royong plak. Dahlaa mengajar tu penat pastu nk penatkan diri ngan gotong royong lagi.

Masa aku sekolah dulu biler time Hari Guru jer abis semua cikgu kene dera buat persembahan. Masa tu barula nampak sisi lain cikgu. Barula aku tahu diaorg nie sebenarnya manusia biasa. Bukan robot seperti yg selalu aku pikirkan.

Sebenarnya masa cikgu tu melalak aku tak tgk pon sbb tak best. Suara tah kemana persembahan tunggang langgang. Dah mcm syok sendiri. Murid² dok melopong nie diaorg buat tak reti jer. Kiter nie klu nk nyanyi kenelaa nyanyi tuk org ramai bukan tuk diri sendiri. Tu kata Adlin Aman Damai la.

Bagi aku eloklaa adakan jamuan n persembahan masa Hari Guru tu. Dapatlaa guru nie relaks dan ilangkan tension diaorg. Dari buat gotong royong yg tak kemana tu. Kan kat sekolah ader tukang kebun. Biar jerlaa tukang kebun tu buat keje dia. Kang tukang kebun asyik karaoke jer sbb dah takder keje.

Aku masih ingat lagi cikgu darjah 1 aku namanya Zaiton binti Zam Zam. Sbb aper aku ingat dia, sbb diala org yg buatkan aku terkencing dlm seluar. Klu aku jumpa dia skrg aku nk buat dia terberak dlm kain. Ingat, jgn sampai biar aku jumpa kau.

Thursday, May 13, 2010

TAKPE CUBA LAGI...

Sepatutnya aku hapdet citer nie ari jumaat. Memandangkan keje aku bertenggek byknya jadi tak dptla nk hapdet. Sedeh mmgla sedeh, tapi nk buat mcm maner China mmg kuat. Semua player dia aderlah yg terbaik dunia. Takder magic yg berlaku mlm tu mcm yg aku harapkan. Bile Dato' Lee laki kepada Datin ..........(sila isi tepak kosong tersebut) kalah ngan Lin Dan, dan dan tu jugak akunya harapan dah musnah. Mmg aku yakin dan pasti team Malaysia akan di tapau abis ngan China. Ternyata betul. China ngan rakusnya merobek hati peminat2 Malaysia yg membanjiri stadium bukit jalal tu. (Stadium bukit jalil yg besar yg kecik bukit jalal..sesuka aku jer). Tapi takpe, aku sebenarnya jangka Malaysia hanya dpt masuk suku akhir jer. Dah sampai separuh akhir aku kire gembira. Aper2 aku masih menyokong team badminton Malaysia sbb nie jerla permainan sukan aku yg terer. hahahahahhaaa..

Ok, nie citer aku masa aku gie tgk suku akhir badminton kat bukit jalal. Malaysia vs Denmark.

Ari rabu tu aku terjah lagi ke bukit Jalil tgk Piala Thomas. Mmg agenda nie dah lama dirancang. Tiket pon dah lama dibeli. Selalunya aku gie ngan shima n jue jer , tapi kali nie anak buah aku nk follow plak. Jadi kitaorg berempatlaa pegi kali nie.

Sampai jer kat stadium skit lagi nk kul 6. Shima n Jue dah sampai awal seminit dari aku. Jadi jumpa jer diaorg trus pegi ambik tiket kat kaunter. Biler masuk jer permainan dah nk start. Kire ngam²la. Yang tak bestnya perut plak lapar. Aku nie klu lapar kompem kurang tenaga. Tapi aku gagahkan demi Malaysia tercinta. (mcm ayat tv1 plak).

Kitaorg duduk ngan kelompok penyokong baju oren. Famemas nama group diaorg nie. Belakang kitaorg plak geng Jimbaokk dari KESAS. Mmg happeninglaa. Dengan gendang nya, ngan lawak geng Jimbaok tu. Sgt menghiburkann.

Seperti dijangka Dato' Lee ngan regu TBH / KKK mng tanpa masalah besar. Masa diaorg main tu aku masih byk tenaga lagi. Menjerit tak hingat. Aku mempraktikkan teknik vokal yg betul supaya vokal cord aku tak rosak untuk aku dpt melalak sampai abis game. Gempakkann. hahahaaa.

Tapi apakan daya masuk jer Wong Chung Han main, aku dah tak larat. Perut dah start berbunyi. Kelapa dah start pening. Nie semua angkara angin dari perut yg dh naik sampai kepala. Masa nielaa biler kumpulan Jimbaok tu buat lawak aku dah rasa nk sepak jer. Walaupon lawak dia boleh mng Raja Lawak tapi aku mmg dah tak tahan. Ngan kerusi yg kecik aku tak bleh sandar sgt. Yerla akukan tinggi kerusi plak kecik. Aduhh mmg musibat sgt rasanya.

Abis Wong Chung Han main aku terus gie beli mknan. Lepas mkn baru ok skit. Sambung balik menjerit tapi tak sehebat masa Dato' main. Biler WCH kalah pastu c Zakry ngan Hoon kalah gak, aku dah suspen jer nk tgk c Hafiz main. Klu kat umah nie kompem aku tukar tgk Kimora life in Fab Lane. hahahahahaaa

Masa Hafiz main tu aku buat tgk tak tgk jer. Aku dok perati org sekeliing. Ternampaklaa minah india depan aku nie. Sgt besar saiznya. Biler dia bangun jer baju dia ternaik skali. Nampaklaa bender yg tak sepatutnya nampak. Sgt tak indah permandangan biler dia bangun. Aduhh bertambah tambahla sakit pala aku.

Kesudahnya Hapiz mng dan kemenangan Hapiz tu melayakkan Malaysia masuk ke separuh akhir. Syabas Malaysia. Aku meraikan kemengan Malaysia ngan bercuti pada keesokan arinya. Jgn marahh haaa....

Malaysia kalah ngan China pon aku cuti gak esoknya...huhuhuhuhuhuhuhuhuu

p/s: Malaysia boleh..wazza wazza waazzzuppp..