Thursday, June 19, 2014

Salam Jumaat Ebelibodi

Dah lama tak bercerita kat sini. Selalu tu cerita berjalan jer. Nie nk cerita yg borak² kosong tu. Korang paham ker tak nie?? Paham.. Ok baguss.

Aritu aku pegi ker Warta sbb bapak aku nk mkn serunding. Kan kat warta tu byk org jual serundingkan. Klu korang perasan ader akak yg jual serunding kat bawah escalator. Kebetulan masa aku pegi beli tu aku pakai seluar pendek. Nie bukan pendek lepas lutut nie pendek betul. Untuk pengetahuan korang akak nie pakai jubah ye.

Aku : "kak boleh tak nk rasa serunding daging tu??"

Akak tu pandang aku atas bawah pastu sambil nk bagi serunding tu dia menjeling. Langsung takde ckp ngan aku langsung. Lepas bagi trus duduk dan tak tny sama ada aku nk ker tak serunding tu.

Persoalannya, akak tu dah kenapa??

A. Penat sangat sampai tak boleh nk layan customer??

B. Sbb aku berpakaian menjolok mata sampai dia tak mau nk layan aku??

C. Mmg dah perangai dia gitu, tak reti nk mesra??

D. Ader masalah rumah tangga sampai terbawak bawak ke kedai??

E. Kesemua diatas.

Selepas aku duduk pilih kat gerai sebelah dtglah lelaki jugak yg pakai seluar panjang dan berkopiah. Aku tgk elok plak akak tu layan siap beramas mesra lagi. 

Akak tu: "yang nie serunding ayam, nie daging nie ikan. Klu ikut saya yg ikan lagi sedap"

Amboi kak dengan aku kau pandang pon tak nk ekk. Dgn pak lebaii kau layan mcm kan layan lebai tu kau dpt pahala lebih. Choiiii

Kejadian kedua masa aku pegi beli barang kat kedai runcit. Masa tu aku dok beratur kat belakang makcik muslimah nie. 

Makcik muslimah : "brape??"

Abang kedai : " RM35.50"

Makcik muslimah : " 35 jerlah yer. 50 sen tu tak yah"

Abang kedai : Sambil pandang muka makcik tu sambil kata "ok"

Dulu aku penah pegi membeli ngan CC kat opis lama aku. Sbb beli byk CC aku cuba mintak murah. Biler dah abis tawar akhirnya tokey kedai tetap kata tak boleh. Oklahh CC aku kata. Bile nk byr tokey kedai kasi balance yg telah ditawarkan. 

CC : "kata tak boleh tawar"
Tokey :" dah awak mintak saya kasilahh"

CC : "klu awak kasi tu tak ikhlas sy tak nk ambik sbbnyaa benda nie sy nk mkn"

Dan akhirnya cc aku pulang balance harga yg dia kononnya kasi murah tu. 

Kekadangkan kita nie selalu kasi hukum sendiri. Mcm makcik muslimah tu pepandai jer kata RM35 sedangkan harganya RM35.50. Adakah Abang Kedai tu ikhlas nk halalkan 50 sen tu?? klu ye alhamdulillah klu takk itu dah dianggap kita berhutang. Nanti kat padang Masyar jenuhh kene tuntut. Mamposs.

Kekadang benda kecik² mcm nie kita terlepas padang. Jadi sama²lah kita beringat. Renung²kan dan selamat beramal

Thursday, June 5, 2014

Grand Lexis PD

Sebenarnya aku mmg dah lama nk pegi ke Grand Lexis nie sbbnya ader kolam renang kat bilik. Tapi memandangkan harganya mahal nk mampos (bagi aku) jadi aku kuburkan saje hasrat tu.

Sampailahh satu hari aku luahkan hasrat aku (lebih kepada paksa) dann meraka pon setuju nk pegiii. Weeeeeeeee....Hahahahahahahahahaaaa


Harga semlm RM760 tak salah aku. Tapi klu korang keje gomen dptlah harga RM680. Oklahlahh dari takde. Sebelum pegi aku ader gak check kat Agoda hargnya lebih kurang harga gomen je. Jadi tak perlulahh aku menyusahkan diri nk book kat Agoda. Call Grand Lexis sendiri setell..

Masa aku pegi tu mmg bukan cuti sekolah. Cuti sabtu ahad jer tapi ramainyaa org sampai kene beratur panjang nk dpt kunci bilik. Aku sampai mmg ngam² kul 3 tapi bilik tak ready lagi. Mmg faillahh tang tu. Kene tunggu lagi dlm 15 mcm tu barulahh dpt kunci.


Memula aku booking bilik yg kolamnya dlm bilik tu tapi bilik tu tak siap lagi. Aku malas nk tgu lama jadi aku ambik bilik yg satu lagi. Dari lobby ke bilik ader bugy. Jadi tak perlu penat² kau nk usung beg ke bilik cuma perlu tunggu trun jer. Pon boleh tahan lama jugak. Hadoiiiiii..



Masuk jer bilik mmg puas hatilahhh. Ader 2 king size bed. Mantap. Ader small kitchen. Toilet pon A. Tapi sorry takde gambar. Korang pepandailah google. Aku nie excitet nk tgk kolamm tuu. Mempersembahkan.....


Puas hatilahh. Kolamnya takderlahh besar sangat. Kedalaman 4 kaki. Bolehlahh klu nk buat kuak lintang pukang. Aku punya tak sabar sampai tak sempat nk mkn trus bukak baju berdebussss. Hahahahaahaha.  Tapi tulahh aku nie mmg jarang mandi kolam klu pegi hotel. Sbbnya org ramai gile. Klu org tak ramai waktu matahari tengah mencanak. Klu pagi ngan petang mmg berlanggar buntot lahh. Jadi aku sampai sini mmg aku nk mandi puas². Makan boleh tolak tepi. Hahahahahahahaaaa..


Aku tak berjalan kemana pon. Aktiviti kitaorg hari tu  mandi, baring² pastu makan. Area hotel tu pon aku tak jelajah. Keluar cuma cari mkn jer, balik hotel sambung mandi lagi. Kitaorg mandi sampai kul 2 pagi. Mmg A lahh. Masa kul 10 mlm tu ade lagi dengar org sebelahh mandi jugak pastu kul 11 dah senyap. Kitaorg masih duk bantai berendam lagi. Best oo berendam memalam sbbnyaa air tu jadi panas. Seriuss tak tipu. Hahahahahahaaa..


Dah letih berendam baring plakkk. Sbb katilnyaa king size cukup selesa. Bolehlahh berguling² walaupon tido 2 org. Ekon plak betul² atas kepada. Lagilahh syokk.  


Klu dah bercuti ngan budak² nie tv asyiklahh bola. Nak tak nk tgk jugakklahh. Aku sorang mane nk lawan ngan 3 org . Kang diaorg maki aku sia² jer. Hahahahahahhaaa. 


Pagi esoklahh kitaorg tak breakfast kat hotel sebbnya kupon cuma ader 2 jer. Kau pepaham jerlahh mkn kat hotel regenyaa mahalkan, dari berabis 50 hengget tuk breakfast jer baiklah pegi kedai mamak. Mkn 4 org  10 hengget jer. Save skit. Kupon breakfast tu mmg tak pakailah. Sampai jer bilik trus mandi lagii. Puaskan nafsuuuuuu. Hahahahahahahahaaa


Kitaorg berendam sampai kul 11 pastu siap² nk balik. Masih mengekalkan aktiviti walaupon dah saat² akhir. Mmg syoklahh lepas berendam baring² nie. Tapi sebenarnya lebih syok klu ader makanan. Sambil baring² mkn cedekis. Pergghh nikmatt.

Nie geng pegi pulau Redang tahun lepas. Kitaorg pegi Redang pon bulan yg sama tahun lepas. Tapi aku rasa nie last trip tuk geng nie kot sbbnya salah seorg dari kami akan berkahwin. Jadi pepahamlahh klu dah kawen tukan. Masa aku up gambar nie kat IG aku letak caption gini. "31,34,33,28". Korang rasa ape??? Ape?? Umurrrrr??? salahh tu saiz pinggang ye. Hahahahahahahahaahahahaaa.

Masa tukk balik pon sampai. Bagi aku mmg bestlahh tempat nie. Walaupon agak mahal tapi bagi aku berbaloi. Klu bawak family lagi ok. Insyallahh klu ader duit aku akan dtg lagi. 

"Jom mandi. hahahahahahahahahahaa"

p/s: pada sesapa yg dah beli baju amateur clothing aku ucapkan terima kasih bebyk ye. Baju masih ader lagi tapi warna putih. Hitam tinggal sikit sangat. Insyaallah tak lama lagi keluar design baru. Tungggguuuuu...

Wednesday, June 4, 2014

Istana Negara, Muzium Negara, Planetarium Negara dan Tugu Negara


Korang penah pegi Istana Negara lama?? Alah yg skrg dah jadi muzium tu?? Aku mmg dah lama sangat nk pegi tapi takde org nk teman. Skali tu aku ajak anak buah aku. 

"korang nk pegi Istana Negara takk??"

ha kau berebut nk ikut. Hahahahahahahahaha...


Tujuan utama mmg nk pegi Istana Negara jer. Aku nk sangat tgk ape ade kat dlm Istana tu. Masuk kat dlm tu dikenakan tiket sebanyak RM5 tuk dewasa dan RM3 tuk kanak². Parkir betul² depan pintu gerbang Istana tu. Tapi klu kau pegi lewat mmg penuhlahh parkir kat situ. Aku sampai kul 11 mcm tu. Sedang² elok parkir byk lagi.



Nk kedalam tu kenelah menapak skit. Skit jer, jgn nk malas sangat. Sebelum tu marilah kita ambik gambar dulu.



Nielahh dia Istana Negara yg dahulunya kediaman kepada Agong kita. Tapi yg tak bestnya tak boleh ambik gambar kat dlm tu. Pekerja² kat situ semua berpakaian tradisoanal. Mmg rasa mcm zaman² kesultanan melayu betul. 



Korang tahu mane nie?? Dulu tempat nie adalah post guard askar yg tak bergerak² tu. Mmg ramailahh yg nk ambik gambar kat sini. Tunggu turn ok. Dah dpt kaluu mestilahh pose tak hinggat punya. Poyoooo skittttt, hahahahahahahahaaaaa.

Tak lama pon aku kat dlm tu sebb ramai sangat org. Dahlahh aircond tak kuat. Naik lemas dibuatnya. Jadi kitaogr trus bergerak pegi Muzim Negara.  


Last aku pegi muzium masa ader pameran hantu. Rasanya 7tahun lepas kot tu pon bukan kat muzium besar. Muzium besar tu masa aku kecik² jer masuk. Jadinya mmg rasa keterujaan yg melampau. Dlm muzium boleh ambik gambar ye. 



Biler lalu kat area keris nie trus terbayang zamaan² Hang Tuah.

"Kenapa keris hamba berada di sini"

Hahahahahahahahahahhahahaaa

Pon tak lama jugakk aku dok kat Muzium Negara tu sbbnya perut dah membuak² lapar. Nasib baiklahh ader kantin kat situ trusss laju pegi makan. 

Lepas abis makan trus bergerak menuju kat Planetarium Negara. 


Last aku pegi sini masa aku form 2. Masa tu ader lawatan. Dlm tu masih sama . Jadi aku dok perati jer anak buah aku nk main kat dlm tu. Aku rasa perlu kot diaorg ubah skit. Takdelahh org boring mcm aku nie ha. Tapikann aku rasa tak pegi lagi kot sini sebbnyaa nk memanjat tangga tu mmg mencabar fizikall. Aku dah mcm berutt panjat tangga ok. Jenuhh weyyy..



Last skali kitaorg pegi kat Tugu Negara. Sampai² ujan plak. Terpaksa dok dlm kereta sampai ujan reda. Biler dah reda masuk kat area Tugu Negara. Wah terasa patriotik gile. Semangat nk mempertahankan negara membuak². Senapang aku mane????

Tapi tak lama kat situ sbb ujan. Dptlahh ambik gambar sepam dua. 

Bestlahh skali skala dpt pegi jejalan mcm nie. Selalu pegi KL ke shooping mall jerkan. Kali nie dpt pegi ke tempat² bersejarah mmg A lahh.

Tuesday, June 3, 2014

Amateur Clothing Part 2


Ha nie aku up gambar yg senonoh skit. Baju yg aku pakai nie saiz M. Normal punya baju aku pakai saiz L. Jadi korang congak² sendirilahh ye... bolehh?? Hahahahahahahaa. Korang boleh abaikann Posing yg sedikit poyo dari aku tuu..



Lupa nk bagitau masa entry aritu sesapa nk beli boleh email kat aku zemy02@yahoo.com. Nanti dah email nk mintak no phone tuk senang berkomunikasi baru boleh. Bukan tak nk kasi no phone kat sini sbbnya aku blum ade lagi no tuk bisness. Dah ade untung nanti baru aku beli no baru. Hahahahahahaha

Tuesday, May 27, 2014

Amateur Clothing

Sebenarnya dah lama kau nk cerita tapi mcm tak kesampaian. Bukan ape byk benda yg tak siap² lagi. Dan sampailahh minggu lepas aku baru boleh jual baju aku nie. 

Memperkenalkann AMATEUR CLOTHING.



Aku sebenarnya takder gambar proper lagi. Nie pon snap selfie jer dlm kereta. Nanti² dan ader gambar senonoh skit aku up lagi kat sini. Tuk permulaan aku keluarkan this signature tshirt. Ade hitam n putih. Saiz dari S - L. Takde XL ye sebabnyaa baju nie saiz US jadinyaa korang paham²lahh ye. Harga pulak RM40. Buat masa nie takde lagi aku buat secara pos. Jadi klu sesapa nk pos harga akan kene tambah ye. 

Tuk singature T nie aku buat 40 helai jer. Yg dah terjual 21 helai tinggal 19 jerlah. Jadi marilahh rebut selagi masih ade. Hahahahahahahahaha..


Nie adalah pembeli pertama. Dia pakai saiz L. Besar kann. Aku siap hantar kat umah. Kul 11 mlm kau. Sesapa nk bajunya di hantar ke rumah boleh tapi area putrajaya, kajang n bangi je ye.



Yg itam tuu saiz s dan yg putih tuu saiz L. Tshirt nie jenis cutting sikit. Takdelahh cutting slim fit sangat tu tapi jenis yg bawah dia tu tak kembang. Mmg cunlahh nk digayakan dengan jeans. 



Nie pon saiz S jugak. Klu pakai ngan suar pendek pon cantik. Bak kata org pakai ngan ape pon cantiklahh. Hahahahahahahahaha. Insyallah bulan depan aku keluar ngan design baru. Setiap design aku tak keluarkan byk sebbnyaa aku jadikan tshirt aku collection item. Ones dah abis takkan keluar lagi. 

Support local brand.

Tuesday, May 20, 2014

Bertugas di KLIA

Agak lama jugak menyepi. Biasalah reasonnya sbb banyak keje. Betul ker bohongg???? Karen dia karennnn...

Nie kisah lama dah tahun lepas rasanya. Masa nie ader persidangan AMAF. Kementerian aku jadi penganjur. Jadinya setiap bahagian ader tugas masing². Bahagian aku kene  kedatangan dan pelepasan. Kejenya bertugas kat KLIA.

.: kita dahului dengan aksi poyo terlebih sudah:.

Memula dapat jadual aku kene bertugas selang sehari. Kirenya hari nie tugas soknyaa tak. Redho jerlahkan. Hari pertama bertugas ari jumaat. Ok setel ari jumaat berjalan lancar. Masuk ari kedua sabtu ramai plak yg ngelat tak mau bertugas. Nama aku kene petik. Takpe aku tak panas lagi. Kita kejelah hari sabtu ape ade halkann. Ari ahad pon sama nama aku kene petik. Masa nie aku dah start hangin dah. Siap maki² lagi yg buat jadual tuu. 3 hari aku keje kat KLIA pakai baju yg sama tak basuh. Nasib baiklahh kedai perfume ade sebagai penyelamat.

.: aksi kedua tidak kurang kepoyoaannya jugak:.

Aku kene keje kat area bagasi. Kene ambik beg pak menteri hantar kat kereta. Lenguh ohh berjalan. Jauhh hoiii. Kene 4 trip mau pitam. Dahlah yg jaga beg tu 4 org satu shif. Mmg mencabarlahh. Tapi yg bestnyaa semua yg bertugas tu tak berkira. Bak kata pepatah berat sama di pikul, ringan kau bawak sesorang boleh kann??


Kat sinilah kitaorg mkn. Mahal bukan main lagi tapi rasanya hampeh. Dahlah tak boleh order caterer luar kene pakai inhouse carterer tapi hauuuusss. Kitoarg siap pegi mkn kat tempat lain. Sanggup tunggu sampai abis shif baru mkn. 


Disebabkan dpt pass jadi bolehlah masuk kat terminal yg kene naik erotrain tu. 1st time aku gie situ. Yerlahh aku mane penah pegi luar luar negara. Kat situ best mcm² ader. Situ jugakklahh kitaorg beli perfume. Jgn tny aku murah ke tak. Sbb aku bukan tahu pon. Diaorg kata murah aku pon angguk jerlah.

Ade satu hari tu aku kene keje sampai pagi sbbnya delegasi dari India ngan Jepun datang kul 2.30 pagi dan 5.45 pagi. Hari sebelumnya flight last kul 10.45, nasib baiklahh dpt bilik tuk tido. Hotel Sama sama. Klu tak kerana tugas tu takdelahh aku merasa tido hotel tu. 6 Start kau. Mmg pueh hati. Tapi tak dpt nk tido sangat pon. Masuk hotel kul 12 mlm, kul 2 pagi dah kene stanby. Msuk hotel balik kul 3.30 pagi keluar kul 5 pagi plak. Dptlahh baring² jer.


Mmg satu pengalaman yg bestlah bagi aku. Tapi heran org yg tak nk bertugas tu. Bukannya setiap tahun ader pon. Lapan tahun sekali. Entah kita ader ker tak masa tu. Sanggup plak dia duduk kat opis mengadap pc.

Org tu : "sy tak boleh nk pegi, sy kene ambik anak sekolah"

Org ini : "Sy anak kecik"

Org begitu : "isteri sy takde org ambik"

Org begini : "Isteri sy oustation takder sape nk jaga umah"

ORANG BUJANG : "kau tunggulah aku dah kawen.. puiiiiiiiii"

Tuesday, April 29, 2014

Air ohhhhhhh airr

Rumah korang ade air??

Mula² dah tny soalan gitu. Sape yg duduk area Selangor ngan KL mmg mengalami masalah gangguan bekalan air nie. Dah berbulan berlanjutan. Memula Syabas start catu umah aku tak kene. Start hujung bulan lepas umah aku start kene catu. Nak kata mencabar tu taklah sbbnyaa air stil keluar kecik mcm air kencing tu. Dptlahh tadah. Takdelahh sampai kene angkut air kat lori air tu. Bersyukurr.

Memandangkan aku tinggal bertiga ngan mak ngan abah jadi air tangki aku cukup tuk menampung keperluan selama 2 hari. Tapi tak bolehlah nk basuh kain segalakan. Kang tak cukup plak nk cebok klu keadaan terdesak. Masa air takde nie kita kene ubah cara kita pakai air. Macam mandi, dulu mandi 15 minit skrg 5 minit jer. Dulu mandi masa tgh sabun badan air masih pasang skrg tak lagi. Tgh sabun badan atau shampo air kita tutup. Situ jer dah boleh jimat 3 liter. Klu basuh pinggan plak, dulu basuh pinggan air pasang dari awal sampai abis proses basuh. Skrg tak lagi. masa sabun kita tutup air. Tak pon kumpul byk² dulu pinggan baru basuh skali. Kat situ dah jimat 5 liter. Masa nielahh skill berjimat air dpt dipraktikkan.

Aku rasa dah 3 minggu lebih ujann lebat tak kira siang mlm. Sampai air sungai kat umah aku nk melempah. Katak berlagu tak henti hentu tapiii kat tv tetap kata air kat empangan masih kurang. Yang tuu aku mmg musykil. Sampai aku ckp ngan member aku..

"sape nk ikut aku minggu nie tgk ampangan?? aku nk tgk ngan mata kepala aku sendiri betul ker tidak air kat situ samakin susut"

Tup tup ari senin tu berita kata air kat ampangan dah naik. Dan katanya catuan bekalan air akan tamat ari rabu yakni ari nie. Pagi tadi aku bukak paip nampak dah laju airnya. Klu betul alhamdulillah. Tak jadilahh aku nk pegi ke ampangan tu. Hahahahahahahaaa..

Org kata biar takde letrik dari takde air. Bagi aku biarlahh ade dua². Barulahh selesa idup. Dpt tgk tv sambil mandi. Hahahahahahaahhaaa