:. buku yg dah koyak rabak, siap ader muka surat yg ilang.:
Monday, May 31, 2010
LAGENDA BUDAK SETAN
:. buku yg dah koyak rabak, siap ader muka surat yg ilang.:
Sunday, May 30, 2010
BEST
Sepanjang cuti 3 ari, byk gaklaa aktiviti yg aku buat. Takderla mcm biasa, layan dvd mkn pastu tido. Aderla gak buat keje berpaedah skit. Tapi sebenarnya aku suka klu cuti duk umah layan dvd. Sungguh best. Duit pon save, tak gituu.
Seperti biasa klu cuti panjang mcm nie mesti ader kenduri kawen. Memandangkan bapak aku dah booking aku dah seminggu, jadinya takderla alasanlaa aku nk kasi tak nk pegi. Bapak aku booking aku 2 ari sabtu ngan ahad. 2 kenduri kawen kat 2 lokasi yg berbeza. Ari sabtu aku gie kat Bandar Tun Razak. Nie kenduri kawen jiran aku kat kampung. Ohh tidak, kampung aku bukan kat Bandar Tun Razak. Kampung Sungai Balak masih dihati. Dia nie dulu duk kat Sungai Balak, tapi skrg dah pindah kat Bandar Tun Razak. Mcm biasa nk sampai umah dia aderlaa sesat skit. Biasalaa umah kat tamankan. No. rumah plak mcm haram jadah. Melompat² no.nya. Jadi aku pon melompat²lah sebelum sampai umah pengantin tu. Kira oklaa kenduri dia, takderlaa grand or haprak sgt. Kire sedang².
Mlmnya plak aku pegi tgk konsert Rossa kat Bukit Jalal. Nie mmg dah plan lama. Bukan peminat setia Rossa pon. Walaupon aku tahu lagu dia lebih dari org lain. hahahahahaa. Tapi aku mmg nk tgk konsert dari indon sebb org selalu kata konsert dari indon best. Sgt luar biasa. Dan jawapan dari aku mmg sgt luar biasa. Sound sistem mlm tu mmg best. Gubahan muzik yg sedap + suara Rossa yg meletop + artis undangan yg sensasi = konsert yg luar biasa. Time kasih gak kat shila sbb jadi penyelamat mlm tu. Sgt enjoy mlm tu.
Ahad plak aku gie kenduri kawen kat Puspanitapuri. Yg nie kendurinya grand. Serba serbi cantik. Aku rasa kenduri nie abis laa dlm 30k. Takde aper nk komen sbb masa tu otak tgh pikir pasal projek mega jerr.. hahahahaa
Ptgnya ngan hati yg berdebar aku pegi buat projek mega. Punyala sesat barat. Garmin mmg kimak. Langsung tak bleh harap. Aku dah masuk simpang baru dia ckp "trun left" mcm haram. Lepas sesat dlm lebih kurang 1 jam, barulaa jumpa tempatnya. Jenuhh weyy di buatnya. Tapi alhamdulillah lepas jumpa tu semuanya berjalan ngan lancar. Harap semuanya menjadilaa lepas nie. Amin...hahahahahahahaa.
p/s: baru baca email.."sama-sama"..
Sunday, May 23, 2010
CUTI² MALAYSIA
:.tgh mengadjust barang tuk masukan dlm kete.:
Kitaorg bertolak dari umah kul 7 pagi. Sepanjang kat highway tak berenti pon sbb kat umah dah siap2 mencekikk.
:.pemandu yg sgt berhemah.:
Sampai kat Kemamang baru berenti mkn. Masa kitaorg sampai tu lauk baru sikit jer masak. Nk tunggu lauk semua masak lamalaa plak jadi mkn jerlaa aper yg ader.
:.Kopi Jantan, Betina, Janda, Duda semua ader. Pilih maner satu pilihann ada.:
Kat Kuala Terengganu kitaorg bermlm kat Primula Beach Resort. Biler sampai jer kat situ terus teringat masa dulu penah buat show kat terengganu. Kat hotel nie jugakkla kitaorg dulu tido.
:.di sambut ngan Penyu yang memanjat.:
:.nie pemandangan dari bilik aku.:
:.Sebelum kuar shopping.:
Mcm biasa klu sampai kat Terengganu nie klu tak shopping baju batik mmg tak sahlaakan. Sebelum pegi aku dah telepon member aku Faty yg mmg org jadi Kuala Terennganu tny dia maner kedai yg paling murah tuk beli batik. Dan dia syorkan satu kedai nie. Katanya dia mmg beli batik kat kedai nie. Dgn baik hatinya c Faty dah call tauke kedai tu tuk kasi aku harga murah.
Kedainya terletak berhadapan ngan pasar payang. Nie banggunan baru. Kedai pon tak byk lagi. Tauke dia ader kedai kat passar payang jugak. Jadi dia suruh aku pegi kat kedai baru sbb kat situ org tak ramai dan senang dia nk layan. Lagi pon bapak aku bukan larat sgt nk berjalan jauh. Pasar Payang tu org dia nauzubillah punya ramai.
Memandangkan tauke tu layan baik punya jadinya bykla jugakk kitaorg beli. Dia plak ngan baik hatinya bagi harga yg murah tak payah tawar. Bak kata org tua² dah ngantuk di sorong batal. (ader kene mengena ker??)
:. buat mcm umah sendiri tauke tu suruh.:
Abislaa jugak dlm seibu setengah kat situ jer. Aku dpt baju batik sehelai yg ditaja oleh bapak aku. Rege baju batik tu 110 hengget. Bagi aku sgt2 berbaloi. Murah sgt dah aku rasa. Sbb sebelum nie semua baju batik aku regenya 150 keatas. Kakak aku jgn citerla. Abis dia borong. Dahlaa dah tak keje, tak tahulaa aku biler dia nk pakai baju tu.
:. ok tak?.:
Sbb dah penat bershopping, jadi mlmnya kitaorg just mkn kat hotel jer. Memandangkan aku nie di sponser jadinya aku layan jerlaa. Klu ikotkan aku tak mau de aku mkn kat hotel tu mahal nk mampos. Bukan sedap sgt pon mkanannya. Rege nasik goreng bodoh jer dah 15 hengget. Jadi terpaksalaa telan sampai abis.
Abis mkn aku gie main buaian. Sambil berbuai sambil nyanyi. Maner la tahu ader anak Raja yg dgrkann. "laju buai ku laju, aku nk kawen ngan anak raja"
hahahahahahahahaaaa
p/s: bersambung..
Thursday, May 20, 2010
KENAPA AKU????
Kumpulan Nasyid tu betul, fofular tu langsung tak betul dan berpecah tu betul tapi bukan nk bergerak solo tapi 2 daripada anggota tu dah berpindah opis. Naper aku tempek gambar diaorg dan bukannya gambar aku. Citer dia mcm nie. Kumpulan nie adalah anak didik aku. Yer, aku ada anak didik. Kire aku nie mentor, diaorg nie mental (lepas aku ajar diaorg). Aku adalah pengajar vokal dan persembahan tuk kumpulan nasyid nie. Tak caya??? Tak caya sudahhhhhh. Ader aku kisah..cak cak cak
Kisah aku terjebak pasal mengajar nasyid nie pon secara tak sengaja. Dulu aku aderlaa jadi salah seorang ahli Kumpulan Nasyid tuk opis lama aku, adalah dlm 3 kali aku masuk pertadingan. Masa tu opis lama aku nie byk duit, jadinya diarog hambik org mengajar yg prolaa. Lepas opis aku dah tak der duit, boss aku tu dia mintak aku ajar plak. Aku pon tak pasti naper dia pilih aku. Aku nie bukan ader sijil aper pon. Tapi aku hanya ader bakat yg dikurniakan oleh Tuhan jer. Ahakkssss...
Dulu aku penah citer yg aku dpt offer tuk mengajar Nasyidkan. Smlm aku dpt call mengkompemkan bender tu. Opis yg aku kene ajar nie adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Giler la wey aku dapat mengajar vokal kat Kementerian paling fofular kat Malaysia nie. Yg mengoffer aku nie bukan org lain. Pegawai kat opis lama aku jugak. Skrg nie dia keje kat KBS. Kenapa dan mengapa dia bleh offer aku dan bukan guru vokal yg lebih berkelayakan aku pon tak tahu. Mungkin dia ingat kawan² kot. Nk tolong kawan².
Ha bab bayaran plak sungggguuhhhhhhhh lumayan. Mmg tak tak terlintas dipikiran aku. Punyaalaa tak sangka diaorg nk byr aku byk tu. Korang jgn pikir byk sampai beribu² tau. Aku ckp byk sbb masa dulu masa aku ajar kat opis lama langsung diaorg tak bayar. Hampas pon takder. Kire aku mengajar ikhlas semata mata. Hanya dapat pahala di akhirat kelak. Wink..... Walaupon ikhlas tapi aku sgt enjoy, teruatama mengajar c Shima. muhahahahahahaa.
Nie semua rezeki tuhan nk kasi. Bukan rezeki anak yer. Nie rezeki aku jer.
p/s; Gambar atas tu dari kanan Lin, Nadia, Fida, Dila, Nora, Shima. Klu nk diaorg buat show call aku. Aku kasi murah punya.
Tuesday, May 18, 2010
HAN 2
Citer nie pasal mak aku. Mak aku nie sakit kat sebelah tangan kanan dia dah lama jugakklaa. Biasalaa kiter kan, kalau sakit pegi jumpa doktor. Ader jugak org yg klu sakit pegi kedai mas, ha yg tu kakak aku. Ok sambung pasal mak aku nie, aku dah bawak gie klinik dah 2 kali. Doktor ckp mak aku nie salah urat. Aku tak dpt nk salah kan urat yg maner sbb aku tak tahu yg maner satu urat yg salah. Sgt pening. Lepas doktor cek dpatla ubat sebeban. Mkn punya mkn masih tak elok. Ubat dah abis tapi masih tak elok. Pegi lagi klinik, bender yg sama gak doktor ckp dan dpt lagi ubat sebeban.
Ari² mak aku ngeluh kata tangan dia masih tak elok. Katanya, bukan sakit sementang, ader time² yg sakit tu. Lepas Asar akan sakit sgt sampailaa Isyak. Biler pagi jer elok. Aku pon buat keputusan bawak mak aku gie jumpa makcik aku. Makcik aku nie kire bolehlaa ubat skit².
Masa aku sampai tu ader org mintak ubat gak. Kene la tunggu dia berubat dulu. Kebetulan masa tu aku hp aku berbunyi. Aku pon berborak dlm phone kat luar umah. Tgh rancak aku berborak, skali kakak aku panggil aku ngan keadaaan yg cemas skali.
Aku agak mesti makcik aku tgh menjerit² kat dlm tu. Skali betul. Masa aku masuk makcik aku tgh mengilai. Bunyinya kire mcm nie..hi hi hi hiiiiiiiiii (bunyi buat sendiri). Pastu dia ckp "aku tak nk keluar, nie buaian aku". Cilaka tak cilaka. Ader ker tangan mak aku dia ckp buaian. Nie hantu tak pegi skolahla nie. Tangan ngan buaian pon tak dpt beza. Bongoksssss.
Lama gaklaa makcik aku bertarung. Mengilai, berckp, berdengus mmg seramlaa. Abis semua bulu aku naik. Masa nielaa aku baru perasan betapa panjangnya bulu tangan aku. Hahahahaa...
Lebih 10 minit kemudian baru hantu tu nk kuar. Walaupon 10 minit tu tak lama sebenarnya, tapi biler kiter dlm keadaan takut, ngan bunyi hantu yg tak berenti², 10 minit tu bersamaan ngan 10 tahun. Makcik aku kata yg berbuai kat tangan mak aku tu nenek tua. Tapi bukan nenek kebaya tau. Nie lebih kepada nenek nenek sibongkak tiga.
Lepas abis berubat tu sambung borak². Mak aku citer laa, masa makcik aku tu start mengilai, dia punya takut sampai nk lari balik umah. Tapi biler tgk baju tak pakai langsung tak jadi nk lari. hahahahaaa..
p/s: Mak aku masih rasa ngilu² skit (bahasa Kedah seriau kan jue). Blum baik 100%. Sian mak aku. huhuhuhuhuu..
Monday, May 17, 2010
HARI GURU
Tapi nie citer betul tau bukan rekaan. Aku ader sorang kakak yg kejenya guru. Dia mengajar kat sekolah sukan area Kuala Pilah. Dia nie mengajar subjek gempak, sains ngan fizik. Aku kat sekolah dulu pon tak ambik subjek fizik tu. Ye aku sedar aku tak pandai.
Masa tgh lepak² ngan adik beradik aku ari ahad tu, anak buah aku citerlaa pasal sambutan Hari Guru pada ari senin nie. Masing² kat sekolah buat jamuan pastu ader persembahan. Lebih kurang sama mcm zama sekolah aku dulu.
Pastu aku pon calllaa kakak aku yg cikgu tu. Bukan nk wish sgt tapi sj nk perli dia. Dia nie bukan suka sgt jadi cikgu. Sbb musabab dia jadi cikgu nie sbb keje cikgu nie sekerat hari jer. Pemalas katanya. Mcm aku jugakk.. Cuma aku tak pandai jer. Klu pandai dh lama aku jadi cikgu muzik.
Aku tnyla dia pasal sambutan Hari Guru kat sekolah dia. Dia ckp takder sambutan aper pon, yang ader cuma gotong royong. Mcm gampangkan. Hari Guru buat gotong royong. Sungguh takder sifat² tuk berhibur. Nie semua gara² Pengetua dia yg baru. Kakak aku punya hangin siap nk pegi gotong royong pakai suar pendek. Tapi tudung tetap pakai,..hahahahahaa
Aku mmg tak paham ngan setengah org yg tak suka berhibur. Ala bukan selalu pon, skali skala jer. Kite penat mengajar aperlah salahnya kiter hiburkan ati. Nie tak buat gotong royong plak. Dahlaa mengajar tu penat pastu nk penatkan diri ngan gotong royong lagi.
Masa aku sekolah dulu biler time Hari Guru jer abis semua cikgu kene dera buat persembahan. Masa tu barula nampak sisi lain cikgu. Barula aku tahu diaorg nie sebenarnya manusia biasa. Bukan robot seperti yg selalu aku pikirkan.
Sebenarnya masa cikgu tu melalak aku tak tgk pon sbb tak best. Suara tah kemana persembahan tunggang langgang. Dah mcm syok sendiri. Murid² dok melopong nie diaorg buat tak reti jer. Kiter nie klu nk nyanyi kenelaa nyanyi tuk org ramai bukan tuk diri sendiri. Tu kata Adlin Aman Damai la.
Bagi aku eloklaa adakan jamuan n persembahan masa Hari Guru tu. Dapatlaa guru nie relaks dan ilangkan tension diaorg. Dari buat gotong royong yg tak kemana tu. Kan kat sekolah ader tukang kebun. Biar jerlaa tukang kebun tu buat keje dia. Kang tukang kebun asyik karaoke jer sbb dah takder keje.
Aku masih ingat lagi cikgu darjah 1 aku namanya Zaiton binti Zam Zam. Sbb aper aku ingat dia, sbb diala org yg buatkan aku terkencing dlm seluar. Klu aku jumpa dia skrg aku nk buat dia terberak dlm kain. Ingat, jgn sampai biar aku jumpa kau.
Thursday, May 13, 2010
TAKPE CUBA LAGI...
Ok, nie citer aku masa aku gie tgk suku akhir badminton kat bukit jalal. Malaysia vs Denmark.
Ari rabu tu aku terjah lagi ke bukit Jalil tgk Piala Thomas. Mmg agenda nie dah lama dirancang. Tiket pon dah lama dibeli. Selalunya aku gie ngan shima n jue jer , tapi kali nie anak buah aku nk follow plak. Jadi kitaorg berempatlaa pegi kali nie.
Sampai jer kat stadium skit lagi nk kul 6. Shima n Jue dah sampai awal seminit dari aku. Jadi jumpa jer diaorg trus pegi ambik tiket kat kaunter. Biler masuk jer permainan dah nk start. Kire ngam²la. Yang tak bestnya perut plak lapar. Aku nie klu lapar kompem kurang tenaga. Tapi aku gagahkan demi Malaysia tercinta. (mcm ayat tv1 plak).
Kitaorg duduk ngan kelompok penyokong baju oren. Famemas nama group diaorg nie. Belakang kitaorg plak geng Jimbaokk dari KESAS. Mmg happeninglaa. Dengan gendang nya, ngan lawak geng Jimbaok tu. Sgt menghiburkann.
Seperti dijangka Dato' Lee ngan regu TBH / KKK mng tanpa masalah besar. Masa diaorg main tu aku masih byk tenaga lagi. Menjerit tak hingat. Aku mempraktikkan teknik vokal yg betul supaya vokal cord aku tak rosak untuk aku dpt melalak sampai abis game. Gempakkann. hahahaaa.
Tapi apakan daya masuk jer Wong Chung Han main, aku dah tak larat. Perut dah start berbunyi. Kelapa dah start pening. Nie semua angkara angin dari perut yg dh naik sampai kepala. Masa nielaa biler kumpulan Jimbaok tu buat lawak aku dah rasa nk sepak jer. Walaupon lawak dia boleh mng Raja Lawak tapi aku mmg dah tak tahan. Ngan kerusi yg kecik aku tak bleh sandar sgt. Yerla akukan tinggi kerusi plak kecik. Aduhh mmg musibat sgt rasanya.
Abis Wong Chung Han main aku terus gie beli mknan. Lepas mkn baru ok skit. Sambung balik menjerit tapi tak sehebat masa Dato' main. Biler WCH kalah pastu c Zakry ngan Hoon kalah gak, aku dah suspen jer nk tgk c Hafiz main. Klu kat umah nie kompem aku tukar tgk Kimora life in Fab Lane. hahahahahaaa
Masa Hafiz main tu aku buat tgk tak tgk jer. Aku dok perati org sekeliing. Ternampaklaa minah india depan aku nie. Sgt besar saiznya. Biler dia bangun jer baju dia ternaik skali. Nampaklaa bender yg tak sepatutnya nampak. Sgt tak indah permandangan biler dia bangun. Aduhh bertambah tambahla sakit pala aku.
Kesudahnya Hapiz mng dan kemenangan Hapiz tu melayakkan Malaysia masuk ke separuh akhir. Syabas Malaysia. Aku meraikan kemengan Malaysia ngan bercuti pada keesokan arinya. Jgn marahh haaa....
Malaysia kalah ngan China pon aku cuti gak esoknya...huhuhuhuhuhuhuhuhuu
p/s: Malaysia boleh..wazza wazza waazzzuppp..
Tuesday, May 11, 2010
KASIH SAYANG
Sepanjang idop, aku tak penah Sambut Hari Mak. Bukan tak hargai jasa mak aku tuu, tapi aku mmg tak nk ader hari tertentu tuk sambut sbb aku sambut setiap hari. Tak kira susah, lagilahh biler dah senang nie.
Aku kat umah mmg pemalas. Malas aku tu boleh dikategorikan dah tahap dewa. Nk kemas bilik malas, basuh pingan sebijik pon malas, sabit rumput lagila malas. Kire serba serbi malaslaaa. Yg aku rajin biler kat umah tu makan ngan tido. Tu mmg tip top. Tak der jual punya.
Tapi yg aku heran mak aku langsung tak marah. Dia biar jer anak last dia nie perangai mcm tu. Lagi dia belai ader. "Dy dah mkn" "Dah² jgn tgk tv tu sgt, gie tido". Tula ayat² yg selalu kuar. Mak aku nie sungguh memahami.
Klu aku ckp masakan mak aku sedap mesti korang ckp "mmglaa masakkan mak sendiri sedap". Tapi masakan mak aku nie mmg sedap. Tak penah aku rasa kat maner² pon. Bukan aku jer ckp. Jiran² aku pon semua ckp. Yerlaakan maner tak sedapnya, umur 16thn dah kawen. Pastu tak keje. Ari² kejenya masak n jaga rumah tanggga. Klu tak sedap gak masak tak tahulaa aku nk ckp. Hahahahahahaaaa...
Aku akan lagi dibelaii klu aku demam. Setiap saat tny keadaan aku. Siap suap mkn lagi. Sgt baikkan mak aku.
"Org tak mampu nk kasi emas sekilo, org hanya mampu kasi kasih sayang. Tapi org janji akan jaga mak sampai biler²"
Sunday, May 9, 2010
HEPI
Tapikan walaupon citer tu tak best, aku tetap merasakan best. Rasa best jer sepanjang dlm panggung tu walaupon sejuk yg amekkk. Sampai akunya tulang rusuk bergetar antara satu sama lain. Bleh bayangkan takk??
Dah lama aku tak rasa mcm tu. Sbb aku dah lama tak kuar ngan "seseorg" kot. Last aku rasa begitu masa aku tgk citer Dunia Baru The Movie. Korang congak²la dah berapa lama ekk..
Walaupon aku kuar tu tak lama tapi aku rasa hepi sbb aku dpat tgk perangai dia skit². Aper yg dia suka aper yg dia tak suka. Dari pandangan aku dia mmg suka fesyen. Dia tak mkn daging n ayam. Tapi telur ayam dia mkn. Aku plak mkn selagi bender tu Halal. Paling best klu bender tu free. Hahahahahaa...
Aku tak tahu samaada dia hepi sama mcm aku atau tidak. Entah² aku jer tepuk sebelah tangan. Tapi tak per walaupon sebelah tgn still berbunyi ok. Aperhal buat muka tu, tak percaya? Aku klu tepuk sebelah tgn berbunyi tau. Tak caya tny hady, jue, din. Diaorg dah saksikan. Tu pasalaa aku tak kisah klu aku syok sendiri..hahahahahahaaaaa
p/s; Adakah anda rasa aper yg ku rasa..
Thursday, May 6, 2010
TENANG SKIT
Start membaca Yassin adalah pukul 8.30 pg. Tapi aku termasuk lambat skit. Bukan saja melambatkan tapi ader sedikit kesulitan yg tak boleh dielakkan. (kesulitan mentekedarah kat cafe). Aku bersama geng aku iaitu zain ngan fazli. Bukan Anuar Zain ngan Fazley Zainal tau. Nie Zain Oren ngan Fazli Othman. Kire masa kitaorg nk masuk tu diaorg semua dah start membaca yassin. Jengok punya jengok skali kerusi tak der. Kenela ambik kerusi kat luar dulu.
Skali bukak jer pintu semua org pandang. Sungguh tak kusyuk diaorg nie. Aku masuk pon boleh terganggu. Blum Ustazah Norbayah yg masuk. Motif ???.
Jadi kitaorg pun mcm biasalaa jadi kelam kabut campur malu skit campur segan skit. Yg depan skali akula mcm baisa. Diaorg nie klu aper² pon mesti tolak aku dulu. Keji sgt perbuatan korang. Masuk ngan seret kerusi pastu mata melilau mencari surah Yassin. Biler nampak jer bakul yg ader surat Yassin tu trus hambik. Cari² tempat duduk dan trus start baca.
Masa tgh baca, aku tgk Fazli skit pon tak tgk Surah Yassin tu. Jeling punya jeling rupanya dia hafal. Baguss sgtt. Sejuk perut ibu yg mengandung. Tapikan perut sejuk nie tak elokk. Selalu gembung. Tu mak aku ckplaa.
Sambung baca lagii. Kali nie aku jeling katc Zain, skali dia pun tgk surah Yassin tu. Ati aku berkata kata "rupanya aku berkawan ngan org baik². Sungguh beruntung aku." Tapi c Zain aku tak berapa dgr dia baca. Sampaila abis baca Yassin tu aku rasa diri aku sungguh kerrdil bersama member yg pandai bab agama nie.
Biler dah abis masing² doklaa berborak dulu sambil minum air
Zain " Kau nk tahu aku salah ambik buku"
Aku " Buku aper plak yg kau ambik"
Zain " Punyalaa aku selak² cari Surah Yassin, sampai ke sudah tak jumpa. Skali tgk cover rupanya buku sembahyang sunat terawih."
Patutlaa mcm dgr tak dgr jer suara c Zain. Rupanya salah buku. Hahahahahahaa...
Pengajaran dlm citer nie adalah "Don't Judge A Book By It Cover" Blehhhhhh..hahahahahaa
Wednesday, May 5, 2010
SELESAIKAN
Klu korang amati betul², tulisan tu adelah kod. Kod rahsia. Hanya org kedai tu jer yg tahu. Ala mcm citer Da' Vinci tu .Penah tgk tak??. Bagussss.Ok mari kiter selesaikan kod tu sama²..
1. N. Priy
N = Nasi
Priy = Briani (Priy tu adalah nama timangan isteri tokey kedai yg suka mkn nasi briani)
2. N. Priy A (bukan N.Priya ok)
N = seperti biasa adalah Nasi
Priy = juga masih nama timangan isteri tokey tersebut
A = Ayam (tak pasti samada Mak Ayam atau anaknya)
3. Lunya = Longan (Lunya tu adalah nama kekasih gelap tokey kedai.. byk skandal ok)
4. TOA2 = Teh O Ais 2 (singkatan nie sama mcm singkatan yg korang guna dlm fb seperti
OMG, LOL, GRO eehh tu bukan)
5. TA = Teh Ais (nie din yg minum)
Lepas nie korang boleh buat partime kat kedai tu. Nie kedai kerusi biru. Saper² org putrajaya kempem tahu.
p/s: jgn bagitau ngan tokey kedai tu aku bagitau tauu..biar pecah di perut jgn terkentut²..peace
Tuesday, May 4, 2010
Monday, May 3, 2010
BARULAA BETUL MCM NIE
Dlm wayang aku duduk sebelah pasangan yg bawak anak kecik. Mula² duduk aku dah rasa wayang aku kali nie kompem akan dia sabotaj oleh anak org sebelah nie. Hati mula rasa bengkek, jiwa mula bercelaruu, badan mula berpeluh (aper kene mengena).. Tapikan semua tanggapan aku salah berlaka. Mcm tajuk lagu plakk..hahahaa.. Budak tu baik sgt. Tak byk kerenah dan mak bapak dia pon pandai siap beli segala mkn tuk menghayalkkan budak tu. Lagi satu bapak dia mmg sgt perihatin biler anak dia nangis skit jer dia trus abawak kuar, dah reda kang baru dia masuk balik. Mmg aku salute laa mak bapak budak tu.
Jarang jumpa org mcm nie. Selalunya aku dgr anak yg menjerit bgai nk tercabut anak tekak, mak bapak dia buat tak reti jer. Mcmlaa org lain boleh terima keadaan mcm tu. Lansung tak perihatin. Org cina selalu mcm nie. Bawak anak selagi ader pastu buat tak reti jer klu anak tu buat hal. Siap marah lagi ader. Sunnguhh kejiii..
Kepada pasangan yg bakal nk bawak anak pegi tgk wayang silalaa jadi mcm pasangan diatas. Jgn sampai org lain memaki kau 2, 3 bakul. Jaga anak anda seperti anda menjaga beg LV ori yg baru di beli...hahahahaaa
p/s: masa menonton wayang aku dpt sms yg menginsapkan aku sekeejab..