Sunday, May 30, 2010

BEST

Sepatutnya aku sambung citer aku gie Cuti² Malaysia tu. Tapi memandangkan gambar bercuti entah ilang kemana jadi aku akan sambung biler gambar tu jumpa balik. Yerlaa bukan best sgtkan cuti² aku tu, dlm Malaysia jer lagi pon. Jadi korang pon kompem tak xcited sgt nk baca. Aku paham.

Sepanjang cuti 3 ari, byk gaklaa aktiviti yg aku buat. Takderla mcm biasa, layan dvd mkn pastu tido. Aderla gak buat keje berpaedah skit. Tapi sebenarnya aku suka klu cuti duk umah layan dvd. Sungguh best. Duit pon save, tak gituu.

Seperti biasa klu cuti panjang mcm nie mesti ader kenduri kawen. Memandangkan bapak aku dah booking aku dah seminggu, jadinya takderla alasanlaa aku nk kasi tak nk pegi. Bapak aku booking aku 2 ari sabtu ngan ahad. 2 kenduri kawen kat 2 lokasi yg berbeza. Ari sabtu aku gie kat Bandar Tun Razak. Nie kenduri kawen jiran aku kat kampung. Ohh tidak, kampung aku bukan kat Bandar Tun Razak. Kampung Sungai Balak masih dihati. Dia nie dulu duk kat Sungai Balak, tapi skrg dah pindah kat Bandar Tun Razak. Mcm biasa nk sampai umah dia aderlaa sesat skit. Biasalaa umah kat tamankan. No. rumah plak mcm haram jadah. Melompat² no.nya. Jadi aku pon melompat²lah sebelum sampai umah pengantin tu. Kira oklaa kenduri dia, takderlaa grand or haprak sgt. Kire sedang².

Mlmnya plak aku pegi tgk konsert Rossa kat Bukit Jalal. Nie mmg dah plan lama. Bukan peminat setia Rossa pon. Walaupon aku tahu lagu dia lebih dari org lain. hahahahahaa. Tapi aku mmg nk tgk konsert dari indon sebb org selalu kata konsert dari indon best. Sgt luar biasa. Dan jawapan dari aku mmg sgt luar biasa. Sound sistem mlm tu mmg best. Gubahan muzik yg sedap + suara Rossa yg meletop + artis undangan yg sensasi = konsert yg luar biasa. Time kasih gak kat shila sbb jadi penyelamat mlm tu. Sgt enjoy mlm tu.

Ahad plak aku gie kenduri kawen kat Puspanitapuri. Yg nie kendurinya grand. Serba serbi cantik. Aku rasa kenduri nie abis laa dlm 30k. Takde aper nk komen sbb masa tu otak tgh pikir pasal projek mega jerr.. hahahahaa

Ptgnya ngan hati yg berdebar aku pegi buat projek mega. Punyala sesat barat. Garmin mmg kimak. Langsung tak bleh harap. Aku dah masuk simpang baru dia ckp "trun left" mcm haram. Lepas sesat dlm lebih kurang 1 jam, barulaa jumpa tempatnya. Jenuhh weyy di buatnya. Tapi alhamdulillah lepas jumpa tu semuanya berjalan ngan lancar. Harap semuanya menjadilaa lepas nie. Amin...hahahahahahahaa.

p/s: baru baca email.."sama-sama"..

No comments:

Post a Comment