Monday, August 27, 2012

Salam Syawal

Salam Syawal. Amcm korang, perut ade ok?? Membusung ker tak?? hahahahaa. Yerlahkann masa raya melantak tak ingat dunia. Mau tak membusung. Aku pon dok usya jer perut aku nie, naik ker tak naik ker tak. Naik kalu kene bertindak dengan pantas. Sit up tanpa henti perlu dia lakukan.

Pagi tadi ujan plak, mmg mencabar tuk bangun tido. Dahlahh ati mmg blum bersedia nk pegi keje (mmg tak penah bersedia pon). Bangun pagi tgk kuih raya sayu jer rasa hati. Over kan akuu.. Hahhahahaaa

Raya tahun nie mcm tahun lepas terkejar² antara Kg Sungai Balak dan Bangi. Bangun pagi lepas subuh trus bergegas ke Sungai Balak. Org pegi kubur lepas sembahyang raya tapi aku pegi lepas subuh. Tempat aku mmg mcm tu. Tahun nie sepupu aku raya sini dulu jadi aderlahh geng pegi kubur selain dengan abg aku. Feel pegi kubur pepagi ni mmg lain. Saper penah pegi baru tahu. Ade satu rasa yg lain.

Lepas balik dri kubur bersiap plak nk pegi surau. Tahun semua member aku raya sini. Mmg meriahlah. Kat surau port kitaorg kat belakang skali. Takde org boleh ambik. Sbb org kampung pon dah kenal sgt ngan kitaorg. Biler dah jumpa member harus lahhh mengila. Org sibuk bertakbir kitaorg bantai borak. Siap gelak angkat² bahu lagi. Mengutuk org sana mengutuk org sini agenda utama. Lepas abis sembahyang mintaklahh maap kan. Hahahahahaaa..

Abis sembahyang org surau akan berkumpul umah aku dulu sebelum berpecah beraya dari umah ke rumah. Kau bayangkanlahhh betapa ramainyaa org kan. Tapi setiap tahun aku akan sediakan air buah je. Air Sprite + longan + buah campur. Mmg menu utama dan akan menjadi sebutan org kampung. Diaorg panggil Air Sungai Balak. Sbb bnyk sampah. Jahanam punya mulut.

Dari umah aku trus beraya rumah ke rumah plak. Tahun nie aku tak follow sbb member aku sibuk lapar. Diaorg dok mentekedarah kat rumah aku sampai satu jam. Dah kenyang masing² malas nk ikut. Aku nie ade tugas lagi menghantar bapak ngan mak aku balik bangi. Diaorg balik umah masing² sebelum kitaorg buat aktiviti beraya.

Dlm kul 12.30 barulah start aktiviti beraya. Bermula dari umah member aku ajiz dan berakhir ke rumah aku kat bangi plak. Dua kali diaorg beraya umah aku. Klu ikut org surau kan kita ader org baca doakan. Tapi group kitaorg mmg jahanam skit. Takde pon sorang yg nk belajar doa tu. Aku sebenarnya dah belajar ngan bapak aku cuma tak praktikkan je. lagi satu malu ooo klu salah. Jadi aku pon buat² tak tahu jelahh.

"Wey bacalahh doa"

"bismi..bismii..bismii"

"biler nk abis daa"

hahahahahahahhahahaaaa.....

Bersambung......

No comments:

Post a Comment